HERBA : PERIA



PERIA ( Momordica charantia )



Ini rupa pokok peria yang tumbuh sendiri di dalam pasu saya....rezeki, alhamdulillah.....

Peria  ada 2 jenis iaitu peria katak dan peria biasa yang besar tapi kedua-duanya pahit..

KHASIAT PERIA


1.    Baik Untuk Pesakit Kencing Manis

Jus buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi pesakit diabetes. Memandangkan buah        peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula di dalam darah.

2.    Sejukkan Badan

Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Sesuai juga diambil ketika musim panas.

 3.    Atasi Masalah Pernafasan

Campurkan jus peria katak dengan madu untuk tujuan menjaga kesihatan paru-paru. Ia juga boleh diamalkan dengan minum setiap hari untuk merawat masalah lelah. Mengikut Pakar perubatan Cina, dengan menggunakan air rebusan peria dapat  merawat penyakit lelah dan haid yang terlewat.

 4.    Menggalakkan Penghasilan Susu

Jika ingin banyakkan lagi penghasilan susu badan, anda hanya perlu rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi.

 5.    Atasi Masalah Haid

Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang tempoh haid. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang.

 6.    Cantikkan kulit

Peria juga dikatakan berkesan dalam penjagaan kecantikan kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.

 7.    Tambah Tenaga Untuk Wanita Berpantang

Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria sepanjang waktu berpantang. Lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Peria akan dapat mengembalikan tenaga untuk ibu kembali aktif dan sihat.

 8.    Merawat Buasir

Caranya mudah, ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi. Manakala akarnya pula jika dihancurkan boleh digunakan untuk disapukan di tempat buasir.

 9.    Mengurangkan Masalah Mata

Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Di situlah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.

 10.     Neutralkan Darah

Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah kulit.  Amalkan mengambil segelas jus peria yang dicampurkan bersama dengan satu sudu kecil jus limau.

 11.    Baik Untuk Perut

Peria sememangnya agen pencernaan yang bagus dan membantu menghalang daripada terjadinya sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber serat terbaik.

 12.    Bantu Turunkan Berat Badan
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Oleh itu turut berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan jika diamalkan.

Ulasan