HERBA : JEMUJU

JEMUJU( nama saintifik Eryngium foetidum )

Dalam carian saya Pokok Jemuju atau nama saintifiknya Eryngium foetidum merupakan sejenis herba pokok renek. Ia berasal dari Mexico dan Amerika Selatan tetapi ditanam di hampir seluruh dunia.
Ini gambar pokok jemuju yang dimaksudkan, yang saya tanam di rumah.
Tapi bila membuat carian nama saintifik maka akan keluar gambar pokok ketumbar jawa, jadi saya tidak pasti adakah nama saintifik ini untuk ketumbar jawa atau untuk pokok jemuju.
Pokok ini diberikan oleh Mak Tom kepada saya, katanya berkhasiat untuk mencuci darah, membuang toksin dan mengurangkan kencing manis.
Caranya ialah dengan merebus sehelai atau 2 helai daun jemuju dan minum airnya.
Boleh rebus dengan 3 gelas air  hingga tinggal segelas. ( air itu dibahagi kepada 2 bahagia di minum pagi dan petang  )
Saya dah mencuba air jemuju ini dan mendapati kerap membuang air kecil, ia buat saya percaya yang pokok ini memang boleh membuang toksin dalam badan.
Ada juga yang mengatakan ia boleh melebatkan rambut, saya rasa boleh dipercayai kerana sifat daunnya yang berlendir. 
Haha…tak banyak maklumat boleh saya cari mengenai pokok jemuju ini. Insya Allah jika ada maklumat lain saya akan kemaskini.

Ulasan