HERBA : POKOK KARI

Pokok Kari ( nama saintifik: Murraya Koenigii )


 

Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae.

Pokok Kari ialah sejenis pokok renek dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.

Selamal ini sya ingat daun kari hanya digunakan untuk masak kari sahaja, tetapi sebenarnya ia juga boleh dibuat ulam dan mempunyai  nilai perubatan yang tinggi.

Daun kari yang memiliki aroma tersendiri dijadikan bahan masakan khususnya untuk hidangan ala India seperti kari.

Selain itu, ia turut dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan terutama bagi pengamal Ayurveda kerana dipercayai mempunyai kelebihan seperti anti diabetes dan anti oksida selain berupaya melindungi hati daripada kerosakan.

Antara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E.

Selain dijadikan bahan masakan dan perubatan, ciri daun yang tinggi aroma itu menciptakan pelbagai produk lain seperti sabun, losyen, pewangi rumah, minyak wangi dan produk penjagaan rambut.

Di samping itu, akar pokok kari turut digunakan untuk merawat sakit badan manakala kulit kayu digunakan untuk menyembuh kesan gigitan ular.

Bahagian kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Di samping itu, daunnya juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan ‘morning sickness’ bagi wanita mengandung.

Daun kari dan akarnya juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif. Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan kaum India.

Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Air rebusan kulit pokok kari yang kering boleh merawat diabetes. Amalan memakan daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis dan obesiti yang disebabkan oleh faktor genetik.

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman, kemudian dihancurkan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.

 

Daun pokok kari yang dilumatkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak.

Bagaimana untuk mengunakan daun kari untuk mendapatkan khasiatnya secara maksima????

 

Satu cara yang paling mudah untuk merawat keguguran rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut dengan memasukkan daun kari di dalam diet harian.Sebagai contoh kita boleh mulakan makan daun kari sebagai ulam bersama nasi.

 Penjagaan rambut bermula dengan apa yang kita makan. Jika makan makanan yang sihat maka sihatlah jadinya rambut anda.

 Jadikan sebagai tonik rambut.

Daun kari boleh diinfusekan untuk tindakan perawatan yang berkesan pada rambut. Di sini,  pemilihan minyak asas yang terbaik adalah penting. Minyak kelapa dara contohnya merupakan minyak yang paling sempurna untuk orang Asia.

Bagaimana gabungan minyak kelapa dan daun kari boleh menghalang keguguran rambut??

Minyak kelapa boleh menyuburkan setiap helai rambut dengan menembusi jauh ke dalam batang rambut. Ia menambahkan sinar dan kelembutan kepada folikel rambut dan mencegah ia dari rosak dan kekeringan.

Minyak kelapa menembusi jauh ke dalam struktur rambut anda dan akan mengelakkan kehilangan protein pada rambut. Apabila kehilangan protein dapat dikurangkan maka keguguran rambut dapat dikurangkan.

Selain itu, minyak kelapa juga boleh menambahkan kekuatan rambut dan juga diketahui mempunyai sifat anti kulat dan anti bakteria. Kandungan asid lauric yang tinggi pada minyak kelapa ini yang memberikan sifat tersebut. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk masalah kulit kepala yang biasa, menghilangkan jerawat pada kulit kepala dan juga boleh menghilangkan kelemumur di kepala.

Apabila jumlah rambut yang gugur lebih tinggi daripada keguguran rambut yang normal, ia dirujuk sebagai masalah kehilangan rambut yang memerlukan penjagaan khas.

Diet yang tidak betul atau tidak seimbang, pendedahan kepada banyak bahan kimia atau kosmetik,  hormon tidak seimbang, tekanan, kebimbangan, dan tekanan mental adalah beberapa penyebab keguguran rambut.

Minyak Kelapa adalah salah satu daripada beberapa minyak yang sebenarnya boleh menembusi rambut dan bertindak sebagai great conditioner. Atas sebab itu ia lebih baik daripada minyak-minyak lain (samada sintetik atau semulajadi). Jadi ia boleh membantu menjaga rambut anda dari rosak seterusnya membolehkan anda menyimpan rambut panjang.

Minyak kelapa juga akan secara automatik tersimpan/terkumpul  ke bahagian rambut yang lemah lalu menguatkannya seterusnya menghalang rambut dari rosak. Kerosakan rambut  boleh menghalang proses pertumbuhan rambut.

