HERBA : BUNGA TELANG


BUNGA TELANG ( nama saintifik : Clitoria ternatea )


Bunga telang merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae. Bunganya digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,

Nama lain bagi kacang telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam).

Setakat ini terdapat dua jenis bunga telang iaitu bunga yang mempunyai 2 kelopak dan bunga yang mempunyai banyak kelopak.

Baru-baru ini saya ternampak ada bunga telang berwarna putih, namun masih belum berkesempatan untuk mengambil benihnya….

Pokok bunga telang ini senang tumbuh melalui kekacangnya yang telah tua dan kering.  Letak aje di mana-mana, ia boleh tumbuh dengan senang dengan penjagaan minima.

Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit tekak dan penyakit kulit.

Satu lagi keistimewaan bunga telang ini ialah bila dipetik bunganya, ia akan berbunga dengan lebih lebat, seolah-olah suka bunganya dipetik.

Bagi yang tinggal di apartment dan mempunyai ruang yang sempit, pokok ini boleh ditanam dalam pasu dan digantung. Ia boleh menjadi sumber bunga telang yang segar untuk kegunaan keluarga.

 

2 CARA MENYIMPAN BUNGA TELANG

Terdapat 2 cara menyimpan bunga telang supaya tahan lama iaitu dikeringkan atau dibekukan.

Jika bunga banyak ia boleh disimpan secara kering atau letak dalam bekas dan simpan di ruang beku dalam peti ais, bila nak digunakan, boleh ambil dan gunakan seperti yang kita suka. 

Dulu masa pokok bunga telang masih kecil dan sedikit bunganya sya akn kumpulkan di ruang dingin beku.

Sekarang saya keringkan bunga telang itu dan simpan dalam balang.  Kalau beli dikedai , harga bunga kering ini agak mahal juga.

CARA-CARA MENGERINGKAN BUNGA TELANG.

Biasanya kita memetik bunga segar diawal pagi semasa bunga telah berkembang.

1.    MENGERINGKANNYA DI BAWAH PANAS MATAHARI.

      Ada setengah orang menjemur terus di bawah cahaya matahari dan simpan bila kering.       Ada  juga yang menutup dengan kain atau tisu dapur sebelum menjemurnya di bawah     matahari untuk menjaga kualiti bunga itu.

 2.   MENGERINGKAN DI DALAM MESIN PENGERING

Sekarang ini ada mesin pengering yang dijual khas untuk mengeringkan bunga dan buah-buahan secara perlahan-lahan untuk menjaga kualitinya.

Jadi letakkan bunga di dalam pengering dalam keadaan berjarak supaya bunga terbentuk elok bila kering.  Biarkan selama beberapa jam sehingga kering.

Simpan dalam balang setelah kering.

 3.  MENGERINGKAN DI DALAM OVEN

Susun bunga di dalam loyang yang telah dilapik dengan tisu.

Laraskan 100 -130 darjah selama satu jam.  Jika belum kering tambah lagi masa, buat hingga kering.

Untuk mengelakkan pendedahan terus kepada kepanasan bolehlah ditutup dengan tisu dapur pada bahagian atas bunga sebelum di masukkan ke dalam oven.

Jangan guna haba yang terlalu panas kerana akan merosakkan khasiat bunga telang.

4.     MENGERINGKAN DI DALAM KERETA

Masukkan bunga telang segar ke dalam bekas yg dilapikkan dengan sehelai tisu dan letakkan di dalam kereta anda. Dalam masa sehari atau dua hari bunga telang elok kering dan boleh disimpan lama tanpa tumbuh kulapuk lagi

 

 KHASIAT/MANFAAT BUNGA TELANG

 1.    MENYUBURKAN RAMBUT
Kacang telang telah dipercayai amat berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit rambut.
 
Warna biru indigo pada bunga telang ini juga sebenarnya merupakan petanda bahawa tumbuhan ini mengandungi anthocyanin yang biasa dijumpai di tumbuh-tumbuhan berwarna berpigmen biru dan ungu.
 
Untuk rambut, anthocyanin mempunyai peranan penting dalam mempromosikan pertumbuhan rambut yang optimum. Kompaun ini juga dikatakan sangat berguna dalam memulihkan kolagen dalam kulit supaya ia sihat dan bersinar.
 
Caranya ialah dengan meramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.
 
2. MENGURANGKAN SAKIT KEPALA
Daun dan bunga kacang telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala.
Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut. Kemudian masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepala sewaktu tidur oleh pesakit.
 
3. MERAWAT ULSER MULUT
Dikatakan juga bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.
 
4. MERAWAT INSOMNIA
Air rendaman bunga ini juga dikatakan mampu merawat insomnia.
 
5.  MERAWAT BISUL/JERAWAT
Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit. Bersihkan.
 
6.  MELAWASKAN KENCING
Akar digunakan untuk melawaskan pembuangan air kecil dan dijadikan julap. Biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk digunakan sebagai julap.
 
7.  MEMBERSIHKAN MATA
Bunga dan daun kacang telang yang direndam di dalam air bersih, boleh digunakan untuk mecuci mata yang disebabkan oleh mata merah.
 
8.  MEMPERBAIKI KITARAN HAID
Bunga dan akarnya dicampur dalam air mendidih, kemudian direbus bersama sedikit gula dan diminum dipercayai dapat merangsang haid.
 
9.  MERANGSANG MEMORI DAN KEBIJAKSANAAN
Di India, kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan.
 
10. PEWARNA MAKANAN DAN FABRIK
 Selain digunakan sebagai pewarna makanan, bahan pewarna yang terhasil daripada rendaman   bunga kacang telang juga telah digunakan sebagai pewarna pakaian ataupun nila.
 
