HERBA : POKOK NANAS BATU



NANAS BATU

Aku tercari-cari nama saintifik untuk pokok ni tapi tak jumpa...hihi.

Pokok ini diberikan oleh ibu angkat saya Mak Tom, katanya untuk menghalau makhluk halus, aku senyum sahaja.  Katanya letak di kiri kanan rumah supaya benda tu tak boleh masuk.  Aku pun terima ajelah, dalam hatiku tawakal aje.  katanya lagi,bukan kita nk percaya, nanti syirik tapi sebagai ikhtiar, petua daripada orang tua-tua...so itulah hikayat bermulanya pokok ini ditanam di rumah aku.

Ia sangat senang membiak tanpa perlu penjagaan rapi, tak siram beberapa hari pun masih boleh hidup...sampai tak terlayan jadinya...

Selain dipanggil pokok nanas batu, ia juga disebut sebagai pokok nanas hiasan. Pokok nanas batu boleh ditanam di atas tanah seperti nanas biasa dan sesuai juga ditanam di dalam pasu kerana pokoknya tidaklah begitu besar.  Jika di tanam atas tanah, buahnya akan jadi lebih besar atau panjang berbanding tanam dalam pasu.
Bentuk pokok nanas batu sama sahaja seperti nanas biasa namun lebih kecil dan batang yang panjang. Daunnya lebih kecil, panjang, runcing dan penuh dengan duri. Anak benihnya juga mempunyai daun yang keras serta  banyak duri sehingga menyukarkan kita untuk memegangnya.

Pokok nanas batu boleh dibiakkan melalui sulur anak yang keluar dari rumpunnya. Selain itu  jambul buah dan sulur pangkal buah juga boleh digunakan sebagai anak benih. Buah nanas batu hanyalah sebesar telur ayam dan agak keras apabila matang. Ia mempunyai tangkai buah yang agak panjang. Buahnya berwarna kemerahan semasa muda dan menjadi lebih cerah apabila matang.
Baunya manis seperti nanas biasa apabila masak, tapi rasanya tawar
Ia dikatakan mempunyai pelbagai khasiat herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Buahnya dikatakan boleh mengubati penyakit batu karang, kencing tak lawas , masalah pencernaan , mencairkan darah dan mengurangkan demam serta pelbagai penyakit lain.
Untuk penyakit batu karang dan kencing tak lawas bolehlah dimakan buahnya dalam 3 biji dan tengok hasilnye.
Untuk demam, minum air rebusan nanas batu pagi dan petang.
Ia juga dapat memberikan perawatan kepada kaum wanita terutama untuk kegunaan kaum ibu selepas bersalin ( yang ini saya tak jamin sebab ramai orang keliru antara nanas batu yg ini atau nanas batu buah pokok pine spt di bawah…jadi sya tak berani nak share….)

Gambar di bawah adalah nanas batu buah pokok pine yang digunakan untuk wanita bersalin….





Ulasan

Catat Ulasan