LIMAU KASTURI ( Citrus aurantifolia )
Saya nak berkongsi pokok-pokok herba yang saya tanah sejak bertahun-tahun,
masa PKP ini baru ada masa nak upload dan share dengan sahabat semua...
Dah lama tanam, benih beli masa jalan-jalan di Putrajaya, dah berbuah beberapa kali tapi tak semenggah...ada le merasa beberapa biji...hihi...saya tengah memeram baja organik untuk cuba pada pokok-pokok yang kedekut ini.....tunggu ye....
Mengandungi kandungan
vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baika dan sebatian antibakteria yang bagus.
Khasiat limau kasturi yang lain
ialah….:
Ubat Kurus
Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.
Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.
Ubat Demam
Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas
air. Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan
merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.
Ubat Hilang Bau Ketiak
Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh.
Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu
sebelum dibasuh. Lakukan dengan kerap pagi dan petang.
Ubat Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya.
Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air.
Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.
Ubat Lelah
Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli). Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah. Cukuplah diamalkan seminggu
Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli). Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah. Cukuplah diamalkan seminggu
Ubat Batuk
Campurkan limau, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.
Campurkan limau, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.
Cairkan lemak
Perahan limau nipis yang dicampur teh suam tanpa gula diminum setiap
hari, insya Allah perut akan kempis dan kemas
Hilangkan kelemumur
Cuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas dalam air,
campur dengan 2 cawan santan dan sebiji limau kasturi. Lumur di kepala dan
balut dengan kain lembab, biar sebentar dan bilas bersih. Lakukan sekali
seminggu.
Menghilangkan kesan
degil minyak pada baju
Campurkan jus limau kasturi dengan garam dan lumur ke bahagian yang
terkena minyak, biarkan 5-10 minit dan basuh macam biasa.
Ulasan
Catat Ulasan