HERBA : BAYAM BRAZIL


BAYAM BRAZIL (Althernanthera sissoo )




Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ia adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang .Ia berasal dari Brazil.

Daunnya yang tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.

Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-
1)   melawan kanser
2)   mengekalkan kesihatan mata
3)   salah satu sumber vitamin K
4)   menguatkan tulang
5)   membantu menurunkan berat badan
6)   meningkatkan sistem imuniti badan
7)   membantu sistem penghadaman
8)   mengelakkan daripada sembelit
9)   membantu melancarkan darah
10) mencegah anemia
11) mengatasi masalah gusi
12) nutrisi yang baik untuk pembesaran
13) mengekalkan stamina
14) mengekalkan kesihatan mulut
15) mengikat kalsium
16) mencegah penuaan pramatang
17) mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Buat cicah budu pun sedapp....kawan saya letak dalam sandwich...hemmmm macam-macam gaya orang makan bayam Brazil..

Benih ni saya beli daripada laman Herba Dun Hulu Klang di bawah seliaan cgu Yati...Dun Hulu Klang adalah di bawan Adun Yb Tn Hj Saari Sungip. dan saya semai keratan batang lalu saya tanam di rumah dan di Kebun komuniti seliaan Pn Hjh Zaitun, di bawah ahli Majlis MPS Zon 3, Pn Anfaal Saari....benihnya berkembang dari zon ke zon..dan banyak lagi, pelawat2 kebun kami juga ada yang  beli ank benih dan tanam di tempat masing-masing.
begitulah hikayat kehidupan Bayam Brazil.....

Ulasan