ALOE VERA ( LIDAH BUAYA ) Aloe Vera Linn
Aloe vera berasal dari Semenanjung Arab dan ramai rakyat Malaysia menanam pokok ini samada untuk tujuan rawatan atau hiasan sahaja...( hihi ramai yang buat hiasan rasanya...)
Benih Aloe Vera yang saya tanam ni saya dapat daripada sepupu saya, ( ani juga namanya )....yang ni sebenarnya boleh membesar lagi jika di tanam atas tanah dah baja yang mencukupi, masa sya pergi rumah sepupu saya tu tinggi pokoknya hampir 1 meter. Katanya ini jenis komersial punye....ada sejenis lagi yang ditanam di kampung-kampung, yang itu saiznya lebih kecil.
Penggemar pokok menjadikan pokok-pokok mereka sebagai kenangan tempat mendapatkannya, orang yang ditemui dan mungkin kenangan2 lain yang membahagiakan, atau kenangan abadi bersama insan tersayang......may all sweet memories be ours...
KHASIAT ALOE VERA
Petua Kesihatan
dan Kecantikan Dengan Lidah Buaya
1. Mengubati luka terbakar
Daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada luka terbakar maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh. Jika luka juga boleh buat perkara yang sama... Cepat berhenti darah dan luka lebih cepat sembuh.
2.
Mengeluarkan racun tubuh,
Dengan adanya kandungan gelatin yang boleh berkhasiat menyerap
racun dalam usus dan mengeluarkannya bersama feses, caranya sangat mudah iaitu
dengan membuat jus lidah buaya.
3. Menurunkan
diabetes
Ambil jus lidah buaya setengah sudu
diminum rutin selama 14 hari dipercayai dapat menurunkan kadar gula 45%.
4.Menghilangkan jerawat merah yang besar atau jerawat batu
Ambil saja lidah buaya, kemudian belah, lalu ambil
getahnya atau lendir yang terdapat didalamnya. Sapukan pada bahagian wajah yang
terkena jerawat sekali dalam sehari kurang lebih selama 10-15 minit
kemudian bilas dengan air suam.
5. Menghilangkan bintik hitam pada wajah
Wajah dibersihkan terlebih dahulu menggunakan facial
foam, ambil jelly lidah buayanya, lalu bersihkan dari lendir–lendirnya dan
usapkan ke wajah setiap pagi juga malam hari. Biarkan selama 30 minit. Selepas
itu bersihkan dengan air bersih lalu keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya 2x
sehari berturut–turut. Cara ini memakan masa lama, namun bila dilakukan secara
rutin, hasilnya pun akan maksimum.
Lepas sapu aloe vera tu, ambil tisu muka dan tekap pada wajah...
Biar sampai kering,kemudian dah kering tarik tisu tadi dan akan nampak bintik
hitam dan putih pada muka tertanggal. Cubalah!
6. Menguatkan
akar bulu mata,
Sebelum tidur, cuci bulu mata agar terbebas dari bahan
kimia seperti maskara, lalu ambil lendir lidah buaya, oleskan pelan- pelan pada
bulu mata, biarkan selama 30 minit, lalu cuci dengan air biasa hingga bersih.
Bila teratur menggunakannya, dijamin bulu mata tidak mudah gugur dan tebal.
7. Merawat
rambut agar tidak mudah gugur, mengurangkan kelemumur, dan mempercepatkan
pertumbuhan rambut,
caranya adalah ambil dua pelepah lidah buaya yang sudah dicuci,
kemudian gosokkan isinya pada kulit kepala yang telah dicuci. Kemudian balut
rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya, usahakan melakukan rawatan ini
setiap hari untuk mendapatkan hasil maksimum.
8. Digunakan
sebagai gel cukur,
Caranya sangat mudah, oleskan lendir lidah buaya sebelum
mencukur janggut atau misai, cara ini sangat berkesan untuk mencegah iritasi
kulit, kulit akan terasa sejuk dan tidak pedih.
9. Merawat buasir,
Parut lidah buaya, tambahkn madu dan setengah
cawan air masak pada parut tersebut, kacau hingga rata, tapis, lalu diminum 3
kali sehari.
10. Diproses
menjadi minuman bernilai komersial
NATA DE ALOE, bentuknya seperti nata de coco atau sari kelapa,
bila dimakan dapat berkhasiat untuk mencegah bengkak sendi, mencegah sel kanser,
serta membantu penyembuhan luka selepas pembedahan.
11. Mengatasi
Batuk
– 20 g daun
lidah buaya
– Cuci kupas kulit dan durinya lalu potong-potong
– campurkan 2 sudu makan madu lebah asli.
