Sungai Behrang adalah tempat yang jauh daripada pencemaran, airnya mengalir jernih melalui bebatuan di kampung orang Asli Chinggung, berdekatan dengan kampung ibu mertuaku. Inilah tempat kegemaran anak-anak untuk bermandi-manda jika pulang ke kampung Behrang Ulu di Perak Darul Ridhwan. Air yang sejuk dari kawasan pergunungan menusuk ke tulang, sungguh menyegarkan....
Ulasan
Catat Ulasan