DALAM KENANGAN TUAN GURU DATO" BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

PKP menyebabkan aku  punya banyak masa terluang, rumah sedang dibaiki, jadi tak banyak benda boleh dibuat, keadaan amat terbatas. Sementara otakku yang dah terbiasa aktif , tidak boleh berhenti berfikir, keaktifan otakku melebihi pergerakan  anggota fizikal. Jadi sesuatu mesti dilakukan supaya aku tidak kena tekanan darah tinggi, kemurungan, over thinking dan macam-macam penyakit lagi....dengan penyakit diabetes yang sedia ada, aku mesti kekal aktif.....

Maka , dalam kemelut politik Malaysia yang tidak ketentuan, kemelut tamak haloba merebut kuasa, harta dan darjat dunia aku tiba-tiba teringatkan  seorang insan, pejuang, guru kesayangan semua orang, dihormati musuh dan kawan.

Dia pejuang sejati yang berpegang teguh dengan prinsip dan dasar perjuangan yang jelas, tanpa hipokrit, yang benar itu benar dan yang salah itu salah. Dia berjuang atas landasan yang jelas hingga akhir hayatnya. Moga Allah merahmati beliau yang kita kasihi, mellindunginya di bawah lembaran payungNya. Dia adalah insan yang akan aku kenang selama-lamanya....Dia pejuang sejati.....

Di sini aku abadikan gambar yang aku rasa menarik perhatianku daripada beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu keping gambarnya yang dikongsikan  di media sosial. Aku bingkaikannya dengan sedikit suntingan agar ia menjadi koleksi abadiku. 

Aku menghormatinya bukan kerana dia sesiapa, bukan kerana dia pemimpin mana-mana parti, bukan kerana dia mantan Menteri Besar Kelantan, tapi sebagai seorang pejuang Islam yang utuh pendiriannya tidak kira apa yang mendatang.  Dia bukan berjuang kerana dia Melayu dan untuk bangsa Melayu, tapi dia berjuang untuk agama, keadilan dan  kemanusiaan sejagat. Dia menyampaikan pesanan dan rahmat Allah kepada semua.






































DIA INSAN TERISTIMEWA PERNAH LAHIR UNTUK MALAYSIA

SEKIAN PERSEMBAHAN DARI SAYA
HARAP BERMANFAAT KEPADA SEMUA









 


























































































































Ulasan