KARIPAP RANGUP SAMPAI PETANG


Hi Gaiisss....hari ni ummi nak kongsi kulit karipap yang senang dan sedap....

Ini adalah resepi kulit karipap yang paling mudah dicanai, tidak melekat pada torak, kulit melekat dengan elok dan tidak pecah bila digoreng. 

( tq kpd blogger2 yg kongsi resipi ini )..Namun begitu saya telah membuat serba sedikit penambahan daripada  yang asal.




Resepi Kulit Karipap Rangup

Bahan²: ( buat separuh je..dapat dlm 30 biji )
1kg tepung gandum
1 cawan minyak
2 tsb marjerin/butter
½ garam
1 tbs gula
2 tbs air kapur ( ambil bahagian atas aje )

Cara²:
Panaskan minyak dan marjerin/butter.
Tuang ke dalam bahan kering (tepung/garam/gula).
Gaul sebati (hati² bahan panas) – guna teknik gaul ramas
Selepas bahan sebati ( macam serbuk roti )
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun dengan tangan hingga menjadi doh dan akhir sekali masukkan air kapur.
Apabila siap adunan simpan adunan di dalam plastik dan perapkan seketika. (Min 1jam / max 4jam)
Tujuan perap adunan adalah utk mendapatkan adunan yg lembut ketika diuli dan ranggup apabila digoreng.
Bulatkan adunan dan bentuk ikut citarasa masing².
#Kulit jangan terlalu nipis sb akan pecah bila bubuh inti.

Resepi inti sardin :

1 tin besar sardin dilenyek
3 biji bawang besar (dadu)
10 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling/boh/blender
5 biji kentang (dadu) – direbus hingga empuk
2-3 sudu air perahan limau

Cara²:
Tumis bawang hingga naik bau.
Masukkan cili.
Tumis lagi hingga garing.
Masukkan sardin  
Masukkan ubi kentang
Gula dan garam ikut sesedap rasa.

Inti Karipap kentang
3 biji kentang - dipotong dadu
½ kg daging ayam - dipotong kecil.( boleh ganti dengan udang kering )
5 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air.
1 biji bawang besar - potong dadu
7 biji bawang merah - tumbuk
5 biji bawang putih  - tumbuk
2 cm halia – tumbuk – sya tak bubuh pun
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
Daun sup/daun kari - hiris
1 senduk minyak masak
1 sb tpg gandum

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.

Masukkan daging/ayam dan air. Tutup supaya daging cepat empuk. 

Lepas itu, masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk dan inti kering. Jika belum empuk, tambahkan sedikit air.

Sesuaikan rasa garam dan gulanya.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata. ( tujuan tpg gandum adalah untuk melekatkan inti )

 Angkat dan biar inti sejuk.

Petua petua:

Tips2 mggoreng supaya karipap tidak menggerutu dan rangup

1. Panaskan minyak yang banyak, bila dah panas, tutupkan api dan masukkan karipap. Lepas tu, baru dihidupkan semula api dapur yang kecil sahaja. Selalu dibalik balikkan dengan berhati hati dan goreng hingga keemasan. Jangan isi terlalu banyak dalam satu masa. Ulang proses yang sama untuk kali kedua dengan tutup api dahulu.

2. Panaskan minyak banyak, sebelum minyak betul-betul panas masukkan karipap.
Guna api sederhana hingga perlahan sahaja supaya karipap tidak hangus dan kulitnya garing dengan elok.

Tips buat karipap frozen :

1. Susun di dalam dulang beralaskan plastik dan simpan dalam peti ais dalam 1/2 jam. Kemudian keluarkan dan susun dalam tupperware. Boleh simpan bertingkat- tingkat dengan tak perlu meletakkan plastik pun kerana ianya tidak akan melekat sebab kulit karipap dah keras. Jika mahu letak plastik pun boleh juga. Yang penting karipap dikeluarkan dari bekas ketika beku agar tidak melekat satu sama lain.

2. Goreng karipap separa masak dan simpan dalam freezer. Lebih cepat dan mudah semasa menggoreng kali kedua.ini lebih selamat dn pasti tidak melekat.

3. Bakar karipap di dalam oven dalam 10 minit sekadar mematikan tepung. Lepas itu disimpan di dalam freezer. Insya Allah tak melekat semasa hendak menggoreng..

* penghargaan kpd yang kongsi resepi dan tips ( neeta house of baking dn azie kitchen )




Ulasan