HERBA RUMPUT CINA ( RUMPUT BEIJING, RUMPUT SITI KHADIJAH ) MURDANNIA LORIFORMIS

RUMPUT CINA/RUMPUT BEIJING/RUMPUT SITI KHADIJAH

RUMPUT CINA
Rumput Cina ini saya dapat dari rumah emak saya di Melur, Kelantan beberapa tahun lepas. Sebagai penggemar herba, saya akan ambil apa sahaja yang dikatakan berkhasiat walaupun tak tahu cara menggunakannya... Alhamdulillah dengan adanya en. google saya dapat merayau dan mencari maklumat yang bermanfaat dan saya kongsikan semula dengan kawan- kawan semua.

Rumput cina dalam Bahasa inggeris Beijing Grass atau Angel Grass atau nama saintifiknya adalah Murdannia Loriformis. sangat signifikan dalam perubatan cina terutama untuk penyakit kanser. Beijing Grass atau Rumput Cina juga dikenali sebagai Ya pak-king atau rumput siti khadijah. Ia berasal daripada China Selatan dan banyak di tanam di Thailand Utara. Di Malaysia ia ditanam oleh penggemar herba sebagai hobi pada masa lapang dan tidak dikomersialkan. 

Nama lain Rumput China: Beijing spiderwort, Spiderwort, Pan Ki Lian, Pandan Jambi, Rumput Aur Beijing, Rumput Anugerah, Rumput Pada Suka, Rumput Pak King 

Diantara salah satu laman web yang menyediakan maklumat tersebut ialah https://ubatkanser.my/rumput-cina-penawar-kanser/ Pada laman tersebut telah diceritakan pengalaman seorang ahli farmasi Thailand yang berumur 50 tahun dan tinggal di Phetchaburi, Thailand yang sangat hebat, apabila bercakap berkaitan herba. Beliau memberitahu terdapat satu tumbuhan yang baik yang dibuktikan melalui research dapat memulihkan kanser melalui pengambilan jus herba tersebut dan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik. 

Herba tersebut dirujuk sebagai rumput cina. Fakulti Farmasi, Mahidol University, Thailand, mendapati bahawa rumput Beijing atau atau lebih dikenali rumput cina mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai glycosphingolipids, iaitu bahan yang boleh merencatkan pertumbuhan kanser serta mengurangkan kadar gula dalam darah. 

Kajian extensif juga mendapati, bahawa rumput beijing ini adalah satu alternatif terbaik kepada ‘Chemotherapy’ atau ‘radiotherapy’, tanpa ada kesan sampingan. Ia juga satu alternatif yg baik untuk beberapa jenis kanser. Penyelidik perubatan di Thailand mendapati bahawa rumput jenis ini boleh membantu meningkatkansistem kekebalan/imunisasi tubuh, menyembuhkan penyakit berkaitan pernafasan, melegakan serta menyembuhkan kelenjar ‘lymph’ yang bengkak. 

Berdasarkan buku Chinese medical herbs of Hongkong, tumbuhan ini manis, menyejukan dan berupaya mencairkan kahak. 

Antara Khasiat Rumput Cina 

1. Meningkatkan Sistem Imunisasi badan, 

2. Mengubati kanser payu dara dan kanser kolon, 

3. Melegakan demam dan ulcer, 

4. Membantu utk membersih “Sistem Limfatik”, 

5. Membersih serta detox buah pinggang, 

6. Membantu mengurangkan sakit akibat rawatan radiasi & kemoterapi pesakit. 

7. Menghentikan kemunculan sel-sel baru kanser 


Menanam Rumput Cina di halaman rumah 

Rumput ini sangat senang untuk ditanam, cuma penjagaan perlu teliti supaya tidak bercampur dengan rumput lain. Boleh ditanam melalui cara belahan dari rumpun induk yang subur. Memerlukan tempat yang sentiasa lembap. Elakkan bercamput dengan rumput liar yang lain utk memastikan spesis ini tidak pupus dalam persaingan mendapatkan nutrien. Perlu dielakkan juga rumput ini diceroboh oleh binatang ternakan seperti kambing dan ayam. Ayam sangat gemar makan rumput ini. Selain dari ayam perlu dipastikan rumput ini ditempat yang sesuai untuk elak serangan dari siput babi yang gemar memakannya. 

Note: 

“According to the World Herbal Organisation (WHO), Beijing Grass is considered as safe medical herb. Bythe WHO’s herbal standards Beijing Grass has been proven to build up immune system, act as an antioxidant and enable quick recovery from radiation treatment or chemotherapy. 

