HERBA : SENDUDUK PUTIH


SENDUDUK PUTIH ( nama sains : Melastoma decemfidum )


Pokok senduduk putih yang kutanam berbunga sekali- sekali ajer, selama ini tak tau pula banyak khasiat senduduk putih ini. 

Di sini saya kongsikan dahulu kajian yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia.

1.   Ekstrak daun dan akar digunakan untuk merawat cirit birit, berak     berdarah ( dysentery ), sawan dan rheumatism. (Noraslamiah Sarju et.   al., 2010).

2.   Pucuk di untuk merawat jangkitan Rahim, tekanan darah tinggi dan   kencing manis.

3.   Jus daun senduduk putih digunakan sebagai ubat kumur untuk mengurangkan sakit gigi dan merawat keputihan.

4.   Kulit batang/kayu senduduk putih digunakan untuk rawatan penyakit  kulit

5.   Bunganya digunakan untuk rawatan cancer . ( H.Jamalnasir et.al., 2012).

6.   Bijinya untuk merawat cirit-birit . ( H.Jamalnasir et.al., 2012).

Senduduk putih merupakan tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Bunga senduduk putih dikatakan mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama. Ia juga dikatakan dapat mengubati kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (lambat boleh bercakap) .

         Cara-cara membuat rawatan
 
1.      Masalah cirit birit dan berak berdarah
         Daunnya yang tua ditumbuk bersama kunyit hidup dan dicampur dengan           air , disaring dan diminum airnya .
 
2.     Penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
         Dua ranting senduduk putih direbus bersama sedikit gula batu, halia                   dan   daun bonglai . Minum air rebusan itu.
 
3.    Menghentikan darah pada luka ringan
         Daun senduduk dihaluskan dan ditempelkan pada luka ringan maka akan           dapat berguna untuk menghentikan darah yang mengalir pada luka                     ringan   tersebut.
 
4.    Menghilangkan parut luka dan cacar
         Akar dan daun senduduk jika dihaluskan ditempelkan pada bekas parut             luka atau cacar, lakukan secara rutin.
 
5.    Merawat gigitan
        Daun senduduk cukup baik untuk  mengubati bisa dari gigitan ulat bulu               atau digigit pacat/lintah.
 
6.    Merawat berbagai penyakit dengan teh bunga senduduk putih
- keputihan,
- kencing manis.
- Merawat tekanan darah tinggi.
- Melawaskan buang air kencing.
- kebas kaki dan tangan.
- Membuang toksik dalam badan.
- Mengembalikan kecergasan badan.
                    - Tidak sesuai tekanan darah rendah.
 
         Cara Penyediaan:
          Rendamkan 6 kuntum bunga senduduk putih kedalam segelas air panas            (200ml),
          Tambahkan sedikit gula jika perlu.( lebih baik tambah madu )
 
 7.     Lain-lain rawatan adalah untuk penyakit seperti di bawah :
 
- Buang angin dalam badan
- Mencuci keracunan makanan dalam badan
- Mencuci darah kotor
- Merawat penyakit dalaman wanita
- Meringankan badan ketika bangun tidur
- Melancarkan peredaran darah
- Penawar kencing manis dan darah tinggi
- Penawar penat dan asma dan sebagainya
 
Cara Penyediaan:-
- Satu gelas teh 3 kuntum bunga
- Tuang air mendidih dalam gelas
- Tutup apabila suam minum satu hari 3 kali
- Pagi sebelum makan, tengahari dan malam sekali
- Minum untuk satu keluarga (satu jag 9 kuntum bunga air 2 liter)

 

Bunga senduduk putih kering ada dijual sebenarnya, tapi susah juga nak cari.

 Buah senduduk juga kaya dengan kandungan anthycyonin yang menghasilkan anti-oxidant sangat tinggi.

 


Ulasan

  1. Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

    .................................................................

    ▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

    ..................................................................

    ▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
    Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

    ...............................................................

    Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

    Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    BalasPadam

Catat Ulasan