Belimbing tanah ( Oxalis Barrelieri )
Ini adalah pokok pemberian kakak ipar saya yang digelar Mak Uda. Beliau juga minat bertanam. Pokok ini senang membiak, asal ada benih je tumbuhlah ia tanpa perlu jagaan sempurna. Saya selalu petik buahnya dan teruh kunyah seperti makan asam...sedap...
Tumbuhan herba yang kecil ini mempunyai batang berwarna
hijau. Tingginya mencapai 0.5 m. Daunnya jenis majmuk, mengandungi tiga
helai anak daun berbentuk bulat. Bunga berwarna ungu keputihan. Buah pula kecil
berwarna hijau hingga hitam berbentuk belimbing kecil dan berasa masam .
**Belimbing tanah/pasir yang kita bicarakan ini bukan kelemoyang air atau janggut adam ye. ( yang mana ramai orang panggil kelemuyang air sebagai belimbing tanah )..sebenarnye ia tidak sesuai dipanggil belimbing tanah kerana tak de rupa belimbing pun..lebih sesuai dengan nama kelemuyang, janggut adam atau jangggut baung atau sebiak sb ia memang berjanggut...hihi...cikgu protes..
Kegunaan dan khasiat belimbing tanah
Seperdu pokok belimbing tanah (akar, daun dan buah) direbus hingga mendidih.
Air rebusan ini diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan penyakit buasir,
darah tinggi dan kencing manis.
Air ini juga dipercayai
berkesan untuk merawat sakit buah pinggang, lemah Jantung serta dapat
menghilangkan dahaga. Buah belimbing tanah yang segar boleh dimakan untuk
menurunkan tekanan darah tinggi. Buah yang hitam didapati lebih berkesan. ( Sya pun tak pernah tgk buah yang hitam )
Ulasan
Catat Ulasan