HERBA CEKUR HITAM


CEKUR HITAM  ( Kaemferia pulchra      Famili : Zingiberaceae )



Cekur Hitam ini saya dapat daripada Nursery Syifa’, pemilik nursery ini juga merupakan ibu angkat saya yang menjadikan jualan pokok di nurserynya sebagai penyumbang dana kepada rumah anak yatim yang dikelolakan oleh beliau. Jadi bila berkunjung ke sana banyaklah pokok yang akan dibawa balik samada berbeli atau dapat free aje sebagai token membeli pokok dan menziarahinya….

Cekur hitam merupakan tumbuhan herba yang sama keluarga dengan saudara terdekatnya iaitu cekur biasa. Perbezaan yang paling ketara ialah warna daunnya.
Cekur hitam mempunyai daun berwarna hitam yang menarik. Ciri pokok juga sama dengan cekur biasa. Ia mengeluarkan bunga yang besar dan cantik berwarna ungu muda. Rizomnya bercabang-cabang berwarna oren.

Kegunaan/Khasiat cekur hitam

Rizom cekur hitam yang dicampurkan bersama lada hitam, kayu manis dan madu boleh digunakan untuk merawat selesema.

Cekur juga dipercayai boleh merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang.

Air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut akibat masalah penghadaman, mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal.

Ada juga mengatakan cekur ini boleh mencerdaskan otak kanak-kanak, dan memberikan awet muda kepada pengamalnya.
Penanaman

Cekur yang ditanam di bawah teduhan/naungan  menghasilkan pertumbuhan daun yg cukup lebar dan menunjukkan warna sebenar bagi jenis2 tanaman cekur yg berbeza.


Ulasan