RESEPI KULIT DUMPLING BUAT SENDIRI ( HOMEMADE DUMPLING wrap)



RESEPI KULIT DUMPLING BUAT SENDIRI 



Selalunya makan dumpling di restoren China Muslim – restoren mi tarik di Medan Idaman, tapi semenjak PKP Covid19, semua kedai makan tutup dan ummi pun takut nak beli makanan dari luar, jadi hampir semua makanan buat sendiri..Puas hati dapat buat banyak benda sepanjang PKP ini..Alhamdulillah.

 RESEPI KULIT Wantan / Siew Mai /Dim Sum/ Dumpling

- 250g Tepung Gandum
- 80g Tepung Ubi @ Tepung Jagung
- 200 - 220 ml air panas mendidih
- Sedikit garam
- 1 1/2 sudu besar Minyak masak

Cara-cara
1    1. Satukan tepung tepung ini, garam dan minyak masak.
2    2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat pada  tangan.
3    3. uli sehingga sebati kemudian biar sebentar 20 minit dalam bekas tertutup                        (  supaya doh tidak keras)
4    4. Bahagikan doh kepada bulatan-bulatan kecil dan canai. Taburkan sedikit tepung supaya       tidak melekat.

## jangan susun kulit bertindih-tindih supaya tidak melekat antara satu sama lain.



SIEW MAI DIM SUM KUKUS

Bahan Bahan
- 15 keping Kulit Wantan Kuning
- 100g isi ayam ( Dikisar)
- 5g biji Sagu merah
-  sedikit Garam, gula dan serbuk perasa/sya pakai stok ayam

Cara Memasak
1. Gaulkan isi ayam bersama serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa sehingga sebati.
2. Rehatkan adunan di dalam peti selama 1 jam.
3. Kemudian, isikan adunan ke dalam kulit wantan dan kemaskan tepinya.
4. Letakkan biji sagu merah di atas dan kukus selamat 10 minit ( sehingga betul  betul masak)



DIM SUM KUKUS

Bahan bahan
- Dada ayam ( dicincang dan blend)
- Daun bawang ( agak agak saja - dipotong halus)
- Lobak merah ( agak agak juga - dicincang) atau sagat supaya lebih halus
- 1 sudu Sos Tiram
- 1 sudu black paper (ditumbuk halus) *tak perlu letak banyak pun tak apa, rasa dia tak sama seperti rasa asli dari restoran kalau pedas sangat.
- 1 sudu lada putih
- garam secukup rasa.

Cara cara
1. Campurkan semua bahan dan gaulkan
2. Ambil sesudu adunan dan masukan dalam kulit dumpling / wantan dan bentukkan ikut          kesukaan anda
3. Kukus 10-15 minit.

** Susun Dimsum jangan berlapis lapis atau bertindih, nanti melekat


Resepi INTI DUMPLING / Siew Mai

Bahan bahan
- 2 keping isi ayam dikisar halus
- 12 ekor isi udang dikisar halus
- 3 biji bawang merah (kecil) dicincang halus
- 2 biji bawang putih dicincang halus
- sedikit lobak merah dicincang halus atau sagat
- sedikit daun bawang
- 1 biji cili besar merah dicincang halus
- sedikit lada sulah
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu kecil minyak bijan ( bila ada minyak bijan baru rasa asli dia terasa)
- 1 biji telur dipukul kembang
- garam dan gula secukup rasa



Cara membuat
- Satukan semua bahan dan gaul sebati

Cara melipat
1. Canai adunan tepung tadi. ** kalau nak bagi warna kuning atau hijau, asingkan separuh dan letak pewarna kuning telur.

2.  letak inti ditengah tengah dan lipat mengikut kreativiti anda.

1 sudu besar tepung gandum - bancuh untuk dijadikan gam bersama 1/2 sudu besar air. ** 

##tak pakai pun x pe, resepi ini cukup lembut..lipat  dan picit hujung dumpling tu saja dah melekat walaupun dikukus dan direbus.

3.   Kemudian Kukus, Susun aje dalam pengukus tidak perlu lapik apa-apa.ia takkan melekat kerana dalam adunan kulit tadi telah dibubuh minyak.



## Untuk teknik lipatan anda boleh rujuk mana-mana youtube sebab penulis ini pun baru belajar cara lipatan…Alhamdulillah seronok buat ni dengan anak-anak….macam-macam bentuk yang jadi..

** saya suka makan dumpling dengan sup...memang sedap.




Bahan untuk  Sup

- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 sudu tea lada putih
- 2 @ 3 cawan air
- 1 kiub ayam (buat stock ayam sendiri pun best)
- 100g bunga kobis/carrot/lobak putih ( apa-apa pn boleh )
- 1/2 sudu teh minyak bijan
- 2 sudu teh minyak untuk menumis
- 1 batang daun bawang ( untuk ditabur atas sup)
- 1 biji cili merah ( dihiris kecil)
- bawang goreng ( optional...tak ada pun tak apa)


Cara Membuat
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukan air, kiub ayam dan serbuk lada putih.

3. Bila mendidih, letak sedikit minyak bijan,masukkan bunga kobis dan dumpling yang sudah siap dari kukusan

(  dumpling boleh direbus terus dalam sup, tak perlu kukus dulu )

3.Hias dengan bawang goreng, daun bawang dan cili merah yang telah dihiris.
Pertama kali buat saya kukus dulu sb takut kelim tepinya terbuka…hihi….
Puas makan bila buat sendiri, boleh makan banyak-banyak….


TQ Liyana Ahmad untuk perkongsian resepi asal namun saya dah buat penambahbaikan ikut gaya penulisan sya sdri...

Ulasan

Catat Ulasan