HERBA : LEMUJU/BANGUN-BANGUN



LEMUJU/BANGUN-BANGUN ( Plectranthus amboinicus / Coeus )


Pokok lemuju atau bangun-bangun daunnya tebal seperti pokok ati-ati. Sejenis dedaun herbal yg harum baunya dan berangin bila diramas.  Gambar di atas adalah bangun-bangun batik yang mana daunnya mempunyai garisan berwarna putih.

Bangun-bangun juga digelar bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, hati-hati hijau atau sedingin ataupun nama saintifiknya Plectranthus amboinicus / Coeus.
Batang pokok lembut berwarna hijau muda. Daunnya keluar disepanjang batang dan di pangkal daun pula akan tumbuh cabang-cabang kecil. Pokok ini mudah hidup dengan menggunakan keratan batang. Pokok bangun-bangun mudah merimbun sekiranya tidak dicantas.

KHASIAT/MANFAAT LEMUJU/BANGUN-BANGUN

Terdapat banyak kegunaan pokok bangun-bangun ini, sama ada untuk tujuan perubatan, untuk aroma masakan dan juga untuk kegunaan dalam industri minyak wangi. Jus dari daunnya dikatakan boleh melegakan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan asma. Namun, amalan tradisi selalunya hanya merebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan diminum setelah suam.

Bangun-bangun mengandungi airgulakarbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.

Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.

Boleh dibuat ulaman serta banyak khasiat utk perubatan tradisional antaranya mengubati batuk. . Ada juga yang menjadikan daun bangun-bangun sebagai aroma dalam minuman teh. Amalan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang menderita sakit asma. Sehelai daun mencukupi untuk secawan teh. Bagaimanapun jika terasa kesan sampingan dari meminum campuran itu hendaklah dihentikan.

Pucuk muda bangun-bangun segar dimakan dengan cecahan seperti sambal belacan, buducencaluk atau lain-lain pencecah. Rasanya manis, lemak sedikit pedas serta berangin.

Selain itu, bahagian daun juga dikatakan boleh melegakan sakit kepala, pitam dan gigitan binatang berbisa. Bagi sakit kepala caranya ialah dengan meramas-ramas daunnya dan lekapkan pada    dahi pesakit. 

Bagi menyedarkan mereka yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.Sejauh mana amalan ini masih dilakukan, saya sendiri tidak pasti.

Untuk merapi dan menyihatkan rambut dengan cara meramas beberapa helai daunnya dan dilumurkan pada kepala.


Untuk merawat luka, seriawan dan ulser pula lekapkan daunnya pada bahagian yang terlibat.


Jus atau ekstrak airnya boleh digunakan untuk merawat kembung perut dan angin dalam badan.

Air Lemuju juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tujuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk air Lemuju adalah seperti berikut: 

MEMBUANG ANGIN 
KEMBUNG PERUT
SAKIT SENDI 
WANITA DALAM PANTANG (SELEPAS BERSALIN) 
SAKIT DADA 
PEDIH HULU HATI (GASTRIK) 
BISA 
BATUK 
BATU KARANG 
MUNTAH-MUNTAH 
LELAH 
SENDAWA 
SAKIT GIGI 
MASALAH PENGHADAMAN 
PENYAKIT RAHIM WANITA 
DEMAM 
MELANCARKAN PERJALANAN DARAH 
SAKIT KEPALA 
PENING KEPALA
DEMAM KURA

Kebaikan air biji lemuju ialah:

1. Merawat perut kita bila makanan tidak hadam (sebu) penyakit angin (wind).
2. Menghindarkan bau busuk dari pernafasan kerana thymol mampu membunuh bakteria yang biasanya tidak dapat dihapuskan oleh ubatan lain.
3. Baik untuk batuk dan selsema kerana perubahan cuaca.
4. Merawat cirit-birit disebabkan suhu persekitaran yang tinggi..
5. Merawat penyakit gusi dan meredakan sakit gigi dan telingga.
6. Ada yang kata “air ini boleh kuruskan badan” tapi terpulang pada diet masing-masing...

