BUNGA MELUR
( Bunga Melati - INDONESIA ) Nama sainstifik - Jasminum sambac (L) Ait.
Melur (Bahasa Inggeris: Jasmine, bahasa Indonesia: Melati) merupakan pokok jenis belukar renek dan ia juga dikatakan pokok yang jenis merayap dan menjalar. Pokok bunga melur ini mempunyai kira-kia 200 jenis dan boleh didapati dikawasan tropika dan beriklim panas. Pokok ini hidup membesar dalam keadaan menjalar pada pokok-pokok lain atau pada sesuatu bahan yang ia boleh berpaut. Ia juga boleh tumbuh di dalam pasu dan tidak berpaut pada pokok lain, tetapi oleh kerana dahannya yang panjang maka biasanya kita akan melilitnya pada batang pokok bunga melur itu sendiri. Atau dipotong sahaja untuk menjadikannya lebih rimbun dan lebat.
Di Malaysia, jenis bunga melur yang banyak didapati dan ditanam sebagai pokok hiasan laman ialah jenis Jasminum.
Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Firdaus Ismail, berkata bunga melur boleh dijadikan teh yang direndam atau direbus bersama teh hijau dan dicampurkan madu.
"Bunga melur juga mempunyai khasiat melegakan gejala seperti demam dan meningkatkan tahap imun tubuh. Ia turut melegakan tekanan dan kebimbangan serta digunakan untuk merawat luka pada kulit," katanya.
Katanya, sebahagian akar pokok bunga juga mengandungi mineral, vitamin dan hormon yang berfaedah untuk kesihatan.
"Hormon, mineral, vitamin dalam bunga dan akarnya membantu penyerapan nutrien dalam tubuh serta melancarkan aliran darah. Bunganya kaya dengan keratinoid baik untuk mata," katanya.
Melur juga boleh meningkatkan daya tahan tubuh.
Bagaimanapun, Dr Mohd Firdaus menasihatkan supaya berhati-hati mengambil bunga sebagai makanan secara langsung kerana proses penanaman berkemungkinan membabitkan racun serangga.
Bunga yang ditanam sendiri dan bebas daripada racun serangga lebih selamat untuk dimakan terus.
Bunga melur ini tidak susah untuk menanamnya, boleh tanam melalui keratan batang sahaja. saya beli anak pokok dari nurseri, tanam dalam pasu. Disebabkan pasu tu terletak terus atas tanah maka akarnya menjalar ke bawah. Daripada akar ni anak pokok boleh pula tumbuh dan membiak-biak. Di rumah saya ada dua jenis pokok bunga melur, satu jenis tempatan, dan satu lagi yang berbunga segugus seperti dalam gambar, yang ini katanya pokok bunga melur Thailand.
Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Di Malaysia, bunga banyak dijual dikaki lima atau kedai bunga oleh masyarakat India untuk tujuan ibadat.
Masyarakat Melayu moden jarang menggunakan bunga melur dalam kehidupan seharian mereka. Malah anak-anak kota zaman sekarang mungkin tidak kenal lagi bunga melur. ( jika pokok padi yang berasnya dimakan hari-hari pun mereka tidak berapa kenal, ini pula bunga melur yang tidak pernah mereka gunakan ).
Semasa saya kecil dahulu terdapat beberapa pokok bunga melur ditanam oleh nenek saya di halaman rumah ayah saya. Setiap hari nenek saya akan memetik bunga-bunga itu untuk di bawa ke surau, dibahagi-bahagikan kepada kawan-kawan untuk diletakkan dalam telekung dan memberikan aroma yang sunggguh wangi dan nyaman. Ada juga yang menyelit bunga melur dalam sanggul supaya rambut berbau wangi.
Adakalanya nenek saya memasukkan bunga melur ke dalam minyak kelapa untuk dijadikan minyak rambut. Ahhh...segalanya original dan tulen pada masa itu. Malah minyak masak daripada buah kelapa pun dimasak sendiri. Saya sempat melihat arwah nenek memasak minyak kelapa dalam kawah, dan tahi minyaknya diambil lalu diratah. Ini kenangan tahun 70an, zaman kanak-kanak saya di kampung Haji Su, Pasir Puteh, Kelantan.
