HERBA : HEMPEDU BUMI/HEMPEDU ULAR


HEMPEDU BUMI @ HEMPEDU ULAR (  Andrographis paniculata )



Saya mengenali pokok ini semenjak kecil lagi bila arwah bapa saya membawanya balik dari rumah kawannya..Nenek saya cakap ia sangat pahit sebab tu di Kelantan kami panggil hempedu bumi.
Arwah nenek akan memasukkan daun hempedu bumi ke dalam sepotong pisang dan menelannya tanpa mengunyah untuk mengelakkan rasa pahit....hihi, saya pun apa lagi..wajib mencubanya....

She is my beloved "nenda"... Miss her so much..
Pokok ini senang tumbuh dan akan membiak melalui biji benih, campak je di mana-mana, maka hiduplah ia...selamat mengamalkannya...

Berikut antara khasiat Hempedu bumi:

Daunnya  boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi dan merawat kencing manis. (Caranya: rebus akar tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum).
Daunnya boleh merawat luka
(Caranya: tumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut).

Merawat demam

(Caranya: ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam).

Meningkatkan pertahanan badan melawan penyakit 
serta mempunyai ciri melawan virus. Dikatakan juga boleh melawan beberapa strain virus HIV.

Bahan aktif pada herba ini, andrografolid melindungi hati, pankreas dan sistem pencernaan.

Kajian makmal dan klinikal membuktikan bahawa ia berkesan untuk kes kerosakan hati kerana bahan toksik, fungsi hati yang kurang baik dan hepatitis.

Andrografis juga terbukti boleh mengelak pengumpulan kolesterol teroksida pada salur darah pada tahap yang lebih berkesan berbanding minyak ikan omega 3.

Hempedu bumi memang sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.

Andrografolid juga melindungi sel yang mengeluarkan insulin pada pankreas dan memperbaik metabolisma glukos serta retinopati diabetis.

Di China herba ini digunakan untuk mengubat sakit tekak dan selsema.
Hempedu Bumi mempunyai kuasa mencegah selsema.

Andrografis boleh melindungi daripada gastrik dan ulser duodenum.

Ulasan