TRAVELOG KOSEINDAH - VIETNAM ( HO CHI MINCH 16 - 19 MAC 2020 )

TRAVELOG KOSEINDAH - VIETNAM ( Ho Chi Minh 6 - 19 MAC 2020 )

Tanggal 16 Mac 2020 kami telah berpagi-pagi lagi ( pukul 3.00 pagi telah ber kumpul di sekolah ) bergerak ke KLIA untuk menuju ke Bandar Ho Chi Min Vietnam. Kami sampai pukul di KLIA pukul 5.30 pagi dengan menaiki bas di TBS, selesai segala urusan, kami pun solat subuh, maka tiba masanya untuk menunggu penerbangan yang dijangka pukul 8.30 pagi.

Sebenarnye banyak kontroversi semasa nak bertolak ke Vietnam, maklumlah masa tu tengah heboh Covid19 mula merebak akibat perhimpunan Jemaah Tabligh di Masjid Seri Petaling.  Pada asalnya rombongan kami 15 orang guru termasuk pengetua, akhirnya 7 orang menarik diri dan tinggal kami 8 orang termasuk 2 orang anak saya.  Kami mendapat kecaman daripada kawan-kawan sekolah.  Tapi nak buat macam mana, perancangan dah dibuat dari tahun 2019.  Jika kami tak pergi, wang akan hangus dan tak dapat balik. Jadi bagi insan yang tak berapa nak kaya macam kami ni tak sanggup hilang duit tempahan secara percuma ajer.

Sebenarnya kami tak patut dikecam sebab kes di Vietnam pada masa itu hanya 60 kes sahaja, berbanding Malaysia yang sudah mencapai angka ratus pada masa kami bertolak.  Jadi sebenarnya lebih selamat di Vietnam berbanding berada di Malaysia ( jika ikut logiklaaa....tapi adat manusia lebih suka  ikut emosi ).

Dari segi kesedaran, rakyat Vietnam amat patuh pada pemerintah dan sangat takut dengan wabak Covid ini.  Di sana rata-rata rakyatnya memakai topeng dan hand sanitizer diletakkan di hadapan pintu masuk tempat membeli belah. ( tak ada orang nak curi pun.. sedangkanl di Malaysia ada kes mencuri hand sanitizer sebab susah sangat nak cari benda tu, topeng pun tak ada ).  Siapa yang tak pakai topeng tidak dibenarkan masuk ke kedai walaupun itu kedai kecil sahaja. Topeng dan hand sanitizer dijual di tepi-tepi jalan ajer...so kami pun borong banyak-banyak dan jual semula kat Malaysia ( hihi ). Dalam 1 hari semua sold out, tak kira topeng pakai buang ataupun topeng kain.hmmm..puas hati, rasa rugi tak beli lebih.

Saya nak kongsikan beberapa tempat yang kami lawati, sebenarnya ada beberapa tempat yang tidak dapat pergi kerana mereka telah menutup tempat tersebut kerana ada kes Covid19 seperti Sungai Mekong, Sg Saigon, War Museum dan koperasi sekolah.

    HARI PERTAMA


Ini gambar semasa di KLIA, semua penumpang telah bertopeng, cuma belum ada penjarakan sosial namun kami takut-takut untuk duduk dekat dengan orang yang tidak dikenali.

Sampai di sana kami disambut oleh pemandu pelancong dan check-in di hotel berdekatan dengan Malaysia Street, jadi senang nak shopping di sana.  Ina juga berdekatan dengan Ben Thanh Market.



Co Ben Thant menyediakan berbagai jenis cenderamata, pakaian, alas meja, buah-buahan, kopi dan teh tradisional Vietnam.  Saya sempat membeli teh jasmin yang sangat wangi dan sedap.  Mengikut nasihat kawan, belilah kopi di sini, sebab Vietnam merupakan pengeluar kopi yang ternama. Jadi sya pun belilah kopi G7 dan G8 ( kurang gula ).  Ada juga kopi luwak dn macam-macam lagi. Kopi yang paling sedap ialah kopi Aisyah yang dijual di atas motorsikal di Malaysia Street. Aisyah adalah penduduk asal Vietnam berbangsa Melayu Champa.

