HERBA : POKOK SERAI KAYU

POKOK SERAI KAYU  (Nama sains : Syzygium polyanthum)


POKOK SERAI KAYU ini sengaja saya tanam supaya senang untuk makan dengan nasi kerabu dan buat ulam memandangkan di Kuala Lumpur ni susah nak dapatkan pokok yang saya rasa eksotik dan tidak dikenali oleh generasi muda.  Di Kelantan pun saya rasa tak ramai yang menanam pokok ini sebab biasanya kita memetiknya di kawasan semak, dalam kebun getah, dusun dan sebagainya.

DAUN SERAI KAYU adalah bahagian berkhasiat daripada  Pokok Serai Kayu  dan ia merupakan sejenis pokok tropika daripada keluarga Myrtaceae. Ia boleh mencapai ketinggian 30 meter dengan batang yang bewarna kelabu dan bersisik. Daunnya berwarna hijau kekuningan. Hasil daripada  rujukan dilaporkan  pokok ini terdapat di kawasan hutan tanah rendah seperti di Burma dan Malaysia.

Biasanya pokok ini amat mudah untuk dijumpai di Pulau Langkawi sehingga ke Singapura  ( bagi orang yang kenal tak susahlah….) Ia tumbuh   meliar di dalam kebun dan dalam hutan tanpa kita sedari.

Pada saya walau pun daun serai kayu ini mempunyai rasanya kelat tetapi sebenarnya kemudian ia mengeluarkan rasa lemak dan sedikit manis.

Untuk mendapatkan pucuk muda ataupun pucuk baru yang lembut lazimnya dilakukan pemangkasan yang perlu dibuat. Pemangkasan juga perlu untuk mengelakkan pokok serai kayu lebih cepat meninggi. Saya selalu membuat pemangkasan walaupun jarang makan ulam ini supaya sentiasa ada pucuk muda dan senang diambil bila perlu. ( hmmm..boring makan ulam sorang-sorang, en somi tk pandai makan ulam…)

Hasil daripada carian, saya telah menemui rencana daripada akhbar Berita Harian yang bertajuk

 "Khasiat daun serai kayu rawat darah tinggi" .  Rencana ini amat baik untuk dibuat rujukan. 

 Kajian terhadap 2,508 subjek dari semua daerah di Kelantan, trend tekanan darah tinggi dalam kalangan penduduk negeri ini didapati lebih rendah iaitu 13.9 peratus berbanding peratusan di seluruh negara. 

Dr Wan Amir Nizam bersama pelajarnya melakukan kajian ke atas daun serai kayu yang boleh mengubati penyakit darah tinggi di Makmal Pusat Pengajian Sains Kesihatan Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. - Foto Fathil Asri

 

Pengambilan ulam daun serai kayu

Menyedari perkara ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian, Kelantan mengambil inisiatif menjalankan penyelidikan terhadap pengambilan ulam daun serai kayu atau daun salam dalam kalangan penduduk tempatan yang dikatakan mampu menurunkan kadar darah tinggi.

Daun serai kayu atau di sesetengah tempat di negara ini dikenali sebagai daun salam, samak kelat, daun bay dan daun beriani, banyak digunakan dalam masakan di seluruh dunia kerana keistimewaannya membangkitkan aroma dalam juadah.

Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai meselengan, ubat serai, gowok, manting dan kastolam, Di Eropah dan kawasan negara Mediterranean, daun serai kayu ini lazimnya dikeringkan dan digunakan sebagai penambah perisa kepada masakan terutama dalam sos, sup, stew dan masakan berunsurkan makanan laut, sayur serta daging.

Tidak ketinggalan, dalam masakan Arab, India dan Pakistan. Antaranya, digunakan untuk menambah keenakan rasa dalam masakan nasi beriani dan bahan dalam garam masala (rempah ratus).

Di Kelantan dan Terengganu, daun serai kayu ini banyak digunakan dalam masakan seperti laksam dan dijadikan ulam untuk dimakan bercicahkan budu.

Rupa-rupanya, di sebalik keenakannya sebagai perisa tambahan kepada masakan, daun ini mempunyai seribu satu rahsia dari sudut kesihatan terutama dalam rawatan penyakit tekanan darah tinggi.

Rahsia keunikan dan kehebatan daun yang pokoknya mudah ditanam di kawasan tropika, berjaya dibongkar kumpulan penyelidik berkenaan yang diketuai Pensyarah Kanan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, universiti itu, Dr Wan Amir Nizam Wan Ahmad dalam penyelidikannya yang sudah masuk tahun keempat.

"Daun serai kayu atau salam sudah lama digunakan penduduk Kelantan yang menghidap darah tinggi untuk menurunkan tekanan darah mereka.

"Kami tertarik untuk mengkaji dengan lebih mendalam khasiat daun ini selepas melihat corak tekanan darah tinggi beberapa pesakit yang dirujuk di klinik kami semakin normal dan mereka hanya perlu mengambil ubat darah tinggi dengan kadar dos kecil.

"Selepas diselidik, rupa-rupanya mereka mengamalkan makan daun salam sebagai ulam harian mereka," katanya kepada BH, baru-baru ini.

Belum ada kajian

Justeru, kumpulannya menjalankan penyelidikan secara saintifik selepas mendapati belum ada lagi kajian terhadap daun itu dilakukan bagi menentukan keberkesanannya dalam bidang perubatan.