Cara menyediakan air lemuju sangat mudah:

1. Ambil satu sudu besar biji lemuju dan 1 cawan air.
2. Goreng kering biji lemuju ini dgn api dapur sedrhana sehingga letup-letup biji.
3. Masukkan air secawan dalam kuali dan didihkan selama 5-10 minit.
4. Biarkan dia semalaman dan tapis airnya esok dan terus minum sebelum mengambil sarapan.


Nota:
Air lemuju yang dijual dlm botol ..yang kelihatan air kristal itu menggunakan hablur kristal Thymol atau garam thymol yea…cuma guna 1gm serbuk kristal ini boleh dapatkan 5 atau 6 botol air thymol.

biji omam ini rempah yg amat murah…tanya saja dikedai mamak itu…”Omam” pasti mereka kenal…beli dalam RM1-2 sudah cukup banyak…

kalau beli air thymol di kedai mamak (siap untuk minum) dlm 375ml cuma dlm RM1.50….kalau tak sanggup minum..gunakan utk berkumur setiap pagi…kalau selalu sgt sakit gigi atau sakit telingga…ia sama rasa seperti bahan kumuh “listerine Ori”...

.Ada yang mengenali nama lain pokok ini sebagai Cuban oregano,pokok bangun-bangun,mangun,kapor barus. Dikalangan orang india pulak mengenali pokok ini dengan nama “karipulewalei”.

Kini ada yang telah menghasilkan air daun lemuju ini di dalam botol dan mengkomersialkan sebagai penawar kepada masalah rambut.

PETUA SAKIT KEPALA § Antara khasiat lain yang di dengari dari pokok ini adalah untuk ubat pening kepala,daun ini diramas-ramas bersama air dan air dari daun yang telah di ramas di sapu kepada kepala.

BATUK § Bagi mengubati batuk ada yang meramas-ramas daun ini dan mencampur sedikit kapur makan di dalam air daun yang diramas kemudian air tersebut di sapu ke dada bagi meredakan batuk, tetapi ada juga yang merebus daun ini dengan gula batu lalu di minum sebagai penawar kepada batuk.

DEMAM § Pokok ini juga boleh mengubati demam dengan mengambil beberapa helai daun pokok ini dan meramas-ramas daun tersebut,air dari ramasan daun tersebut boleh dijelum pada anak yang demam.

ASTHMA § Untuk penderita asthma, pesakit boleh mengambil daunnya letak sedikit air gosok pada tangan sehingga keluar seperti buih hijau dan kemudian boleh disapu di bahagian dada dan belakang.

 MENGHALAU MAHKLUK PEROSAK § Bagi menghalau tikus atau cicak ,petik pokok ini dan letakkan pada laluan binatang tersebut bagi menghalau daripada makhluk perosak itu terus berleluasa.Ini kerana bau daripada daun pokok ini amat tidak di gemari oleh mahkluk perosak tersebut. 

Cara nak gunakannya ada banyak yang orang kongsikan:

(1) Ramas daunnya sampai keluar air. Airnya diminum

(2) Ambil daunnya untuk direbus dijadikan teh
(3) Rendam daun yang dicarik carik dengan air panas dan minum apabila air telah menjadi suam
(4) Kunyah daun mentah-mentah.
(5) Hiris halus-halus masuk dalam telur dadar (untuk anak)


Semua petua ini adalah datang daripada orang terdahulu yang telah lama menggunakan perubatan tradisional dari menggunakan ubat-ubatan hospital.Ternyata petua yang diberikan dapat digunakan kepada golongan muda kini yang kebanyakkan juga sudah beralih kepada perubatan secara.

Terima kasih kepada semua yang berkongsi maklumat ini di alam maya...


Ulasan

Catat Ulasan