APA ITU DOODLE : JOM MENDOODLE

JOM MENDOODLE...

APAKAH DOODLE?

Mendoodle adalah melukis, melakar atau membuat coretan-coretan terutama bila  kita sedang melakukan perkara lain seperti mendengar taklimat, mesyuarat,mendengar lagu dan sebagainya. ( hehe mengelat tuu...bkn apa nak hilangkan mengantuk...)

Ia mungkin mengandungi makna tertentu atau hanya bentuk abstrak yang muncul dalam fikiran kita dan diterjemah ke dalam lakaran.

Biasanya jika bosan, stress ata kecewa, maka manusia mula melakar sesuatu untuk mengatasi rasa itu.  Sebenarnya mencoret sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan situasi yang dihadapi spt mesyuarat atau taklimat mungkin nampak macam kurang sopan tetapi pada masa yang sama ia membuatkan kita mengingati maklumat dengan lebih baik secara luar sedar.

Mendoodle tidak memerlukan pemiliknya berfikir, tapi ia membantu tuan punya otak berfikir dan bekerja.  Ini menjadikan otak lebih segar dan tenteram terutama waktu mengalami stress.  

Sepanjang PKP Covid19 ,saya telah meluangkan masa untuk mendoodle, dan ia cukup berkesan.  Otak saya lebih terfokus dan ada kepuasan bila melihat hasil doodle saya.  Mungkin doodle saya berlainan daripada hasil kerja orang lain kerana saya lebih fokus kepada mendoodle pokok-pokok herba yang ada dalam taman mini koleksi saya.  Jadi saya rasa ia amat bermakna, dan otak saya teralih daripada memikirkan perkara-perkara yang boleh memberi tekanan semasa PKP.

Apa dia? Anda tak kreatif? tak pandai mendoodle?

Tak mengapa, semua orang boleh mendoodle, tak perlu jadi artis. Cuma perlu lakaran-lakaran yang anda rasa nak lukis dan susun aje atas kertas. Biar ia berlaku secara spontan dan natural.

Sebenarnya semua orang pernah mendoodle dalam hidup, Cuma kurang sedar ajer….cuba ingat balik ada tak anda menconteng2 kertas semasa guru mengajar atau mendengar ceramah? Hihi….itulah doodle tanpa sedar.

Jangan tiru doodle saya sebab doodle saya  lebih kepada kepuasan menghasilkan karya seni dan mementingkan kehalusan sesuai dengan jiwa saya dan kasih sayang saya terhadap alam sekitar.

 MANFAAT MENDOODLE

1.   Memperbaiki ingatan ( memori )

Berdasarkan kajian orang yang mendoodle lebih tajam ingatannya dan lebih banyak mengingati maklumat.

2.   Membantu otak berehat dan lebih focus.

3.    Melegakan tekanan ( stress )

Mengikut kajian, kerja seni boleh mengurangkan kortisol iaitu hormone yang menyebabkan stress. Walaupun doodle adalah lakaran bebas, namun ia tetap diiktiraf sebagai kerja seni yang bermanfaat.

JENIS-JENIS DOODLE

1. Doodle tidak terancang ( unplanned doodle )

Doodle yang dilakukan secara spontan tanpa menggunakan teknik sketch terlebih dahulu.  Terus je buat tanpa dirancang

2. Doodle separa terancang ( Semi Unplanned Doodle )

Doodle yang dilakukan dengan teknik sketch terlebih dahulu, tetapi ia cuma sketch ringkas sahaja untuk melakarkan idea.

3. Doodle Terancang ( Planned Doodle )

Doodle yang dirancang dengan teliti termasuklah sketch, konsep lakaran, tema, warna dan semuanya.

BAGAIMANA NAK MULA MENDOODLE?

Haa nak mendoodle tak susah, ada pensel dan kertas dah cukup.. ini sebagai asas sebelum anda mendoodle atas kanvas, bag, baju dan lain-lain media.

 Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1.   Pen

2.   Pensel ( guna pensel lembut supaya mudah dipadam )

3.   Set Pen dakwat ( untuk membuat garisan yang berbeza kehalusan dan kepekatannya ).

4.   Pensel Warna – ini terbaik jika hendak mewarnakan doodle.

5.   Pen Marker/magic color – boleh juga guna marker pen warna-warni jika tidak suka pensel warna.

6.   Kertas ( sketch book dll )

7.   Pemadam.

BENTUK ASAS DOODLE

Bila mula mendoodle anda boleh melukis huruf tampak ( visual alphabets) sebagai asas. Ini kerana semua orang tahu membuat lakaran kasar samada sengaja atau tidak, jadi jika ragu-ragu bagaimana nak mula anda boleh melakar garisan-garisan dan bentuk-bentuk asas  di atas kertas.

Ini adalah contoh huruf tampak ( Visual alphabets ) yang saya maksudkan.


Jom lukis banyak-banyak di atas kertas dan lihat hasilnya. Gunakan huruf tampak ini untuk melahirkan perasaan anda, lontarkan idea dalam bentuk asas doodle…

Pengalaman saya semasa berkursus Asas Reka Bentuk dengan MRM ( Majlis Reka Bentuk Malaysia ), menyaksikan doodle yang dibuat oleh budak berusia 5 tahun....ia sungguh hebat....seorang kanak-kanak boleh mendoodle pada sebuah dinding yang agak besar yang tidak sepadan usianya.

Atau lebih senang tulis je nama sendiri sebagai permulaan doodle anda...seperti di bawah:


Ooop terdoodle covid pulaks...anyway its not my name...kiki...

TEMA DOODLE

Orang mendoodle dengan bermacam-macam tema.  Doodle tidak terikat dengan tema khusus, apa-apa tema pun boleh. Antara contoh tema doodle adalah :

  • huruf
  • makanan 
  • haiwan
  • serangga
  • tumbuhan ( bunga, daun, pepohonan )
  • alam semulajadi ( matahari, bulan, awan dsb )
  • bentuk ( geometri dan organik )
  • wajah manusia
  • kartun
  • kenderaan
  • alatan sukan
  • corak
  • emoji
  • alat muzik  dan banyak lagi...apa sahaja yang datang dalam minda anda boleh di doodlekan..haha saya bercakap macam pendoodle profesional pulak....tapi sebenarnya tanpa disedari kita semua pernah mendoodle...saya juga rupanya telah mendoodle dari kecil lagi dengan menulis singkatan nama sendiri dan membuat garisan-garisan di dalamnya...
SELAMAT MENDOODLE AND HAVE A NEW FUN...

 


Ulasan

Catat Ulasan