– Minum 2 kali sehari
– Ulangi selama 10 hari
– Cuci kupas kulit dan durinya lalu potong-potong
– campurkan 2 sudu makan madu lebah asli.
– Minum 2 kali sehari
– Ulangi selama 10 hari
12. Mengatasi Sakit Tekak
– 1 daun lidah
buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Isinya dipotong-potong atau diblender
– Tambahkan 1 sudu makan madu asli
– Minum 3 kali sehari
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Isinya dipotong-potong atau diblender
– Tambahkan 1 sudu makan madu asli
– Minum 3 kali sehari
13. Mengatasi Sembelit
– Setengah (1/2)
batang daun lidah buaya
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Potong kecil-kecil isinya
– Tambahkan dengan setengah (1/2) gelas air
– Campurkan 1 sudu makan madu
– Makan 2 kali sehari
– Cuci lalu kupas kulit dan durinya
– Potong kecil-kecil isinya
– Tambahkan dengan setengah (1/2) gelas air
– Campurkan 1 sudu makan madu
– Makan 2 kali sehari
14. Ubat Diabetes
– 2 batang daun
lidah buaya
– Cuci dan buang durinya lalu potong-potong.
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Tapis air rebusan tersebut
– Minum 1/2 gelas – 3 kali sehari sesudah makan
– Cuci dan buang durinya lalu potong-potong.
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Tapis air rebusan tersebut
– Minum 1/2 gelas – 3 kali sehari sesudah makan
15. Menurunkan
Kadar Gula Dalam Darah
– 1 pelepah
lidah buaya ukuran besar (kira-kira seukuran telapak tangan)
– Bersihkan dengan mengupas kulit dan durinya
– Rendam sekitar 30 minit dalam air garam
– Ramas sebentar lalu bilas di bawah air yang mengalir
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Sejukkan dan tapis
– Minum 1/2 gelas – 2 sampai 3 kali sehari.
– Bersihkan dengan mengupas kulit dan durinya
– Rendam sekitar 30 minit dalam air garam
– Ramas sebentar lalu bilas di bawah air yang mengalir
– Rebus dengan 3 gelas air hingga mendidih
– Sejukkan dan tapis
– Minum 1/2 gelas – 2 sampai 3 kali sehari.
Cara Membuat Minuman Lidah Buaya
1.
Ambillah daun lidah buaya yang segar dan
berukuran besar agar memiliki banyak gel yang dapat dijadikan campuran minuman.
2.
Kupas kulit daun lidah buaya hingga tinggal gel
lidah buaya yang jernih.
3.
Potong-potong gel lidah buaya tersebut dalam
bentuk dadu.
4.
Rebus pandan dengan air hingga mendidih
sehingga naik aroma pandan dari air tersebut.
5. Rendam potongan gel lidah buaya dengan
air pandan kurang lebih selama 2 jam.
6. Setelah 2 jam tapiskan gel lidah buaya dan
simpan dalam peti sejuk.
7. Gel lidah buaya tersebut sudah dapat
dijadikan campuran minuman yang lazat dan sihat lagi menyihatkan.
Jadi, aloe vera ni boleh di
jadi kan salah satu tanaman yang patut ada di setiap rumah untuk saat-saat
kecemasan. Sebab sangat banyak manfaat nya... Walaupun sekarang ada yang siap
di proses jadi gel... Tapi tetap tak sama dengan yang original.
TIPS BUANG GETAL ALOE VERA
untuk pengetahuan semua, getah lidah buaya ni agak gatal jika terkena tangan..
jadi saya nak bagi sedikit petua menghilangkan getahnya..
Selepas memotong daun lidah buaya, biarkan sebentar secara menegak supaya getahnya keluar.
Bila dah kupas ini nya bilas dalam air bersih dan siram, biarkan dalam penapis supaya lebihan getahnya boleh mengalir keluarr.....taraaa.. boleh dimakan begitu sahaja, campur dalam jus lemon atau apa2 jus kegemaran, boleh juga ditambah pada fruit punch...GOOD LUCK...
TIPS BUANG GETAL ALOE VERA
untuk pengetahuan semua, getah lidah buaya ni agak gatal jika terkena tangan..
jadi saya nak bagi sedikit petua menghilangkan getahnya..
Selepas memotong daun lidah buaya, biarkan sebentar secara menegak supaya getahnya keluar.
Bila dah kupas ini nya bilas dalam air bersih dan siram, biarkan dalam penapis supaya lebihan getahnya boleh mengalir keluarr.....taraaa.. boleh dimakan begitu sahaja, campur dalam jus lemon atau apa2 jus kegemaran, boleh juga ditambah pada fruit punch...GOOD LUCK...
Ulasan
Catat Ulasan