Sebelah malamnya pula kami shopping dekat area sini juga, di bahagian luar Ben Thanh ada pasar malam yang menjual cenderamata, pakaian dan juga buah-buahan.  

Peringatan, jika beli barang kt sini jangan banyak tawar menawar kalau tak nak beli, kalau tak setuju dengan harga kita pergi aje...jangan tawar lagi, klu tawar lagi kita mesti beli, kalau tak kena pegang dengan penjual itu...eee ngeri kan? ( nanti dia cakap crazy people ...haha )

Satu lagi kat sini, jangan bagi sedekah pada peminta sedekah , kalau anda bagi, ada lagi yang akan datang minta dengan kita.

Satu lagi pesanan daripada pemandu pelancong, jangan tahan kaki kita  pada tukang bersih kasut, sebab kasut sukan pun dia akan bersihkan dan pau duit kita...

Ini semua pesanan daripada pemandu pelancong, bukan sya kejam nak reka-reka cerita.

Dekat Malaysia Street dan Ben Thanh ramai penjual yang boleh cakap Melayu atau cuba-cuba cakap melayu pelat.. ( kiki - tengok lulu, tengok selluu ( seluar )....)

Yang fasih cakap Melayu itu adalah keturunan Melayu Champa, ( macam kita belajar sejarah tuu). 

HARI KEDUA ( CU CHI TUNNEL )

Hari ke dua kami dibawa ke Cu Chi Tunnel, sebuah terowong yang dibina pada hujung tahun 1940 sepanjang 250 kilometer merentas pinggir bandar Saigon/Ho Chi Minh higga ke sempadan Kemboja semasa perang Vietnam memuncak.




Terowong ini terlalu kecil untuk dimasuki oleh tentera Amerika, jika dapat masuk pun mereka akan tersangkut di dalam.  Maka kita boleh bayangkan betapa kecilnya saiz tentera Vietnam semasa perang dahulu.  Jadi dapat disimpulkan kemenangan dalam peperangan adalah bukan kerana saiz tetapi otak yang bergeliga.
 


Rice paper ni adalah macam rice paper yang digunakan untuk buat Vietnamese Roll tu....ha ia dibuat daripada beras pulut, dikukus dan dijemur kering bawah matahari. 
 



Capal dibuat terbalik supaya musuh tidak dapat mengesan pergerakan sebenar tentera vietnam.  Capal ini perbuat daripada getah tayar terpakai dan sangat tahan lasak.


GAMBAR-GAMBAR SENJATA DAN PERANGKAP YANG DIGUNAKAN OLEH TENTERA VIETNAM.
 

Gambar busut sebelah kanan tu adalah sebenarnya lubang udara untuk membekalkan oksigen kepada terowong bawah tanah dan melepaskan asap bila memasak makanan. Mereka hanya memasak waktu awal pagi ( sebelum subuh ) bagi mengelakkan asap kelihatan keluar daripada lubang busut.   Ia bukan sebarang lubang...bijaknya mereka.

 Gambar-gambar ini amat mengerikan, jika musuh terperangkap ke dalam tu memang akan       cedera dan mati..
 
HARI KE TIGA

Tujuan rombongan kami ke sini adalah untuk membuat lawatan penanda aras ke sebuah koperasi sekolah berdekatan bandar Ho Chi Minh tetapi pada waktu Covid ini mereka enggan menerima tetamu maka kami di bawa ke sebuah Coop Mart di sini.


Saya tidak melepaskan peluang membeli beberapa botol 1 liter hand sanitizer di sini, geram susah sangat nk dapat di Malaysia.  Dan surprisingly, benda tu made in Malaysia...( hush.... ).

