SAYANGI DUNIA dengan BIO ENZYME


Assalamualaikum....ini kali pertama menulis blog setelah begitu lama mengidam nk menulis.....hihi..saya mulakan dengan menyayangi dunia...love green...gambar di atas adalah gambar produk yang saya hasilkan bersama ank  murid saya.....budak-budak koop..Koperasi SMK Setapak Indah BHD...koperasi kesayanganku...ini namanya Bio-enzyme..dibuat daripada kulit buah-buahan dan sisa sayur-sayuran hasil buangan dapur...

semua orang pun boleh buat ni cuma rajin atau malas ajerrrr....kt sini saya nak share cara buat bio enzyme.

formula adalah 1:3:10
1 bahagian gula merah
3 bahagian sisa sayur dan kulit buah
10 bahagian air.

contoh
100 g gula merah
300 g sisa sayur dan kulit buah
1000 g air bersih
blend together....klu rajin potong bahan tadi kecil2..sya malas dn nk cepat....hihi

Masukkan ke dalam botol plastik, tinggalkan ruang yang cukup untuk gas, jangan isi penuh botol/balang tersebut.

Buka mulut botol 3 hari sekali supaya gas yang terhasil dapat dilepaskan. buka selama 15 minit lepas itu tutup balik supaya lalat tidak masuk. 

 Bila gas dah habis keluar maka tak perlu buka mulut botol lagi.

Supaya proses penapaian cepat berlaku masukkan 1 sudu teh yis.

Beza jika masukkan yis ialah penapaian lebih cepat berlaku, enzyme boleh digunakan dalam masa sebulan ajer....
Jika tidak masuk yis, tempoh penapaian memakan masa 3 bulan.

kegunaan Bio Enzyme

1. membersihkan sayur
2. membersih buah-buahan
3. memandikan haiwan kesayangan
4. menjadi booster tanaman - memperbaiki struktur tanah, menyuburkan pokok
5. mencuci longkang, tandas, lantai
6. mencuci pakaian, karpet, meja
7.membersihkan udara dan banyak lagi.


Bio enzyme ini mempunyai mikro organisme yang menghapuskan kotoran dan sangat baik untuk menjaga alam sekitar...
Galakkan masyarakat kita buat bio enzyme sendiri, ia menjimatkan wang dan menyelamatkan dunia.

Bila dah tamat tempoh penapaian, tapiskan enzyme ke dalam bekas lain dan sedia digunakan....


 Ini bio enzyme yang telah dibotolkan...

SELAMAT MENCUBA GUYS.....


 Ini piala kami....


ini team KOSEINDAH.....HIHI.....


Ulasan

Catat Ulasan