AVOCADO ( Persea americana )
Avocado sangat mahal di
Malaysia….sebiji aje dah lebih RM 3…..avocado bukanlah makanan kegemaran rakyat
Malaysia, rasanya baru sekitar beberapa tahun ini baru avocado dikenali bila
minuman avocado ( alpukat panggilan bg rakyat Indonesia ) dijual di
pasar-pasar. Ia minuman yang lazat
sebenarnya dan sya amat menggemarinya..tapi
Akibat suka bertanya itu dan ini
pakcik jual jus avocado di Setiawangsa telah menghadiahkan aku biji avocado
untuk di buat ubat dan di semai….dia juga berkongsi cara menyemai biji avocado
dengan sya.
Cara semai biji avocado.
1.
Sediakan media semaian yang mengandungi cocopeat
atau sabut kelapa dicampur tanah dan pasir dengan nisbah 1:1:1
2.
Buat lubang separuh daripada biji itu
3.
Letakkan biji tersebut , kemaskan media dengan
tangan dan siram 2 kali sehari.
Dari situlah sejarah saya mendapat banyak benih avocado dan tak tau lagi nak tanam kt mana, halaman rumah sya ni sempit aje…Sekarang mai kongsi info mengenai avoado...
Avokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai
buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan.
SEJARAH
Avokado
dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan
makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh
kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri.
Tanaman
avokado popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia kurang
meminat makan buah avokado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin, Caribbean, Indonesia dan Filipina
yang amat menggemari makan buah avokado.
Mexico
merupakan pengeluar utama avokado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun
diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), dan Amerika Syarikat (214 mt/tahun).
Pokok
avokado merupakan pokok
saka yang
tumbuh menegak dengan ketinggian sehingga 20 meter (70 kaki). Pokoknya
bercabang dengan daun berwarna hijau gelap berukuran 12-25 cm panjang dan
berkilat di bahagian atas permukaan daun.
Avokado
adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.
Sebiji
avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya
terdiri daripada lemak.
Ia
bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan
sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher,siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit
sengal-sengal tulang.
Daun Avokado dikatakan boleh menghilangkan penyakit
batu karang, darah tinggi, sakit kepala, bengkak di saluran pernafasan, sakit
sendi atau saraf dan membetulkan peredaran haid.
Secara ringkasnya kita boleh kelaskan kasiat
avocado seperti di bawah :
Khasiat Dan Kelebihan
Buah Avokado:
1. Mengawal Tekanan Darah
Avokado merupakan
sumber besar kalsium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.
2. Menggalakkan Kesihatan Mata
Avokado adalah
sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu
melindungi mata daripada katarak.
3. Melindungi Daripada Kanser
Banyak kajian yang
telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat
dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
4. Menyembuhkan Nafas Berbau
Avokado adalah
salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk
melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan
punca sebenar nafas berbau.
5. Ciri-ciri Anti-Penuaan
Avokado kaya dengan
antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu
mengingkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem
saraf yang sihat.
6. Penjagaan Kulit
Minyak avokado
ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaan untuk menyuburkan
kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit
kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.
Isi
avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk
memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.
7. Menurunkan paras kolestrol dan
mengekalkan Kesihatan Jantung
Avokado mengandungi
vitamin B6 dan asid folik, yang membantu mengawal tahap homocysteine. Tahap homocysteine
dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.
Avokado juga mengandung vitamin E, glutation,
dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
Amalan
memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di
samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang
bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung
8. Sumber Penting Vitamin E
Avokado adalah buah
yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada
banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.
9. Mengandungi Banyak Vitamin
Mengandungi vitamin
A, B (termasuk B6, niacin dan riboflabin, C dan E serta kandungan galian
seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi
kolesterol dan sodium).
10. Merawat penyakit kencing manis
Biji avocado dikatakan boleh merawat kecing manis
dengan meminum air rebusan bijinya.
Rebus beberapa biji avocado dengan beberapa gelas
air dan biarkan mendidih hingga tinggal separuh airnya, minum pagi dan malam
sebelum tidur.
11. Boleh Melegakan Simptom Arthritis.
Arthiritis merupakan masalah yang biasa di alami oleh orang tua.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak buah avocado dan minyak
kacang soya, dikenali sebagai Avocado and Soybean unsaponifiables boleh
mengurangkan simptom arthirtis pada tulang (osteoarthritis).
Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula.
Banyak khasiat buah
Avokado ini.
Jom kongsikan
aritkel ini agar semua orang peka akan kelebihan buah yang banyak khasiat ini.
RESEPI
JUS AVOCADO
1
Gelas susu segar
1
biji avocado
Segelas
air
Madu/gula/gula perang
Blend
semua bahan
Lilit
coklat pada gelas
Tuangkan
jus ke dalam gelas
Letak
ais jika sukai
Jika
anda suka smoothie maka boleh buat smoothie dengan menukarkan air kepada ketulan
ais dan blend..lebih sedap jika ditambah salted caramel…tapi untuk kesihatan
lebih elok guna madu aje.
good info..tq
BalasPadam