AGAR-AGAR BUAH MASAM-MASAM MANIS YANG MUDAH

 
AGAR-AGAR BUAH MASAM MANIS
keratan rentas agar-agar buah
pandangan sisi
pandangan atas

ASSALAMUALAIKUM...

Agar-agar ini menjadi kegemaran ank-anak saya dan lain-lain ahli keluarga.  Teringat masa raya tahun 2019, saya buat sedulang besar dengan buah tembikai dan anggur...sekejap aje boleh habis...kiki
kali ini saya cuba membuat kelainan rasa dengan menambah buah strawberi untuk memberi rasa sedikit masam-masam kepada agar-agar saya.

Agar-agar ini rasanya masam-masam manis, namun begitu jika tak suka rasa masam maka boleh letak buah-buahan yang manis-manis aje seperti mangga yang manis, tembikai dan anggur.

BAHAN-BAHAN

Sepaket agar-agar tali 
( saya pakai cap burung sebab ia paling elok dan tidak lembik )
1400 liter air bersih 
( saya tambah 100 ml lagi sebab takut agar-agar lambat larut dan air jadi sedikit )
100 g gula
( jika suka manis tambah ikut citarasa )
jika ada diabetes elok pakai gula low glisemik atau gula low kalori
sedikit gula batu ( tak ada pun tk apa )

buah-buahan :
buah naga
strawberi
mangga
semua dipotong dadu
strawberi di belah 4 atau 2

CARA-CARA :
rebus agar-agar hingga larut
sementara itu potong buah-buahan dan masukkan ke dalam bekas/acuan yang disukai
bila agar-agar larut masukkan gula dan gula batu
kacau hingga larut semuanya.
matikan api dan masukkan agar-agar ke dalam acuan yang terdapat buah-buahan tadi.

Biar sejuk atau suam-suam baru masukkan ke dalam peti ais
bila dah keras, terbalikkan agar-agar di atas pinggan..
selamat mencuba...

petua/tips
supaya cepat larut, agar-agar boleh dipotong pendek dan direndam dahulu selama 30 ninit atau 1 jam sebelum dimasak

kegunaan gula batu ialah untuk menjadikan agar-agar tidak berair 

kepada anak-anak yang baru belajar masak, jangan masukkan makanan yang masih panas ke dalam peti ais supaya peti ais tidak cepat rosak

Ulasan