Cautions! We have not been able to find any negative effects of taking this supplement, although if you notice any,please stop using.” 

Namun begitu jangan sekali-kali mengharap untuk menyembuh kanser 100%.Pengambilan rumput cina semasa chemotherapy dan radiotheraphy adalah digalakkan kerana ia mengurangkan kesan sampingan chemotherapy dan radiotheraphy dgn begitu NYATA sekali, hampir sifar kesan sampingan.

Walaupun pesakit cancer ambil rumput cina dan dalam masa yg sama jalani rawatan chemo, semua bulu2 dan rambut2 pesakit akan gugur yg bermaksud chemotherapy masih berkesan utk membunuh sell kanser. Cuma RC/RSK ( rumput siti khadijah ) membantu membuang kesan sampingan chemo seperti rasa terbakar, mual, pening , khayal dan sabagainya. Chemotherapy masih berkesan dalam merawat cancer, cuma kita nak pesakit lalui chemo tanpa kesan yg buruk, rasa selesa, boleh menjalankan rutin harian dan merasai peningkatan kualiti hidup.

CARA PENGAMBILAN UNTUK CHEMOTHERAPHY DAN RADIO THERAPHY


1. Ambil 2 helai daun rumput cina , carik2/siat2, masukkan dlm mug, tuang air panas, tutup dgn piring, minum suam-suam . Minum pagi semasa perut kosong.

Ini boleh dibuat malam dan minum keesokan paginya. Satu hari sekali sahaja. Cara ini sangat effektif. 

Kalau badan boleh tahan, tingkatkan hingga ke satu batang hingga 20 helai daun blend dgn air atau epal dan minum 2 kali sehari seperti di bawah : 

CARA PENGAMBILAN RUMPUT CINA SEBAGAI PENAWAR KANSER 


1. Ambil 20-25 daun rumput beijing dan blend dgn satu biji epal dan 1 gelas air dan minum 2- 3 kali sehari 

ATAU 

2. Ambil 20-25 daun rumput beijing tumbuk dan tapis untuk mendapat 2 sudu makan atau 30 

ml/sekali, minum 2-3 kali sehari. 

Rumput  ini juga membantu melindungi otot jantung semasa melalui chemotherapy.

Tetapi perlu diingatkan, tidak semua herba serasi dgn semua orang, sebab mengikut darah, ada yg cepat baik, ada yg akan mengambil masa.

Walau apa pun adalah diharapkan, bacalah dulu semua maklumat yg ada dlm tulisan ini. JANGAN baca hanya sekerat-sekerat sahaja, kerana kita berhadapan dgn penyakit kanser.


CARA ALTERNATIF PENYEDIAAN RUMPUT BEIJING UNTUK PESAKIT KANSER YANG BAIK 


1. Basuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya bersih-bersih dengan air.
2. Rendam rumput ini ke dalam air garam atau cuka. 2 sudu besar garam atau 2 sudu besar cuka dilarutkan dalam 1 liter air. Tujuannya untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang terdapat pada daun rumput. (ini kerana immune system pesakit kanser sangat rendah )
3. Tumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes.
4. Masukkan 2 sudu besar air mendidih.
5. Tapis dengan menggunakan penapis kain 


Dos yang disyorkan untuk pesakit kanser dewasa ialah 2 sudu besar jus ini diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur.Untuk kanak-kanak pula 1 sudu makan setiap kali. 

Selepas rehat 4 hari, ulang minum selama 7 hari lagi. Lakukan begini sehingga 4-6 minggu ( tanpa mengira 4 hari rehat tersebut ).

***Dalam tempoh rawatan, dilarang mengambil segala unsur daging kecuali ikan.


CARA MENGAMBIL RUMPUT CINA UNTUK BATU KARANG GINJAL 


Ambil 7-9 pokok (keratan) rumput China bsama2 akarnya, 

Cuci bersih dan di rebus bersama sukatan air 1.5 liter (sukatan botol besar air mineral ). 

Di rebus dgn api yg sederhana kecil, padamkan api bila airnya telah mendidih dan minum air tu apabila suam dan lebihannya simpan dlm peti sejuk 

CARA PENYEDIAAN RAMUAN UNTUK PEMBERSIHAN PSORIASIS ( penyakit kulit ) DAN STROKE : 


( Total cleansing for psoriasis and stroke )
Ambil 20 - 23 helai daun rumput beijing 

1) 1500 ml air bertapis direneh perlahan selama 2 jam sehingga tinggal 500 ml. 

