HERBA : PEGAGA


PEGAGA Centella Asiatica )




Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika"
Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
1.    Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
3.    Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes


Di rumah saya ada pegaga jenis dalam gambar ( ini paling subur ) dan 3 jenis pegaga lain yang baru dibelai semula...sebab sebelum musim covid19 ni saya agak sibuk dan keletihan, jadi pokok tak terjaga.


KHASIAT PEGAGA
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.[perlu rujukan]
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] 

Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.[5]

Daun pegaga ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman malah mampu memberi impak besar kepada kecantikan seseorang. .
Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita. Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya.

Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. 

Bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekaligus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.

Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda dan menambah keserian wajah kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong
pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Bagi yang bimbang de­ngan kemunculan tanda penuaan, pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangkan ia memiliki sifat yang mampu menegangkan kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit. Bukan sekadar pencuci wajah, pegaga juga boleh dijadikan penyegar yang disapu bagi menegangkan kulit dan menjadikannya lebih tegang.

Selain kulit, pegaga memberi manfaat kepada kecantikan rambut terutama masalah keguguran rambut kerana kandungan nutrien mampu menyuburkan kembali rambut tidak bermaya. Ia mampu me­nguatkan akar rambut, menyuburkan kulit kepala, menguatkan salur darah dan akar rambut serta me­ngelak masalah rambut yang lain.

Pegaga juga dikatakan mampu ­meningkatkan aliran darah dan mengurangkan masalah berkaitan termasuk urat bersimpul atau salur darah lemah hingga menimbulkan urat berwarna ungu pada betis dan paha. 

Lebih mengujakan, pegaga dikatakan mampu melawan masalah selulit yang sering dialami wanita di bahagian paha, tangan dan kaki hingga menjejaskan penampilan mereka lantaran sifatnya yang diuretik di samping mening­katkan peredaran darah.

Pegaga disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai salah satu tumbuhan ubatan yang terpenting untuk dipulihara dan ditanam.
Antara khasiat lain pegaga adalah:[perlu rujukan]
·       penawar alahan
·       merawat asthma dan sesak nafas
·       merawat jangkitan paru-paru
·       merawat kegusaran dan kegigilan
·       anti kanser
·       melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
·       penawar batu karang
·       penawar kencing berdarah
·       penawar ulser
·       merangsang peredaran darah
·       merawat cirit birit dan gastrik
·       menurunkan tekanan darah

what ever it is..amalkan jerrr.

Ulasan