AYAM PANGGANG
( TURBO ROASTER )
My hubby baru je beli turbo roaster kt Go-shop....adoi..x ble bagi dia tgk go shop ni, nanti semua nak dibelinye..kiki..what ever it is, tq hubby, ummi setuju nk beli sb pressure cooker noxxa hilang punatnya, x berfungsi dengan elok lagi...
Bila ada gajet baru maka semangat baru pun berbunga semula....hobi memasak memang tak boleh dipisahkan dgn ummi nni...
BAHAN-BAHAN
Seekor ayam sederhana besar
2 camb jintan manis
2 camb jintan putih
1 camb serbuk ketumbar
1 camt serbuk lada hitam
3 camb madu ( klu x de madu, pakai gula pn boleh )
2 camb garam atau secukup rasa
sedikit kicap
herba-herba lain spt dill, rosemary, daun limau purut boleh ditambah untuk menambah perisa
BAHAN UNTUK DIKISAR
1 ulas bawang besar merah ( atau 5 bwg merah biasa )
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sebatang serai ( optional )
BAHAN TAMBAHAN
tomato
kentang dipotong dulu supaya cepat masak
bahan-bahan ini jk tak ada pun tak apa,
CARA-CARANYE
gaulkan semua bahan
lumurkan pada ayam
perap setengah hari atau semalaman
( kali ini ummi perap kejap aje sb nk kejar masa....jadi rempahnye tk meresap sangat tapi tetap sedap di mulut anak-anak..)
masukkan ayam ke dalam turbo roaster, setkan 40 minit, 45 minit pun ok supaya betul-betul masak.
daaan, tunggu hingga masak.....
kalau tak ada turbo roaster jangan risau, boleh guna oven biasa, periuk noxxa atau kuali magic pun boleh, kalau pakai kuali magic kena potong ayam bagi kecil sedikit,( potong 4 pun ok ).
jika guna oven biasa balut dengan aluminium foil, ada orang cakap balut dgn aluminium foil bahaya, so boleh balut dengan daun pisang atau daun kunyi dahulu baru balut dengan aluminium foil ,rasanya pun lebih sedap dengan wangin daun kunyit itu...
haha....cubalah....
AYAM YANG TELAH SIAP DIPERAP
TURBO COOKER SEDANG MEMANGGANG AYAM
Ulasan
Catat Ulasan