2) Warna air bertukar hitam. Minum setelah sejuk pada awal pagi sewaktu perut kosong. 

3) Minum seminggu sekali atau dua kali, tak perlu hari-hari. 


CARA PENYEDIAAN RAMUAN UNTUK DIABETES ( JUGA PENAWAR LUKA DIABETES ) 


1. Ambil 2 helai daun rumput beijing, carik2, Masukkan ke dalam mug, tuang air panas, tutup dgn piring, 

2. Minum semasa suam sebelah pagi masa perut kosong.
Ini boleh dibuat malam dan minum keesokan pagi. 

Atau:

Nak senang, ambil 2 helai daun, lepas dibasuh bersih dgn air, kunyah saja dan telan airnya, Atau 


ambil 5-7 batang blend atau makan sbg ulam 

Dan yang paling terbaharu saya dapat perkongsian mengenai penggunaan rumput ini ialah daunnya juga boleh melembutkan tekstur daging dalam masakan. 

Dan ini sya nak kongsikan pengalaman sendiri.....
RUMPUT SITI KHADIJAH TELAH BERJAYA MENURUNKAN KADAR GULA dalam darah saya...

PKP covid 19 kali ini saya tidak berupaya menahan selera makan saya terutama kek.....maka bacaan gula darah saya naik 9.3..... bila jumpa doktor, katanya kalau bacaan tak turun juga sya akan diberi insulin, bacaan yang tinggi berturut2 akan menyebabkan kerosakan organ dalaman....ya Allah terbeliak biji mata sya....

Saya bukan tak tau kebaikan herba2 ini sebab saya adalah penulis blog herba tapi nak amalkan ataupun tidak itu sahaja.....hasil nasihat dari kawan-kawan saya mencuba rumput cina atau rumput siti khadijah ini selama seminggu...disebabkan nk cepat turun saya campr sekali dengan sirih cina.. 

( Sya pun hairan banyak betul nama-nama bukan melayu yang kita beri  spt rumput cina, sireh cina, nasi goreng cina, selipar jepun, bihun singapura, kampung new zealand, daun afrika.....ntah apa lagi.....pastu yg racist tu ajak mereka gaduh....pelik betul bangsaku )


Apa yang saya buat ialah:
Merebus segenggam pokok sireh cina/ketumpang air dengan akar2nya sekali selama 10-15 minit.. ( untuk bacaan gula yang mudah turun tk perlu campur 2 herba ini, cukup dengan rumput siti khadijah sahaja...### jangan tiru saya, sebab gula saya memang degil....)

Padamkan api dan masukkan beberapa helai rumput siti khadijah yang dicari-carikkan.
biarkan suam/sejuk baru minum sebelah pagi sebelum sarapan.

Kawan saya cakap 4 helai aje, tapi untuk permulaan saya buat 8 helai sb geram bacaan gula tk nak turun, bila bacaan dah turun bolehlah kurangkan dos nya.

Tapi saya bukan minum airnya sahaja,diet pun saya jaga....
Saya langsung tak minum air manis, cuma minum kopi tanpa gula, atau kopi yg dibubuh stevia aje....

Sarapan pagi: kopi stevia dgn sekeping roti

Pkl 10 makan buah epal hijau

Tengahari nasi sesenduk aje dgn lauk dan banyak sayur

Petang makan buah lagi tapi elakkan buah yang manis seperti mangga, kalau kurma sebiji dua tu oklah...klu buah grapefruit pn bagus untuk buang lemak.

Malam makan pkl 6.30....
Makan lauk dgn sayur ajer, klu nk rasa nasi sangat, saya ambil 2 sudu je.

Malam tk makan
jka lapar saya minum kopi tanpa gula ( tmbah stevia )

Belah petang saya minum lagi air rebusan rumput siti khadijah...

Jika rasa nak mengunya boleh makan kekacang.....

Hasilnya bacaan gula saya turun kepada 5.0. Alhamdulillah.....

UBAT JANGAN LUPA WALAUPUN MAKAN HERBA....bahaya tak makan ubat tau.....!!!! dah ramai orang potong kaki sb x makan ubat...

Banyak khasiat ni...SELAMAT MENCUBA..

Ulasan

  1. Balasan
    1. Assalamualaikum nk tnye kat mano nk dptkan rumput cino ni. Trima kasih

      Padam
    2. klu duk area setapak atau gombak boleh je amik rumah saya

      Padam
  2. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

Catat Ulasan