 

Daun kari pula mengandungi gabungan nutrient penting yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang mampu mengurangkan keguguran rambut dan meransang pertumbuhan rambut. Ia sangat membantu menguatkan folikel rambut (dengan cara mengelakkan folikel rambut dari menipis). Daun kari juga kaya dengan sumber beta-karotin dan protein. Beta-carotene berfungsi menghadkankan keguguran rambut manakala protein berfungsi mengelakkan rambut dari menipis lalu gugur

1. Mencegah Uban Pramatang
Daun kari atau daun salam koja merupakan salah satu bahan terbaik yang boleh membantu mencegah rambut anda beruban lebih cepat dari yang seharusnya. Rambut yang beruban prematur umumnya disebabkan oleh ketidakseimbangan diet, pengambilan alkohol atau masalah genetik. Kerana kandungan vitamin B di dalamnya, daun kari boleh membantu untuk mengembalikan nutrisi dan warna di rambut anda serta menguatkan akar dan membuat rambut kelihatan bersinar.

2. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Dengan menggunakan daun kari secara teratur pada rambut, terbukti dapat membantu untuk meningkatkan pertumbuhan dan juga menguatkan akar rambut.

Yang perlu dilakukan adalah mengambil beberapa daun kari dan mengeringkannya di bawah sinar matahari. Setelah itu, tumbuk daun kari sehingga menjadi serbuk dan campurkan dengan satu sudu makan yogurt, kemudian oleskan pada akar rambut dan hujung-hujung rambut.

Cara kedua ialah dengan mengambil sedikit daun inai,daun kari,10 ml minyak kelapa, hancurkan, campur dengan 1 sudu makan yogurt, simpan dalam peti ais sebentar, urut kepala dengan pes tersebut, biarkan 30 minit – 1 jam. Cuci rambut hingga bersih.  Ada juga petua supaya menggosok kepala dengan kepingan lemon terlebih dahulu sebelum dilumur dengan pes daun kari ini.

Cara ketiga ialah dengan menghancurkan beberapa helai daun kari dan campurkan dengan minyak zaitun dan sapukan pada rambut secara menyeluruh. 

3. Membantu Untuk Mengurangkan Kerontokan
Rambut gugur adalah masalah bagi banyak orang dan oleh kerana itu ambil cara tepat untuk mengatasi masalah ini. Campur 2-3 helai daun kari dan tambah beberapa titis susu. Buatlah seperti topeng yang kental kemudian aplikasikan pada akar rambut. Diamkan selama beberapa waktu, kemudian bilas.

4. Mencegah Rambut Menipis
Kira-kira 70 peratus wanita kerap mengalami masalah rambut yang mulai menipis kerana ada beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan rambut. Mempunyai antioksidan yang kaya, daun kari boleh membantu untuk mengukuhkan folikel rambut dan meningkatkan pertumbuhan rambut. Tumbuk beberapa daun kari kemudian campurkan dengan serbuk cendana kemudian aplikasikan pada kulit kepala.

5. Mencegah Kelemumur
kerana mengandungi banyak antioksidan, daun kari boleh membantu untuk membasmi kulit kepala mati dan penumpukan folikel yang merupakan penyebab utama untuk kelemumur. Daun kari juga kaya akan asam amino yang membantu untuk mengunci kadar air pada kulit kepala.

6. Dapat Menjadi Tonik Rambut yang Baik
Daun kari juga berfungsi sebagai tonik rambut yang bagus kerana mereka membantu untuk menjaga kulit kepala lembap dan bernutrisi. Ambil segenggam daun kari dan didihkan bersama dengan 2-3 sudu makan minyak kelapa kemudian aplikasikan ke rambut ketika sudah sejuk. Kandungan vitamin B6 pada daun kari dapat membantu menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur.

7. Memperbaiki Akar Rosak
Kerana pencemaran dan pelbagai rawatan kimia yang dilakukan pada rambut, akar rambut tentu akan menjadi rosak dan kering. Namun, kerana nutrisi penting yang dijumpai dalam daun kari, ini boleh membantu untuk memperbaiki akar yang rosak. Hancurkan beberapa daun kari dan campurkan dengan minyak kegemaran dan urut pada rambut secara menyeluruh.

Tak perlu bersusah menghabiskan duit untuk membeli produk penjagaan rambut yang mahal-mahal. Dengan menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati, anda juga mampu mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan kuat.  

Selamat mencuba...

 


Ulasan