Ikan bakar Garam Ala Thai ( Miang Pla Pao )

                         IKAN BAKAR GARAM ALA THAI 

            ( miang pla poa )


Suh hun dan salad
SOS ? hihi sori terlupa amik gambar sos sb tak sabar nak makan...

Hari semasa adik bongsu bertandan ke rumah dia buka cerita pasal makanan, macam-macam makanan yang sedap dan ringkas rupanya ada kt Malaysia ( walaupun ini resepi import daripada Thailand namun makanan Thai menjadi kegemaran rakyat Malaysia... )
walaupun ia ringkas tapi sya sendiri tak pernah merasanya kerana saya dan suami bukan jenis pengejar makanan, kami lebih selesa makan makanan sihat di rumah kerana suami saya jenis kat berpantang orangnya.....so terpaksa ikut rentak dia.


BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan (siakap/talapia/haruan/keli/merah/jenahak/bawal atau apa – apa ikan yang sesuai, daging bakar pun boleh)
  • # jangan buang sisik ikan
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • ½ cawan garam  
  • boleh letak sedikit air untuk melumur ( tp saya tak letak pun )
  • 2 batang serai dititik
  • 4-5 helai daun limau purut dicarik – carik
  • 1 helai daun pandan dicarik – carik ( jika suka )

  • Bahan – bahan untuk sos:

    • 7 biji cili hijau ( jika suka pedas boleh letak segenggam )
    • 7 biji cili padi (optional)
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 biji limau nipis/lemon (ambil jusnya sahaja, kalau suka masam boleh tambah lagi)
    • 1 Batang daun ketumbar (ikut kuat bau dan rasa yang kita nak, ada org tak suka boleh kurangkan)
    • 3 sudu sos ikan (atau ikut sesuai rasa masin masing – masing)
    • 3-4 sudu gula melaka atau nnise (ikut sesuai rasa manis masing – masing- saya letak sekeping nise )
    • Air sedikit utk dikisar halus

    • Bahan – bahan Salad:

      • Sepaket suhun  dicelur
      • Salad
      • Timun
      • Daun selasih (jika ada)
      • Daun ketumbar dan lain2 sayur kegemaran

      Cara – cara memasak ikan bakar:

      1. Bersihkan ikan, sumbat semua bahan rampai ( serai, daun limau purut dan daun pandan ) ke dalam perut ikan dan mampatkan.
      2. Kemudian satukan garam dan tepung 
      3. Lumur badan ikan dengan adunan garam depan dan belakang. 
      4. Jangan risau pasal ikan tu masin , memang tak masin pun isi ikan tu, sebab garam akan terkopek bersama tepung bila kita mengopek kulit ikan itu. 
      5. Saya gunakan kuali leper sahaja, jadi panaskan dahulu kuali leper anda.
      6.  Jika guna  oven pre heat dulu ketuhar dalam 5 minit pada suhu 200° C.( boleh juga guna air fryer )
      7. Apabila sudah panas, boleh masukkan ikan dan bakar dalam masa 15-20 minit atau sampai bahan lumur ikan tu perang.
      8. Kemudian, boleh keluarkan dan ketepikan dulu.

      Cara – cara memasak sos:

      1. Campurkan semua bahan – bahan itu dan kisar sampai halus dan sebati, rasa sos tu nanti akan kuat rasa bawang putih, ketumbar, limau nipis, masin dan manis.
      Suhun bolehlah dihias bersama sayur-sayuran ikut kreativiti sendiri.

 

Ulasan