POKOK PANDAN (Pandanus amaryllifolius)
Kali
pertama minum teh pandan adalah semasa melawat Vietnam 16 Mac 2020 di Chu Ci
Tunnel, teh pandan yang dicampur dengan bunga melur membuatkan rasanya begitu
berlainan dan enak sekali. Kami juga
dihidangkan dengan ubi kayu rebus cicah kelapa…
Selepas keluar dari situ saya
terus ke pasar dan beli teh jasmin untuk dibawa pulang…
Rupa-rupanya banyak khasiat daun pandan yang kita abaikan selama ini.
Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan
sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi masyarakat Malaysia . Ia digunakan
sebagai pewangi makanan seperti air sirap,
dan dalam upacara tertentu seperti sebagai bunga
rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan
dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan Wangi adalah lebih
kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Pokok Pandan merupakan
sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan
digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia
Tenggara. Ia ialah pokok hijau menegak dengan daun panjang halus seperti
bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan jarang berbunga,
dan ia membiak melalui keratan.
Pokok Pandan jarang
terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam masakan.
Ia memiliki bau botani yang
meningkatkan perisa masakan Asia
KHASIAT/MANFAAT
DAUN PANDAN
PERISA
MAKANAN
Daun pandan boleh
digunakan untuk menambahkan perisa pada nasi, pulut, pemanis mulut serta
berbagai jenis kuih. Contohnya nasi lemak, kuih talam, seri kaya dan onde-onde.
PEMBALUT
MAKANAN
Penggunaan daun pandan
sebagai pembalut makanan semasa membakar, barbeku atau mengukus dan menggoreng
ayam, ikan dan manisan boleh menambahkan bau yang harum dan rasa yang manis
pada makanan tersebut. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan
sebagai bekas bagi memasak nasi.
PENGHALAU
SERANGGA
Ekstrak pandan atau teh
pandan boleh disembur di sekeliling rumah dan disapu pada badan sebagai usaha
mengusir serangga. Oleh kerana pandan adalah bahan semulajadi, ianya selamat
digunakan untuk kanak-kanak.
Daun pandan juga boleh
diletakkan di dalam almari dan kereta untuk menghalau lipas serta mewangikan
ruangan.
MENURUNKAN
TEKANAN DARAH TINGGI
Untuk merasakan
manfaatnya, minum teh pandan dua kali sehari dapat membantu menurunkan tekanan
darah tinggi.
Cara membuat teh pandan
cukup mudah.
Rebus 3 gram daun pandan
dengan menggunakan dua hingga tiga gelas air. Tunggu sampai air berkurang
setengahnya. Minumlah separuh daripada teh pandan pada waktuf pagi dan setengahnya lagi di malam hari untuk
menurunkan tekanan darah tinggi.
Pengambilan teh pandan
secara teratur untuk mendapatkan manfaat lainnya seperti mencegah penyakit
jantung seperti penyakit jantung koroner.
MENGATASI
DIABETES
Kajian yang diterbitkan
dalam jurnal Pharmacognosy Magazine menyatakan bahawa eekstrak daun pandan
dapat menurunkan gula dalam darah posprandial ( ie pemeriksaan gula tanpa
berpuasa ) .
Ekstrak daun pandan juga
mampu meningkatkan pengeluaran insulin pada sel-sel pancreas.
Daun pandan boleh digunakan sebagai pengganti gula atau
pemanis kerana aromanya yang wangi dan rasa kemanis-manisan.
MENCEGAH
DAN MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Daun pandan baik untuk
kulit kepala dan rambut. Ia boleh dijadikan pengganti syampu.
Ambil 10 helai daun
pandan dan lumatkan bersama air hingga
menjadi pes dan gunakan ia untuk mengurut kepala
Lakukan secara teratur
untuk mendapatkan manfaat daun pandan. Selain menghilangkan kelemumur, pasta
daun pandan ini juga rambut lebih sihat.
MEREDAKAN
SAKIT
Gunakan daun pandan
sebagai teh, minum dua kali dalam sehari secara teratur untuk mengurangkan rasa
sakit kepala, sakit dada, mengurangkan ketegangan perut yang disebabkan oleh
keradangan dan infeksi.
Untuk ibu bersalin, teh pandan
baik untuk membantu pemulihan setelah kelahiran.
Ia juga boleh digunakan
sebagai minyak untuk mengurangkan rasa sakit.
Caranya adalah dengan
mengambil 5 helai daun pandan dan 20 helai daun serai wangi . Kemudian cuci
bersih kedua bahan tersebut dan haluskan keduanya.
Setelah halus, tambahkan
1 sudu makan minyak kayu putih dan gaul hingga rata. Gunakan minyak tersebut ke
bahagian tubuh yang terasa sakit dengan cara menggosoknya.
ANTI
KANSER
Menurut kajian, ekstrak
daun pandan memiliki efek sitotoksik, antimiotik, antiproliferatif, dan
apoptosis. Kandungan yang terdapat dalam daun pandan ini memiliki potensi untuk
digunakan dalam terapi kanser.
Minum teh pandan secara
teratur dua kali sehari untuk boleh mengurangkan kesan racun dan menjauhkan
perkembangan kanser.
MENINGKATKAN
NAFSU MAKAN
Untuk meningkatkan nafsu
makan, minumlah teh pandan dua kali sehari, ia membantu meningkatkan kesihatan dan tentunya meningkatkan nafsu makan.
MENGATASI
IMSOMNIA
Daun pandan mengandung
unsur alkaloid yang dapat memberikan kesan menenangkan untuk tubuh dan mengatasi
masalah tidur atau insomnia.
Untuk mendapatkan manfaat
daun pandan, rendam daun pandan dengan air panas. Lalu campurkan dengan satu
sudu teh madu. Minum semasa masih panas atau suam.
MEREDAKAN
DEMAM
Untuk mengurangi demam, Cara
penggunaannya dengan merebus daun pandan dan meminum air rebusannya. Setelah
itu, panas badan akan turun secara perlahan.
MENINGKATKAN
STAMINA
Rebus hingga mendidih
lima helai daun pandan bersama tiga gelas air. Setelah mendidih, angkat dan
tunggu hingga dingin. Setelah itu tambahkan air lemon, lalu minum setiap dua
hari sekali.
MEMATIKAN
KUMAN DALAM DARAH
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
MELEMBUTKAN
DAGING
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu
melembutkan daging.
MAKANAN
TIDAK CEPAT BASI
Masukkan daun pandan
semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
MELICINKAN
KULIT
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
PEWARNA
ASLI
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
MENGECUTKAN
RAHIM
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
TEH
PANDAN
Bersihkan dan ikat 8-10
helai daun pandan, rebuskan di dalam air selama 10 minit dan renehkan selama 5
minit. Tambahkan halia atau serai untuk rasa yang lebih sedap.
Ulasan
Catat Ulasan