CEKODOK SOSEJ YANG LEMBUT TANPA YIS TANPA BAKING POWDER
Assalamualaikum...hari ni Ummi nak share cekodok sosej...lembut sangat dan tak perlu guna yis atau baking powder atau baking soda.
BAHAN-BAHAN
500g tepung gandum
5 batang sosej ( nak masuk lebih pun boleh )
1/2 ulas bawang besar
sebiji telur
air panas secukupnya
1 st garam
2 st gula
CARA-CARANYA
masukkan tepug ke dalam mangkuk ( boleh ayak dulu tepung kalau rajin )😆
potong sosej 1 cm panjang 1 ikut cita rasa
masukkan ke dalam tepung
hiris bawang besar dan campurkan ke dalam tepung
masukkan garam dan gula
masukkan air panas dan gaul, jangan terlalu lembik sebab nak masukkan telur....
masukkan telur...
gaul sebati
panaskan minyak dan goreng dalam minyak dalam ye... ( deep fry )
untuk anak yang baru belajar kalau nk tau minyak dah panas atau belum, ini tips nye :
1. letak tangan di bahagian atas kuali, klu dh terasa haba panas tu maka panaslah tu..
2. tgk keadaan minyak tu, klu dh tk ada buih, minyak nampak bening aje, maka dah panaslah tu dan boleh mula menggoreng.
satu lg tips:
jangan goreng dengan api kuat, goreng dengan api sederhana supaya tidak hangus dan bahagian dalam cekodok/ayam masak.
jika api kuat, bahagian luar akan hangus tapi bahagian dalam tidak masak...
ini adunan yang telah ummi gaul...sedia untuk digoreng
Ini hasilnya, lembut sampai petang.....
SELAMAT MENCUBA GUYS...
Ulasan
Catat Ulasan