HERBA: INAI


INAI ( Lawsonia inermis )

Menghimbau zaman kanak-kanak  dahulu tanpa internet dan gajet, beberapa hari sebelum raya nenek saya dah menumbuk inai dan kami memakai inai dengan mengikat jari dengan plastik supaya inai tak jatuh semasa tidur. Dan haha..masa tidur pastinya tangan akan didepangkan mcm tu , boleh bayangkan tak? Tapi bila bangun tidur ada je ikatan inai yang tercabut.  Dulu2 orang tua2 tak bg berinai siang, katanya nanti inai tak merah kalau dilihat oleh ayam ( kiki …sel otak boleh berhubung tak ?). Kami akan berinai beberapa malam supaya inai betul-betul merah….dan hari ni aku sengaja menanam pokok inai di laman rumahku supaya tidak lekang budaya Melayu dan kenangan indah itu.
Inai (nama botaninya Lawsonia inermis), merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (contoh beg, uncang, talipinggang dsbnya.) dan juga pewarna untuk kain. Pokok inai boleh membesar sehingga ketinggian 2.6m.

Inai ditanam secara komersial di negara-negara UAEMaghribiAlgeriaYamanTunisiaLibyaArab SaudiMesir, barat IndiaIraqIranPakistanBangladeshAfghanistanTurkiSomalia dan Sudan.
Di Malaysia ia lebih digunakan untuk mewarna kuku waktu majlis perkahwinan dan perayaan.

RAMUAN INAI UNTUK KUKU
Mak mertua sya akan mengambil daun inai yang masih muda, banyak getah dan merah katanya, dia akan menumbuk daun inai bersama sedikit nasi dingin dan asam keping. 

Tujuan nasi adalah untuk menjadikan inai tadi melekat, asam pula untuk merangsang warna merah inai tadi.

SEJARAH
Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

KEGUNAAN/KHASIAT DAUN INAI

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan.

Agen penyejuk
Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk. Orang India menggunakan daun inai untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.
Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepala.

Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.

Menyembuh Sakit Perut
Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Merawat Kuku
Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.

Menyembuh Luka dan bisul
Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang.
Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh.
Sementara itu, akar  dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Merawat Penyakit Wanita

Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan.

Untuk rawatan dalaman wanita elok diminum air rebusan daun inai ini.

rebusan teh inai:

Cara-caranya:
Ambil segenggam daun inai, rebus dengan segelas air, bila mendidih tutup api, minum bila dah suam.  Amalkan 2-3 hari dalam sebulan…jangan lebih.

saya juga selalu mengamalkan air daun inai ini masa muda-muda dulu...( hihi saje nk try )


Paling hebat khasiat inai ini adalah untuk rambut yang sihat….di sini saya kongsikan khasiat inai khusus untuk rambut anda.

#1 Pewarna rambut semulajadi – Jika anda teringin memiliki rambut perang, cubalah dengan inai kerana ia 100% semulajadi. Malah ia juga mampu menutup warna kelabu rambut (uban) dan memberi efek warna semulajadi rambut. Tapi hati-hati, inai boleh menyebabkan rambut kering, apa yang boleh anda lakukan campurkan inai bersama telur. Rambut lebih lembut dan kurang kering bersama adunan ini. 

#2 Mengawal masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala – bagi anda yang mengalami masalah kelumur atau sering mengalami kegatalan gunakan inai sebagai penawar semulajadi. Inai rupanya mempunyai kuasa antimikrob dan antikulat iaitu potensi merawat kelumumur disamping memberi hasil rambut berkilat dan sihat. 

#3 Perapi rambut semulajadi – walaupun inai meninggalkan kesan kering pada rambut, tapi bila ia dicampur dengan telur, ia menjadi sangat lembab. Jadi ia sesuai dijadikan sebagai mask atau perapi untuk rambut kekal lembab. 

#4 Rawatan untuk hujung rambut bercabang – rambut kering pasti hujung rambut bercabang, jangan risau hanya lakukan rawatan ini pasti ia dapat mengembalikan kecantikan rambut. Campurkan serbuk inai bersama minyak avocado dan telur, kemudian sapukan diseluruh kawasan rambut. Selepas 2 jam, cuci rambut dengan air suam. 

#5 Tiada lagi rambut gugur – tinggalkan rawatan melebatkan rambut di salun, kini anda boleh lakukannya di rumah. Inai mampu mengawal masalah rambut gugur dan melebatkan lagi pertumbuhan rambut. Anda boleh cuba mask inai bersama biji halba. Rendam biji halba semalaman, kemudian campurkan bersama serbuk inai dan serbuk buah amla (indian gooseberry). Sapukan pada rambut, biar selama 2-3 jam dan cuci bersama air suam. 

#Kuku sihat dengan inai – kuku juga sama seperti rambut dan kulit mempunyai sumber protein dipanggil keratin, jadi ia juga memerlukan rawatan sama seperti kulit dan rambut. Penggunaan inai di kuku merupakan satu cara semulajadi menghasilkan kuku yang kuat dan sihat. 

Masalah kuku bercagu –  inai membantu melawan jangkitan kulat pada kuku atau kuku bercagu. 

Mak mertua saya selalu menggunakan inai untuk merawat kukunya yang cengkam. 

Ank2 kampung itu juga selalu datang dan minta mak mertua saya menumbukkan inai untuk di pakai di majlis perkahwinan mereka.

Kulit pokok ina dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak.

Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit.

Msyaralat India  percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Ulasan

Catat Ulasan