POKOK HERBA : POKOK AJAIB


POKOK AJAIB



Nama Saintifik : Synsepalum dulcificum
Nama Lain : Miracle Fruit, buah ajaib, miracle berry, magic berry, miraculuos berry.
Famili : Sapotaceae
Asal : Afrika barat.


Pokok ajaib merupakan sejenis pokok yang unik, sesuai dengan namanya buahnya yang berbentuk beri ini akan memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid.

Rasa buah ini sedikit manis dan masam,tapi ia menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil miraculin. Kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam lepas makan buah tersebut. Buahnya sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi. Ia berasal dari afrika barat di kawasan yang beriklim tropika. Di afrika ia kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi. Nama yang dikenali di Afrika seperti taami, asaa dan ledidi.

Penanaman
Untuk menanam pokok ni tanah yang agak berasid diperlukan.Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4.5 hingga 5.8. Ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.

Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Perancis bernama Des Marchais, tetapi ianya tidak dinamakan dengan apa-apa nama. Pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memanggilnya sebagai “miraculous berry”

Tumbuhan ini boleh ditanam didalam pasu yang besar. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat yang menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya ia boleh tumbuh sehingga 5 hingga 6 kaki. Ia menghasilkan buah sepanjang tahun.Ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam.Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika mudah dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak.Setiap buah mempunyai satu biji. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.

Kegunaan/khasiat pokok ajaib
Buah ajaib memberi kegembiraan kepada peminat makanan dan buah-buahan yang masam.Buah pokok ajaib boleh mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, dan mengurangkan kolestrol. Buah ajaib mampu menahan kesakitan luka diusus, kerana buah ini mampu menukarkan rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali. Daun pokok boleh menyembuhkan sakit gigi dengan hanya mengunyahnya.

Daun Ajaib
Daun pokok boleh direbus untuk diamal meminumnya setiap hari untuk mereka yang menghidapi Kencing Manis dan Darah Tinggi. 

Ia juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal dikulit. Boleh mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.


Cara Pembiakan
Ada berbagai cara yang telah dan boleh dilakukan untuk membiak pokok ajaib.
Diantaranya melalui:
  • semaian bijinya yang berkulit keras, tetapi dengan menyemai biji akan mengambil masa yang agak lama untuk tumbuh, iaitu lebih kurang 50 hari. Selepas tumbuh ianyanya mengeluarkan 2 helai daun sebagaimana tumbuhan yang lain dan mengambil masa 6 bulan untuk memulakan cabang yang baru.
  • Pembiakan boleh juga dilakukan dengan cara percambahan akar dahan.
Pokok ajaib memerlukan air dan baja untuk terus subur, tanah yang agak masam tetapi menyerap air amat sesuai untuk pokok ajaib. Pokok yang kecil tidak boleh dibiarkan 100 peratus menerima cahaya matahari kerana ia akan membantut tumbesarannya. Bahkan pakok ajaib boleh dijaga di dalam rumah atau di anjung rumah.

Miracle Fruit atau Synsepalum dulcificum.
Pokok Ajaib ini hidup subur di Afrika Barat seperti di Ghana dan Nigeria dan lain-lain negara. Pokok ini mempunyai ketinggian sehingga 15 kaki, daunya lebar, lonjong dan berwarna hijau tua. Buahnya berwarna merah bila matang. 

Pokok ini telah dikenali sejak tahun 1725 lagi oleh seorang pengkaji dari Francis bernama Des Marchais, tetapi ianya tidak dinamakan dengan apa-apa nama. Pertengahan abad ke 19 barulah pokok ini dikenali sebagai Synsepalum dulcificum. Dalam satu jurnal Pharmasi, Vol. 11 dan diterbitkan pada tahun 1852, Dr. W.F. Daniell memamngginya sebagai “miraculous berry”.

Buahnya lonjong seperti buah kopi dan berbiji di dalamnya. Sepohon pokok ini boleh menghasilkan beratus buah dalam setahun. Buah ini dikatakan ajab kerana ada cerita di sebaliknya. Ada yang menamakannya buah beri ajaib dan nama saintifiknya Synsepalum dulcificum. Pokok ini juga terdapat di Negeri Florida, Amerika syarikat, tidak boleh tumbuh dikawasan bersalji tetapi sesuai di kawasan tropikal kerana pokok ini memerlukan air yang banyak dalam sepanjang tahun. Pendek kata ianya tidak akan hidup subur di kawasan sejuk seperti kanada, jepun malah Amerika Syarikat sendiri. Hanya di Florida pokok ini boleh hidup subur. Pokok ini biasanya tumbuh meliar di kawasan hutan.