 Caranya adalah dengan menambahkan warna biru ini kepada air bilasan terakhir pakaian  terutamanya pakaian berwarna putih. Tujuannya adalah untuk mencerahkan fabrik tersebut (bertindak sebagai nila)
 
11. DETOKS
Amik 2-3 kuntum bunga rendam air panas dan minum, boleh letak madu atau tambah limau nipis  ( air biru bertukar menjadi ungu )
 
Minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.
 
12.  MERAWAT  BATUK
           Akar bunga telang dpt ubati batuk dan asma.
              Amalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik                   untuk   diamalkan untuk mencuci darah yang kotor.
 
13. MERAWAT BRONCHITIS
 
 Rebus 30-60gm Akar telang dengan 4gelas air sampai tinggal separuh. Minum             1gelas 2kali waktu pagi dan malam.
 
14. MENCUCI DARAH
Darah kotor penyebab jerawat dan bisul. Minum air rebusan Akar telang            dipercayai mampu     mencuci darah.
 
15.  MERAWAT SAKIT TELINGA
Ambil daun telang ramas dalam air campur garam sapu pada telinga yang sakit.
 
16.  MEREDAKAN STRES & KEBIMBANGAN
Kalau nak tahu, ada sebuah kajian mendapati bunga telang memiliki kesan positif terhadap sistem saraf tunjang dalam melawan stres, depresi, kebimbangan di samping membantu menambah baik tingkah laku kognitif (psikoterapi).
 
Kajian yang diterbitkan oleh Journal Pharmacology, Biochemistry and Behavior pada tahun 2003 tersebut menyatakan bahawa penggunaan bunga telang ini menunjukkan kecenderungan untuk mengurangkan intensiti tingkah laku yang dihantarkan melalui serotonin dan asetilkolin.
 
17.  MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG
Dalam satu lagi penemuan kajian tahun 2010, biji bunga telang serta akarnya yang dikombinasikan dengan herba Vigna mungo menunjukkan penurunan kolesterol, trigliserida serta lipoprotein.
Kombinasi ini membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam diet dan secara tidak langsung mencegah hiperlipidemia, iaitu salah satu faktor risiko terhadap penyakit jantung.
 
18.   MEMBANTU MENURUNKAN DEMAM
 Percaya atau tidak, sebuah kajian mendapati ekstrak bunga telang ini mempunyai efek  menurunkan demam (antipyretic) yang setanding dengan paracetamol.
 
 Menurut sebuah artikel tahun 2004 yang diterbitkan melalui jurnal Phytomedicine, pengambilan   dos 200, 300 dan 400mg per kilogram telah memberi kesan positif dalam menurunkan suhu   badan, di mana ia boleh bertahan selama 5 jam selepas diambil.
 
19. BERSIFAT ANTI-DIABETIK
Dalam sebuah kajian tahun 2015 yang diterbitkan menerusi Journal of Applied Pharmaceutical Science, ekstrak bunga telang didapati merendahkan tahap glukos serum pada tikus ujikaji yang berpenyakit diabetes.
 
Kesan anti-diabetik yang didapati dikatakan setanding dengan ubat glibenclamide yang digunakan untuk mengawal penyakit diabetes atau kencing manis. ( namun memerlukan dos yang sesuai )
 
20.MERAWAT CIRIT-BIRIT
 
 Air rebusan bunga telang juga mampu boleh merawat cirit-birit. Amalkan minum air rebusan   setiap hari selama seminggu.
 
21.  MERAWAT MASALAH SEMBELIT
Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum.
 
          PELBAGAI KEGUNAAN POKOK BUNGA TELANG
Bukan saja di Malaysia dan negara Asia Tenggara, tetapi di luar negara termasuklah negara Eropah, bunga telang turut digunakan dalam salad, aiskrim, sup dan dikeringkan untuk membuat teh.

Boleh juga dimakan bunga telang. Campur kan dalam telur dan masak seperti telur dadar atau celup tepung pun sedap..


RESEPI AIR BUNGA TELANG YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN

10 kuntum air bunga telang ( klu x cukup pun tak apa )

Sebiji lemon ( separuh pun boleh, ikut rasa masing-masing ) 

jk x ada lemon boleh guna limau kasturi atau limau nipis 

1 liter air masak/tapis

200 ml air panas

CARA-CARA

Rendam bunga telang dalam air panas secukupnya

Perah lemon ke dalam air ( elok juga jika letakkan sekali kulit lemon ke dalam air panas itu )

Masukkan 1 liter air dan boleh diminum ( jika suka boleh letakkan madu atau stevia)

# sya tak guna gula biasa sb nk jaga kandungan gula dalam badan.

( sya selalu sejukkan dahulu, lebih menyegarkan )

# lain kali saya akan share resepi masakan bunga telang ...selamat mencuba...


Ulasan

  1. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!.
    Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubat tetapi gula tetap tinggi
    ▪Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
    ▪Ini 1 penemuan herba utk menurunkan kencing manis yang bacaan gula sangat tinggi.
    ▪Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula dengan cepat dan berkesan
    ▪-Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
    ▪Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit
    ▪Stabil kan gula kembali
    ▪Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
    ▪Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻
    Rasa yang tawar dan tidak pahit
    Call & whats app sekarang! Nak tanya je dlu blh jangan malu.

    En mohd zuhairi 017 468 7570

    BalasPadam

Catat Ulasan