DAISY LIAR- CHAMOMILE
Bunga daisy yang terdapat di Malaysia
adalah bunga liar yang mudah tumbuh
dimana saja dan tidak dipeduli kerana dianggap sebagai rumpai dan dibuang
sahaja. Semasa zaman persekolahan dahulu
saya sering mengambil bunga ini dan meletakkannya dalam pasu kecil yang diisi
air. Saya juga suka mengambil bunga
daisi yang kering dan meniup biji benihnya. ( terpengaruh dengan cerita “little
house on the prairie” yang ditayangkan semasa saya di sekolah rendah sekitar
tahun 70an, ia sebuah cerita keluarga yang menjadi tontonan kegemaran kami
sekeluarga pada masa itu).
Diusia 50an ini baru saya tahu bahawa
pokok bunga jalanan itu mempunyai khasiatnya tersendiri dan boleh dibuat teh yang
bermanfaat untuk kesihatan. Lalu sya
berhenti tepi jalan dan mengambil pokoknya untuk ditanam dalam kebun mini
saya…maka bertambahlah koleksi pokok herba saya….anak-anak tak suka saya tambah
koleksi sebab rumah jadi semak kata mereka, tapi itulah terapi bagi saya.
Bunga daisy
terdiri daripada bahagian tengah kuning dan kelopak putih atau kekuningan.
Bunga ini boleh tumbuh sehingga 30-60 cm tinggi.
Simbolik untuk Bunga Daisy pula adalah kelembutan dan
kesucian kerana kelopak warnanya berwarna putih bersih.
Daisy ini juga dikenali sebagai chamomile, ada yang
mengatakan bahawa bunga segar dipanggil daisi dan bunga kering dipanggil
chamomile, walau apa pun chamomile adalah dalam keluarga daisi.
Di sebalik kecantikannya, bunga daisy
bermanfaat untuk kecantikan kulit yang dipercaya membantu mencerahkan kulit
secara alami, kerana kadar asid malat dan tartaratnya baik untuk meremajakan
sel-sel kulit.
Selain itu, bunga daisy juga boleh
mengurangkan munculnya bintik-bintik hitam dan mencerahkan warna kulit secara
alami.
Bunga ini dikenal sebagai bunga yang
mengandungi unsur anti inflamasi termasuk untuk menyembuhkan luka. Ekstrak
bunga daisy bersifat antiseptik yang dapat menghilangkan bakteria dari
permukaan kulit, sehingga membuat kulit tetap sihat.
Sebenarnya ia telah di gunakan berabad
lamanya untuk tujuan kesihatan.
Untuk membuat teh, bunga daisy
hendaklah dikeringkan dan direndam ( infuse ) dalam air panas. Ia tidak
mengandungi kafein dan alternative yang baik untuk teh hijau dan teh
hitam. Rasanya yang manis-manis
membuatkan ramai orang yang menikmatinya.
Teh ini mengandungi antioksidan yang memainkan peranan penting dalam
merendahkan risiko penyakit seperti penyakit jantung dan kanser. Ia juga
membantu tidur yang nyenyak dan pencernaan yang baik.
Di bawah ini sya kongsikan 5 manfaat
atau khasiat minum teh daisy. ( kajian saintifik telah di buat terhadap 5 kesan ini )
1. Memperbaiki
kualiti tidur
Ia mengandungi apigenin iaitu
sejenis anti oksidan yang menggalakkan tidur nyenyak dan mengurangkan insomnia.
Jadi minumlah teh bunga daisy sebelum tidur.
2. Menggalakkan
pencernaan
Pencernaan yang
baik mengurangkan risiko penyakit saluran pencernaan ( gastrointestinal ) , mencegah ulser perut ( kerana ia boleh
mengurangkan keasidan dalam perut), cirit birit, loya dan gas disebabkan sifat
anti radang yang ada pada bunga daisy ini.
3. Mencegah
penyakit kanser
Mengikut kajian,
kandungan anti oksidan apigenin dalam bunga daisy membantu merendahkan
keradangan dan mengurangkan risiko mengidap beberapa jenis kanser
4. Mengawal
kandungan gula
Mengikut kajian
juga ,sifat anti keradangan dalam bunga daisy akan menghalang kerosakan sel
pankreas yang menyebabkan kenaikan gula dalam darah. Jadi minumlah teh bunga
ini selepas makan untuk menurunkan kandungan gula darah.
5. Memperbaiki
kesihatan jantung
Kandungan antioksidan
flavon menjadikan teh bunga berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan juga
kolestrol. Ini adalah petanda penting
untuk menjaga kesihatan jantung.
Lain-lain
khasiat/manfaat teh bunga untuk kesihatan ialah :
a. Meningkatkan imunisasi
b. Melegakan
kerisauan dan kemurungan
c. Memperbaiki
kesihatan kulit
d. Menghalang
penyusutan tulang seperti osteoporosis
##( namun ini
belum dibuktikan secara saintifik )
tepi jalan kampung saya banyak..tak tau pula boleh minum airnya
BalasPadam