HERBA : ULAM MAK WAN ( FALSE DILL )



FALSE DILL ( ULAM MAK WAN ) artemisia scoparia


Selama ni saya tak pernah dengar Ulam Mak Wan, mati-mati ingat ia adalah Dill....sblm ni tak pernah guna pun pokok ni, tp semenjak berkawan dengan geng kebun maka saya kenal bermacam-macam jenis pokok ciptaan Allah.

Katanya ia dapat memberi khasiat spt berikut :

merawat penyakit kuning
merawat penyakit hati
merawat hepatitis

Puas mencari khasiat herba ulam mak wan utk share di sini tp tak jumpa.....


Gambar di bawah adalah pokok Dill...so dapatlah kita bezakan antara Dill dengan Ulam Mak Wan....hihi..agaknya org  jumpa pokok ni kt rumah Mak Wan, tp Mak Wan pun tak tau apa nama pokok ni so lekatlah nama ULAM MAK WAN....
macam tu agaknye ceritanye...😂😂


DILL ( anethum graveolens )

Dill-icious! Dill weed is an antioxidant powerhouse - Chicago Sun ...


Dill adalah tumbuhan yang unik kerana daun dan benihnya sering digunakan sebagai bahan perisa masakan terutama masakan Barat . Daun dill memberikan rasa lembut dan manis pada makanan.

Manakala benihnya pula mempunyai rasa sedikit pahit, manis dan aromatik. Ia mengandungi mineral kalsium, mangan, besi dan flavonoid yang terkenal dengan antioksidan, anti radang dan antivirus.

Dill dapat meningkatkan  air kencing dan dengan itu membantu menyingkirkan unsur-unsur toksik dalam badan. Ia juga boleh merangsang selera makan, membantu mengawal metabolisme, penghadaman, melegakan cirit birit, senak, loya, kekejangan otot, dan gangguan haid. Ia juga sedatif untuk usus bengkak terutama pada kanak-kanak.

Disyorkan minum teh dill bagi mereka yang mengalami insomnia. Kunyah benih dill sangat berkesan bagi menghilangkan nafas berbau. Teh dill juga boleh digunakan untuk mencuci dan merawat buasir, kutu dan menyuburkan kuku yang lemah.

Cara mengambil:
Rebus 2 tsp benih dill dengan 1 litre air selama 10~15 minit. Tapis dan minum 1/2 cawan sedikit-sedikit, 1~2 kali sehari atau ambil 2 genggam daun dill dan rendam dengan 1 litre air semalaman dan minum 1 cawan, 1~2 kali sehari.

Kesan sampingan:
1) Mengambil dill semasa mengandung mungkin boleh menyebabkan keguguran.
2) Dikatakan sering minum teh dill boleh melemahkan penglihatan mata.




Ulasan