Kajian saintifik yang dijalankan terhadap dua spesies tikus, Wistar Kyoto (WKY) dan Spontaneously Hypertensive (SHR) mendapati ekstrak daun serai kayu mampu menurunkan tahap tekanan darah haiwan itu.

"Kita menggunakan dua kaedah iaitu menyuntik cecair dari ekstrak daun serai kayu ke salur darah kedua jenis tikus berkenaan dan memberi makan ekstrak daun itu selama sebulan.

"Hasilnya, sebaik cecair ekstrak daun salam disuntik dalam saluran darah, tahap tekanan darah tikus SHR yang sememangnya secara genetik mempunyai darah tinggi menurun sehingga 30 peratus, manakala tikus WKY yang juga tikus berdarah normal, tahap tekanan darahnya tetap normal," katanya.

Terbukti bantu turunkan darah tinggi

Menerusi kaedah kedua, katanya, pihaknya menggunakan cara memberi makan ekstrak daun salam kepada kedua jenis tikus itu selama sebulan dan mendapati ia turut membantu menurunkan darah tinggi.

Lebih menakjubkan, ia tidak langsung menurunkan darah tikus WKY yang berdarah normal.

"Tujuan menggunakan kaedah kedua adalah bagi meniru kesan pesakit darah tinggi yang makan ulam daun salam setiap hari. Daripada kajian ini, kita dapati daun salam tidak memudaratkan mereka yang mempunyai tekanan darah normal kerana pengambilannya tidak menurunkan darah," katanya.

Kajian itu juga mendapati daun serai kayu mengandungi asid galik (gallic), asid oleik, asid linoleik dan seselin, yang berfungsi menurunkan tekanan darah.

"Kita juga menjalankan kajian toksikologi dan hasil penyelidikan mendapati bahan aktif dalam daun itu tiada kesan berbahaya jika diambil melebihi dos dicadangkan," katanya.

Ketika ini, pihaknya bercadang menjalankan kajian lanjut bagi mengasingkan bahan aktif dalam daun salam itu dan bercadang untuk mempatenkan hasil kajian seperti peringkat kajian terhadap manusia dijalankan tidak lama lagi.

"Kita berharap dapat menghasilkan produk suplemen bagi membantu golongan penghidap darah tinggi. Ia boleh menghasilkan ubat daripada serai kayu dengan formulasi yang betul bagi penghidap penyakit darah tinggi," katanya.

( # rencana ini saya petik tanpa disunting untuk mengekalkan keaslian laporan pada rencana asal dari Berita Harian )

 

KHASIAT DAN KEGUNAAN DAUN SERAI KAYU
Ini bukan sembang kosong atau dengar-dengar daripada orang biasa , khasiatnya keluar daripada mulut Dr Nordin Darus, seorang doctor dan juga pengamal makanan semulajadi     ( alami, natural ).  Kawan-kawan boleh dengan daripada youtube Dr.Nordin Darus untuk kepastian.

1.    Penyakit diabetes - Menurunkan glukosa

Cara-cara
7 helai daun serai kayu
500 ml air bersih
Rebus hingga tinggal 2/3 airnya
Minum 2 cawan pagi dan 2 cawan malam
Bila kandungan gula sudah turun, boleh kurangkan pengambilan kepada secawan pagi dn secawan malam.
#jangan terlebih minum kerana ditakuti mengakibatkan hipoglycemia ( kurang gula dalam darah )
 
2.     Gout
Ia ubat terbaik untuk menurunkan asid urik yang menyebabkan gaout secara alami.
Cara kegunaannya sama dengan penyakit diabetes.
Bila sakit dah stabil, kurangkan pengambilan kepada sekali sehari.
 
Cuma orang yang mengalami penyakit gout perlu pantang makanan seperti asparagus, kubis, cendawan, pucuk ubi kayu, tomato , daging merah, makanan laut, ikan bilis, sardine, organ dalaman dan mungkin banyak lagi yang tidak disebut di sini. 
Pengambilan daging putih juga elok dikurangkan.
 
Jika tidak berpantang, tapi minum air rebusan ini, kemungkinan untuk berkesan itu adalah agak tipis.( jadi silalah berpantang sebab air rebusan ini bukan ubat penahan sakit…ia penawar tradisional )
 
3.    Mengubati batu dalam ginjal
Amalkanl cara yang sama dengan di atas.
 
4.    Diarrhea ( cirit-birit )
Gunakan cara yang sama, tetapi hentikan pengambilan bila dah sembuh kerana ditakuti berlakukanya sembelit ( constipation ).

5.    Menurunkan tekanan darah tinggi
      Amalkan meminum air rebusan seperti resepi di atas juga.
 
PANTANG LARANG.
Bukan semua penawar boleh diminum oleh semua orang dan penyakit, terdapat juga larangan dalam meminum air rebusan ini seperti :
-          Pesakit sembelit
-          Menyusu badan
-          Ibu hamil
-          Allergy
-          Asthma ( utk pengidap asthma dan alergi tapi mengidap diabetes, cuba minum dulu,             jk ok, boleh teruskan )

-          Ketagihan – berhenti minum jika penyakit dah ok, kerana ditakuti ketagihan nak minum selalu dan rasa tak sedap badan jika tak minum airnya….


Ulasan

  1. di mana ada kebun daun salam ehh?

    BalasPadam
  2. sebab saya tengah buat article pasal daun salam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    BalasPadam

Catat Ulasan