MASAK-MASAK : PERGEDIL UBI KAYU

#MASAK-MASAK MASA CUTI

PERGEDIL UBI KAYU




Suatu hari mak cik sebelah bagi ubi kayu...adalah 3 ketul....x tau nk buat apa, rasa mcm nk buat kuih talam tp x sempat pula, akhirnya ummi rebus je buat breakfast....hmmmm...ank2 zaman skrg, lahir kt KL pula, mana nk sentuh sgt ubi kayu....akhirnya bila balik kerja belah petang masih bnyk lg ubi kayu tersisa....apa nk buat ye.....kebetulan ank bujang ada kt rumah..."buat pergedil ummi....."....,mak oi..pergedil ubi kayu, mcm x pernah dengar je.....?  ok..kita cuba buat...

BAHAN-BAHANNYE

BAHAN A

  • 500 - 600g ubi kayu yg direbus ( x kesah berapa timbangan pun.....)
  • sedikit isi ayam/daging cincang..klu x de pun x pe ( hari tu sya letak je isi ayam utk buat inti pizza )  daging burger pn boleh, klu nk letak nugget yg dicincang pn boleh...
  • sebatang atau 2 btg daun sup ( ketumbar ) di cincang halus
  • sedikit lada sulah
  • 1 st serbuk stok ayam
  • sedikit garam
BAHAN B
  • 2 biji telur 
  • 2 cawan minyak utk menggoreng


CARA-CARANYE
1. lenyek ubi kayu tadi
2. campurkn semua bahan A



UBI KAYU REBUS


UBI KAYU YG TELAH DILENYEK

3. bulat-bulatkan adunan tadi, saiz ikut suka
4.celup ke dalam telur yg telah dikacau



4. celup ke dalam telur yang telah dikacau\
5. goreng dalam minyak dalam ( deep fry )
6. guna api sederhana sahaja
7. bila dah berwarna keemasan, boleh di angkat dann...
makan dengan nasi serta lauk kegemaran anda...

SELAMAT MENCUBA.....




Ulasan

Catat Ulasan