TEPUNG
PELITA TANPA KUKUS
Bahagian
Bawah ( A )
3 Helai daun pandan blend dgn 3 cwn air
1 cwn tepung beras
¾ cwn gula pasir
Jika nak warna lebih hiju tambah pewarna hijau epal
Boleh tambah esen pandan jika nak wangian lebih
Bahagian
Atas ( putih )( B )
Santan kotak bancuh dengan 3 cwn air
¾ cawan tepung beras
1 camt garam
C. sedikit gula untuk tabur
Cara-cara
1.Campurkan semua bahan A dalam kuali dan kacau hingga
pekat ( guna api sederhana ) , dan meletup-letup, padamkan api.
2. Masukkan ke dalam bekas.
( boleh tabur gula di dasar bekas ataupun di atas bahagian
hijau, jumlah gula ikut kesukaan, saya taruk ½ sudu teh aje untuk bekas sebesar
bekas taufufa sb x boleh makan manis )
3. bersihkan kuali tadi dan masukkan semua bahan B, kacau
dengan api sederhana hingga meletup-letup.
4. tuangkan bahan B ke atas bahan A tadi, biarkan sejuk dan
masukkan ke dalam peti ais…
haa..senangnye buat tepung pelita....dulu rasa susah sangat...
Ulasan
Catat Ulasan