Selepas itu kami ke Saigon Square....x banyak gambar di sini sebab asyik shopping...kalau nak beli bag berjenama ( copy ) belilah kat sini, murah-murah....kena pandai cari kedai juga, so jalan-jalan dulu tanya harga. 
 
 
Sebelum masuk ke mall kami kena cek suhu dan sanitize dahulu, masa tu kat Malaysia belum kuatkuasa lagi.
 
Kemudian kami melawat sekitar Bandar Ho Chi Minh
 
Kebanyakan rumah di kawasan bandar mempunyai keluasan 10 kaki lebar dan memanjang ke belakang serta meninggi ke atas, untuk tujuan penjimatan tanah. Memang terasa sempit.
 
 Ini pula adalah gambar kuil dan bangunan gereja lama yang di bina pada tahun 1863 hingga 1880 oleh penjajah Perancis. Ia juga dikenali sebagai Church of Saigon. Saigon adalah nama lama bagi bandar Ho Chi Minh.


Ini pula adalah pejabat pos lama yang masih beroperasi hingga ke hari ini, di sini juga terdapat banyak cenderamata yang menarik seperti permata dan lain-lain barang berharga. ( tak tau mana pergi gambar-gambar kat dalam pejabat pos ini...ia sangat cantik sebenarnya )
 

Kami juga singgah di Hardrock cafe yang menjadi salah satu mercu tanda bandar ini.  Tapi ramai yang malas nak turun, kata mereka kat KL pun ado....i pun malas nk turun meredah kepanasan itu.
 

Salah satu tempat yang wajib dikunjungi adalah kedai borong. Mereka juga mengadakan perkhidmatan tempahan pakaian dan penghantaran ke Malaysia.
 


 
Ini adalah pemandangan Sungai Saigon.  Rata-rata penduduk di sini menggunakan motorsikal sebagai kenderaan utama dengan kelajuan maksima 60km/j sahaja. Jadi jarang berlaku kemalangan maut.  Harga motor murah berbanding negara lain, tetapi harga petrol agak mahal berbanding negara kita.  Jadi motorsikal adalah penyelesaian terbaik untuk mereka.  Di sini mereka suka hon dan hon kenderaan...adui...hon tu umpama perkataan " tumpang laluuu....". Klu kt Malaysia memang kena sumpah klu dgr hon....
 
 
HARI KEEMPAT ( MAKAN TIME- sebelum ke airport )
 

 

Kebanyakan makanan di sini mirip kepada makanan Thailand tapi lebih berperisa daripada masakan Thai yang ada di Malaysia. Ia juga agak manis.  Sebab hari-hari makan benda yang hampir sama, terasa jemu pula...( errr manalah pegi gambar2 makanan yang lain..)

 
Sempat juga mengambil gambar pramugari Vietnam yang jauh lebih sopan daripada pramugari negara Islam Malaysia ( MAS dan AIR ASIA )....Hehe..

 
Kami terpaksa menempah MAS kerana pada 18 Mac telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang mana semua penerbangan dihentikan. Hanya MAS sahaja diberi pas penerbangan. Kami dh rugi kat sini kerana tiket MAS lebih mahal daripada AIR ASIA. Tapi dapat balik pun dah shukur, Sebab ada juga yang terkandas di sana kerana tiada tiket untuk balik.

Keadaan sungguh mencemaskan. Sampai di KLIA klu tak silap dalam pukul 10.00 malam.  Sampai di KLIA  2 orang penumpang dari jemaah Tabligh yang menaiki flight bersama kami tadi ditahan untuk pemeriksaan. 
 Ya Allah..kecutnye perut kami...Selepas balik ke rumah, kami kena kuarantin diri selama 14 hari....x boleh peluk cium anak-anak, duduk je dalam bilik, semua makanan diserve..hihihi.
 
SEKIAN PERKONGSIAN SAYA.. ( TQ kepada kwn2 rombongan yang sporting....lepas covid ni ke mana kita ??? )

 


Ulasan

Catat Ulasan