Buah ajaib rasanya masam manis dan kandungan gulanya tidak membahayakan kesihatan. Kalorinya amat rendah dan penghidap kencing manis boleh manikmati buah ini. Buah ini berguna bagi mengelakkan darah tersumbat.

Kini pokok ajaib amat subur di tanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Terutama di kawasan tanah yang berasid sekurang-kurang PH 4.5 hingga 5.8.

Dunia Menikmati Keajaibanya
Sehingga saat ini hampir seluruh dunia amat gemar menikmati keajaiban buah ini. Di Amerika mereka mengadakan pesta memakan makanan dan buah-buahan masam, seperti lemon, limau, oren, anggur, epal masam, aprikot, keju kambing, arak dan sebagainya. Mereka menimatinya dengan meriah dipesta-pesta miracle fruit, kerana makanan dan buahan tadi menjadi manis tanpa menghilangkan keaslian rasanyanya. Limau masam apabila dimakan tetap rasa seperti limau tetapi seperti limau madu. Keju kambing rasanya seperti manisan, mempelam masam rasa seperti mempelam siam.

Di Jepun, mereka mengimport buah ajaib dari Afrika Barat untuk dijadikan makanan diet. Difahamkan oleh salah seorang pengendali blog Harga untuk sebiji buah ajaib di Jepun lebih kurang 1000 yen atau lebih kurang RM38.00.

Di Australia pokok ini juga hidup subur terutama di kawasan panas yang mempunyai taburan hujan yang agak banyak.

Di Malaysia, kini ianya semakin popular dan ditanam oleh 10 % penduduknya sebagai tanaman hiasan setaraf dengan bunga kertas dan bunga raya. Haya beberapa syarikat yang mengusahakan secara ladang, yang dijangka akan mengeluarkan hasil yang mampu dieksport ke luar negara 2 tahun lagi.

Kenapa ianya dinamakan Buah Ajaib
Ia dikatakan ajaib kerana buah ini menimbulkan rasa manis yang berpanjangan, iaitu sehingga dua jam. Bila memakan buah ini sebarang makanan atau minuman yang masam akan terasa manis kerana rasa buah tadi melekat dilidah. Rasa manis yang terhasil dari glycoprotein yang dinamakan miraculin akan merangsang deria rasa manis pada bahagian lidah.

Miraculin sebenarnya tidak manis tetapi lidah manusia yang dilekatkan dengan miraculin akan menukarkan rasa masam kepada manis. Rasa manis itu akan kekal selama satu hingga dua jam sahaja. Rasa manis yang menguasai deria rasa lidah boleh mengubah rasa masam walaupun cuka.

Di Malaysia terdapat juga pokok yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah ajaib, tetapi kesan rasa manisnya tidak bertahan begitu lama. Pokok ini dinama pokok Lemba . Air kosong akan terasa manis bila ditelan setelah dikunyah buah

Kebarangkalian boleh juga terjadi miraculin dari buah ajaib dengan dibantu oleh rembesan liur dari lidah menukarkan rasa masam makanan tadi menjadi manis. Ini adalah hasil dari percubaan saya apabila saya memakan berbagai jenis buah-buahan yang masam dengan agak banyak seperti belimbing besi, mempelam masam, limau nipis, buah kelubi, dan lain-lain lagi, ditambah pula dengan meminum banyak air TETAPI tidak mendatangkan rasa sakit perut atau cirit birit. Bahkan buah ajaib boleh mengurangkan cirit birit yang berterusan.


Bagaimana Menghilangkan Rasa Manis
Rasa manis apabila memakan buah atau makanan yang masam hasil tindakbalas miraculin boleh dihilangkan terus dengan mengunyah sehelai daun pokok ajaib sahaja. Tetapi di Kelanta ditemui seorang pengusaha pokok ajaib mampu menghilangkan rasa manis dengan memakan sehelai daun tetapi mampu pula menimbulkan semula rasa manis dengan hanya menguyah sehelai yang tertentu. Bagaimana bentuk atau jenis daun yang boleh mengembalikan keberkesanan miraculin selepas dihilangkan oleh sehelai daun tidak diceritakan kepada umum. Hanya beliau sahaja yang mengetahuinya. Ini merupakan satu lagi keajaiban yang dihasilkan bukan dari buah sahaja tetapi juga dari daunnya.

#anak pokok ini diberikan oleh mak sepupu saya yang tinggal di Kampung Haji Su, Pasir Puteh, Kelantan.  Beliau juga saudara sesusu arwah abah saya tersayang.

Ulasan