Kembali ke cerita bunga melur dalam masyarakat Melayu, bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu serta merawat demam, sakit kepala, mata merah, bengkak gigitan serangga dan sesak nafas.
Khasiat Pokok Bunga Melur
1. Digunakan dalam industri wangian.
Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, bunga melur juga bunga yang mampu menghasilkan bauan yang sangat mengharumkan. Banyak industri wangian menggunakan bunga melur sebagai bahan untuk membuat perfume.
2. Meredakan stress
Pernahkah anda mengalami stress yang begitu lama? Apakah yang mungkin anda lakukan sekiranya menghadapi situasi sedemikian? Percaya atau tidak bunga melur boleh membantu untuk mengurangkan stress. Teh yang memiliki aroma melur mampu memberikan ketenangan dan dapat merehatkan sistem saraf yang menegang akibat tekanan. Jadi bolehlah mula buat teh jasmin selepas ini.
3.Membantu mengurangkan berat badan.
Anda mempunyai masalah berat badan berlebihan? Sering menjadi bahan ketawa oleh kawan-kawan? Tahukah anda, banyak kajian yang membuktikan pengamalan meminum teh melur secara teratur mampu untuk mengurangkan masalah berat badan. Tetapi jangan lupa, bersenam dan jaga pemakanan juga penting untuk memastikan impian anda tercapai.
4. Merawat demam dan sakit kepala
Tahukah anda bahawa bunga melati merupakan salah satu tumbuhan yang mampu merawat gejala demam dan sakit kepala. Untuk merawat sakit kepala, bunga melur perlu ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada kepala. Manakala untuk merawat demam, daun bunga melur diambil dan direbus. Air rebusannya disapukan pada tubuh pesakit. Bunga melur juga boleh diletakkan pada rambut supaya rambut berbau harum.
Untuk demam dan sakit kepala boleh juga diambil segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.
5.Mengubati insomnia (sukar tidur)
Pastinya anda akan berasa tertekan jika berlaku situasi sukar untuk tidur terutama pada waktu malam. Hal ini bukan sahaja dapat mengganggu kitaran hidup kita tetapi boleh juga mendatangkan penyakit. Untuk pengetahuan anda, akar pokok bunga melur mampu untuk mengubati gejala ini dengan cara meminum air rebusan akarnya. Hal ini terbukti apabila kaedah ini telah pun digunakan sejak zaman dahulu lagi.
6. Menambah air susu ibu
Daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
7. Merawat sakit mata ( mata merah )
Segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering , tampal yang lain pula. Ulang hingga berasa sedikit lega (sembuh) .
8. Merawat bengkak gigitan serangga
Untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.
9. Melegakan sesak nafas
20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.
Memang terasa rugi tidak mengetahui rahsia alam semulajadi di sekeliling kita. Sesungguhnya semua yang diciptakan oleh Allah ini adalah untuk memberi manfaat kepada manusia, namun ramai manusia tidak ambil kesah dan tidak mensyukuri.
Jika di negara kita pokok ini dianggap pokok herba dan digunakan dalam rawatan tradisional sahaja, lain pula di negara luar seperti Vietnam yang mana daun dan bunga melur dijadikan teh yang enak sekali untuk dirasai dan di amalkan.
Resepi Teh Bunga Melur
Resepi Teh Bunga Melur Pandan ( Ala Vietnam )
Resepi ini saya minta daripada pekerja muzium perang Cu Chi Tunnel yang telah menghidangkan kami dengan teh Jasmin panas-panas dan ubi kayu rebus, makanan tentera Vietnam semasa zaman perang dahulu.
wow ... thank you
BalasPadamTerima kasih ya.insyallah izinkan saya cuba resepi nya.
BalasPadamMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
BalasPadam..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring