HERBA : LADA HITAM


LADA HITAMPiper nigrum )



Pertama kali melihat pokok lada hitam bila arwah abah bawa balik dari rumah kawannya dan tanam di belakang rumah.  Arwah abah selalu mengambil buah lada hitam yang muda dan cicah dengan budu, sya pun suka ikut apa yang beliau buat.....bagi saya itu "rare" sb di Semenanjung susah nak dapat pokok lada hitam, kita hanya belajar mengenai lada hitam dalam buku Geografi sahaja ( masa sekolah rendah subjek geo dinamakan ilmu alam 😄).
Tapi sayang pokok itu mati bila bertakung air pada musim banjir, lupa tahun bila...Bila dewasa saya mula mencari pokok lada hitam bila berkunjung ke mana-mana nursery....tak pasti sya dapat kat mana pokok lada hitam yang sya ada sekarang.
Pokok ini rajin juga berbuah, walaupun ditanam di dalam pasu sahaja....bila ada biji yang berwarna oren maknanya buah lada hitam dah sedia untuk dipetik, saya kan petik dan jemur kering, kemudian blend dan simpan dalam botol.  Saya adalah penggemar tegar lada hitam dan selalu kirim lada hitam bila ada kawan2 yang balik Sarawak. Orang Sarawak pun tanya, buat apa lada hitam?...kiki....sedappp.
Well....jadi di sini sya nak kongsikan kehebatan lada hitam kegemaran saya....

Lada hitam (nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20 inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya.
Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34% daripada tanaman dunia pada tahun 2008.
Lada hitam adalah rempah  yang paling diperniagakan didunia. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine.
Pengeluar terbesar lada hitam adalah BrazilIndiaIndonesiaMalaysia, dan Vietnam. Di Malaysia, lada hitam banyak ditanam di Sarawak.
Lada hitam yang diproses , dibuang kulit hitamnya dinamakan lada putih, dan di kisar menjadi lada sulah yang menghasilkan rasa dan aroma yang amat menyelerakan pada makanan.

Kandungan Lada Hitam

Sebelum menjelaskan mengenai manfaat lada hitam, hal penting yang harus anda tahu adalah apa kandungan yang terdapat di lada hitam.  Berikut ini adalah berbagai kandungan yang ada di dalam lada hitam, antara lain:
  • Kalium
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Fosfor
  • Natrium
  • Tiamin
  • Riboflavin
  • Niasin
  • Vitamin B6
  • Vitamin E
  • Folat
  • Vitamin K
  • Serat
  • Protein

KHASIAT/Manfaat Lada Hitam

1. Menjaga Kesehatan Sel Tubuh

Radikal bebas yang berlebihan dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti peradangan, penuaan pramatang, penyakit jantung, dan kanser tertentu. Lada hitam kaya dengan unsur piperine,  memiliki sifat antioksidan yang kuat dan dapat membantu mengatasi radikal bebas

2. Menjaga Kesehatan Otak

Sebuah kajian menunjukkan bahwa lada hitam boleh mencegah penyakit Alzheimer dan Parkinson. Namun begitu, khasiat lada hitam baru dilakukan pada haiwan, penelitian lanjut pada manusia diperlukan untuk mengesahkan penemuan ini.

3. Membantu Menurunkan Kadar Kolesterol

Tingginya kadar kolesterol dalam tubuh telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Sebuah kajian menemukan bahwa ekstrak lada hitam boleh mengurangi kadar kolesterol dalam darah. Kandungan piperine diyakini dapat meningkatkan penyerapan suplemen makanan yang memiliki kesan penurunan kolesterol .  namun ia masih diperingkat kajian pada haiwan.

4. Memiliki Sifat Antikanser

Para pengkaji berhipotesis bahwa unsur aktif dalam lada hitam yaitu piperine, mungkin memiliki sifat melawan kanser. Sebuah kajian menemukan bahwa piperine memperlambat replikasi sel kanser payudara, prostat, dan usus besar serta menyebabkan kematian sel kanser.

5. Menjaga Kesihatan Pencernaan

Pengambilan  lada meningkatkan rembesan asid hidroklorat dalam perut, sehingga memudahkan untuk mencerna makanan. Pencernaan yang sihat membuat Anda terhindar dari masalah usus seperti diare, sembelit, dan kolik.
Rempah ini juga dapat mengeluarkan gas dari tubuh dengan gerakan menurun yang sihat.
Di Sarawak terdapat gula-gula lada hitam yang boleh dikemam dan mempunyai rasa yang enak.

6. Membantu Menurunkan Berat Badan

Teh Ayurvedic yang dibuat dengan lada hitam adalah salah satu teh yang dicadangkan untuk menurunkan berat badan.
Lapisan luar lada hitam mengandungi fitonutrien penting bagi penguraian sel-sel lemak.  Ia turut menggalakkan perpeluhan dan kencing bagi mengumuh toksin dan air berlebihan dalam badan.

7. Mengatasi Gangguan Pernafasan

Dalam pengubatan Ayurveda, lada hitam sering digunakan untuk mengubati batuk dan selesema.  Lada hitam dapat mengatasi hidung tersumbat dan sinusitis. Khasiat  dari lada hitam membantu memecah endapan lendir dan kahak di saluran pernafasan.  Rasa panas dan pedas lada hitam akan mencairkan hingus dan kahak
Caranya ialah dengan menaburkan serbuk lada hitam ke dalam sup dan hirup sup itu.Di Malaysia terdapat balm yang diperbuat daripada lada hitam.

8. Membantu Melawan Infeksi

Kandungan antibakteria yang terkandung di dalam lada hitam membantu melawan infeksi dan gigitan serangga. Sebuah penelitian mengungkapkan, unsur yang terdapat di dalam lada hitam aktif melawan Bacillus subtilis, Bacillus sphaericus, Staphylococcus aureus.

9. Membantu untuk Berhenti Merokok

Manfaat lada hitam yang jarang diketahui adalah membantu seseorang yang ingin berhenti dari kebiasaan merokok. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa menghisap alat wap menggunakan minyak lada hitam lebih dari 3 jam dapat mengurangi keinginan untuk merokok dan kecemasan pada perokok aktif.

10. Membantu Penyerapan Senyawa Lain

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa  lada hitam  membantu dalam mengangkut manfaat herba dan unsur lain ke  bahagian tubuh, sehingga memaksimakan makanan yang dimakan. Menambahkannya ke dalam makanan tidak hanya membuatnya lazat, tetapi juga membantu membuat nutrisi sepenuhnya diserap oleh tubuh.
11. Kesihatan gigi
Lada hitam dapat mengurangkan kerosakan gigi, mengurangkan sakit gigi dan menjamin kesihatan gigi seumur hidup.

Ulasan