HERBA : BELALAI GAJAH



BELALAI GAJAH ( Clinacanthus nutans (Burm.f.) Lindau )



Sabah Snake Grass,

Daun Belalai Gajah ( Sabah Snake Grass ) atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans ialah sejenis herba popular dalam perubatan tradisional Thai dan China yang dikenali dengan nama  Gendis, Shen Cao dan Phaya plongtong 

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila ditiup angin. Batang yang agak lembut dan berwarna hijau itu mempunyai ruas sementara daunnya pula berwarna hijau serta bersifat tunggal.

Tanaman yang terkenal di Asia Tenggara dan dikatakan berasal dari Thailand itu mampu mencecah ketinggian hingga 2.5 meter.
Selain senang ditanam, ia juga mudah tumbuh dan memberi hasil daun yang rimbun sekiranya dijaga rapi.

Tumbuhan ini datang dari keluarga acanthaceae, boleh membiak melalui keratan batang.

Tumbuhan herba ini dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis,pesakit dialisis, buah pinggang.
Mengikut kajian oleh USM, keseluruhan tumbuhan belalai gajah boleh digunakan untuk merawat kitaran haid, mengurangkan bengkak, membuang darah beku, merawat kecederaan,patah tulang,lebam dan regangan,anaemia, penyakit kuning ( jaundice ) dan rheumatism serta penyakit mata.
Daun segar digunakan di Thailand sebagai penawar anti-radang untuk gigitan serangga dan ular, kegatalan kulit, alahan. (Santi, et al., 2006). 
Ekstrak daun belalai gajah dilaporkan mempunyai faktor analgesic ( penahan sakit ) dan anti keradangan. (Satayavivad, et al., 1996).
Ujian klinikal menunjukkan kegunaan losyen/krim C.nutans telah berjaya melegakan radang kulit, gigitan serangga dan rawatan penyakit kelamin dan kayap.
***(Clinical trials have shown the successful use of a C. nutans cream/lotion for the relief of minor skin infammation, insect bite, treatment of genital herpes and varicella-zoster lesions (Charuwichitratana et al., 1999).)
Belalai gajah juga didapati tidak memberikan tanda-tanda toksik bila diuji ke atas haiwan,(Xiu et al., 2012).  
Ia mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Daun belalai gajah ini telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi untuk mengatasi sel – sel kanser dan mengekalkan sel – sel sihat dalam tubuh manusia.(Yong et al., 2013)
Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.
Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser. Kajian – kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.
Selain boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak, herba ini juga ditanam secara komersial di beberapa negeri terutama di sekitar Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Belalai Gajah merupakan sebahagian warisan budaya Melayu memiliki pelbagai kegunaan dan khasiat dalam perubatan tradisional:

- penghidap kanser perlu memakan daun herba ini sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.

- teh daun belalai gajah paling banyak di pasaran di mana perlu dimasukkan daun teh ke dalam air panas dan minum setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.
 
Daun Belalai Gajah mempunyai 1001 khasiat dalam menangani pelbagai masalah penyakit termasuk penyakit kanser. Antara khasiat daun ini adalah :

1. Dalam tahun-tahun belakangan, terdapat ramai pesakit-pesakit kanser sembuh secara ajaib selepas pengambilan Daun Belalai Gajah telah dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar dan mencetuskan kegilaan. Oleh kerana kesan khasnya, ia mengubati pelbagai jenis kanser, termasuk limfoma, kanser hati, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payudara, kanser nasofarinks, kanser rahim, kanser ovari, leukemia, kanser otak dan kanser prostat.

2. Daun Belalai Gajah menyembuhkan dan menggantikan Sel-Sel Badan yang rosak. Selepas setiap 6 bulan menerusi proses metabolisme, lebih kurang 90% daripada sel badan akan diperbaharui selepas setiap 6 bulan. Antaranya, sel perut diperbaharui setiap 7 hari, sel kulit lebih kurang 28 hari, sel hati 180 hari, sel darah merah setiap 120 hari, dan sebagainya. Pendek kata, dalam masa lebih kurang setahun, hampir 98% daripada sel badan akan diperbaharui. Hanya dengan berbekalkan lebih 40 jenis khasiat makanan, menerusi proses-proses metabolisme dan pembaikpulihan yang bersilih ganti, bahagian-bahagian sel dan organ yang rosak akan diganti secara beransur-ansur dengan penghasilan sel-sel yang baru. Secara langsung, kebanyakan penyakit juga berkemungkinan tinggi untuk pulih sepenuhnya.

3. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids.

4. Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

5. Ia juga mengandungi vitamin, asid amino, dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.

6. Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral, dan lain-lain yang amat tinggi. Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebaslah yang menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan pelbagai penyakit pembunuh senyap.

7. Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan Fosforus, kalsium, magnesium dan nutrien lain dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Oleh itu, mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

8. Daun Belalai Gajah mengandungi serat mentah yang tinggi. Serat dalam usus manusia berfungsi sebagai penyerap kelembapan dan merangsang peristalsis usus.

9. Mengeluarkan  pelbagai toksin dalam badan.

10. Ia mempunyai ciri-ciri anti-kanser yang sangat kuat.

11. Hipotemia - Untuk mengurangkan demam




Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah Menurut Perubatan Tradisional Untuk Pesakit Kanser

1 cawan air
Beberapa ketul ais ( jika suka )
1 biji epal  hijau yang dibuang kulit
Semangkuk kecil/secekak daun belalai gajah
( boleh tambah lemon jika suka )

Semua bahan di blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang. Jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia. Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi.

Selamat mencuba...

Ulasan

Catat Ulasan