HERBA MISAI KUCING

MISAI KUCING 
( Nama sains : Orthosiphon stamineus )
 


Sya telah menanam bermacam-macam jenis herba termasuklah misai kucing, pokok ini diberikan oleh arwah ayah tiri sya,( semoga beliau ditempatkan bersama orang beriman ).  Sya mempunyai 2 ayah, 2 ibu ( ini tak termasuk ibu angkat) …hihi…lumrah kehidupan yang terpaksa ditelan, namun aku tetap berjaya dalam hidup,  ( Berjaya tidak semestinya kaya ) tapi aku tetap Berjaya menjadi manusia yang aku kira berguna untuk negara, masyarakat dan agama.  Itu cukup bagi aku, sebagai seorang guru aku tidak menilai kejayaan dengan hanya berapa banyak A yang diperoleh, ramai orang yang telah Berjaya tidak punya banyak A pun , tapi bagaimana mereka menguruskan hidup mereka mengikut sunnatullah.

 

Oops…tercerita kisah hidup pulaks…pokok misai kucing ini sangat senang di tanam, hanya perlu menyemai keratan batang aje…daun pokok saya ni membesar dengan baik setelah dibubuh baja organic tahi ayam..hehe..besar daunnya…

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia.. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter.

Keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

 

KHASIAT HERBA MISAI KUCING

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid.

Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.

Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden.

Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah),

Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

 

TEH MISAI KUCING

 “Kajian awal dijalankan di MARDI menunjukkan asid kafeik didapati pada kuantiti yang agak tinggi dalam bunga misai kucing.

“Namun, memandangkan kuantiti bunga misai kucing agak terhad, jadi agak sukar untuk membangunkan produk kesihatan berasaskan bunga misai kucing pada skala industri,” katanya.

 “Kajian yang dilakukan di MARDI adalah dengan menggunakan jenis daun terpilih mengikut kematangan tertentu diikuti dengan memecahkan bahan aktif dalam daun untuk membentuk asid kafeik.

Pembangunan produk minuman tinggi asid kafeik membabitkan penggunaan daun terpilih yang berkualiti tinggi, optimasi pengekstrakan, perubahan struktur kimia menggunakan campuran enzim terpilih atau mikrob dan pemilihan matrik makanan terpilih.

 “Kajian sebelum ini menunjukan asid kafeik mampu menurunkan paras glukosa dalam darah dan meningkatkan paras insulin plasma darah.

“Bahan ini adalah bahan antioksidan mudah serap dan boleh meningkatkan aktiviti glukokinase.

“Glukokinase adalah sejenis enzim yang boleh membawa molekul glukosa ke dalam sel atau organ untuk menjana tenaga,” katanya.

Kekalisan terhadap insulin pada pesakit diabetes menyebabkan glukokinase kurang diaktifkan dan ini boleh menyebabkan seseorang pesakit diabetes menjadi kurang bertenaga.

Dalam tubuh manusia, asid rosmarinik biasanya dipecahkan membentuk asid kafeik.

Sebaliknya apa berlaku, asid kafeik akan membawa gula masuk ke dalam sel untuk memberikan tenaga.

“Selain sesuai untuk merawat diabetes, ia juga sesuai untuk mengekalkan kesihatan,” kata Dr Suri yang turut melakukan ujian kestabilan produk.

Asid kafeik juga adalah hasilan akhir metabolisma bahan klorogenik yang biasanya terdapat di dalam kopi.

“Bagaimanapun, penggambilan kopi berlebihan adalah tidak elok untuk kesihatan, kerana kopi mengandungi kafein.

“Berlainan halnya dengan asid kafeik yang membantu menurunkan paras gula, sekali gus meningkatkan paras insulin dalam darah,” katanya kafein dan asid kafeik adalah dua bahan yang berbeza.

Kajian produk Nutrima-Stamenus adalah kajian bersama Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, MARDI dan Fakulti Bioteknlogi dan Sains Biomolekul, UPM.

Penyelidik yang terbabit dengan kajian ini adalah Dr Suri (ketua projek), Nurazrin Ezrina Abdul Mubdi, Dr Muhajir Hamid, Arif Zaidi Jusoh, Siti Aisyah Muhammad, Rosnah Othman, Ahmad Tarmizi Salimin dan Zaharinah Hussin.

Rujukan ( metro 24 mac 2015 )

 

CARA TRADISIONAL BUAT TEH DAUN MISAI KUCING

1.     MELAWAS KENCING, MERAWAT DARAH TINGGI, MELEGAKAN KEKEJANGAN PINGGANG

Ambil segenggam daun misai kucing, rebus dengan 2 gelas air hingga tinggal separuh, saring dan minum setiap malam sebelum tidur.


2.     MERAWAT KEPUTIHAN

Rebus segenggam daun misai kucing, campur dengan sedikit daun beluntas.

Masa tengah mendidih masukkan 1 sudu teh jintan hitam dan 10 biji lada hitam, saring dan minum sehinggan keputihan hilang.

 

3.     MENGURANGI DIABETES

16 helai daun misai kucing direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal separuh, saring dan minum setiap hari.


Ulasan

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

Catat Ulasan