IKAN SALMON MASAK LEMON

 

KEBAIKAN IKAN SALMON

Ikan salmon merupakan spesies yang banyak di Lautan Pasifik dan Atlantik ini kaya dengan asid lemak Omega 3, iaitu eikosapentatonik asid (EPA) dan asid dokosaheksanoik (DHA).

Spesies daripada keluarga Salmonidae tersenarai antara lima ikan terbaik untuk diet harian selain sardin, rainbow trout, tuna dan tilapia. 

Salmon memilih untuk tinggal di tasik besar ini, menjadikan habitat air tawar sebagai tempat menetas sebelum berpindah ke laut, sebelum kembali semula ke air tawar untuk membiak, selain hanya mampu hidup dalam air tawar.

Bagi penggemar sajian berasaskan ikan, pemilihan ikan isi merah digalakkan bagi mendapatkan diet seimbang. Pelbagai manfaat selain menurunkan trigliserida, tekanan darah, keradangan, degenerasi makula, kurang risiko jantung dan strok.

Selain kebaikan Omega 3, salmon antara ikan yang mempunyai nutrisi tinggi, iaitu Vitamin B2 (riboflavin) dan B12, Vitamin D, kalsium, fosfor, dan mineral seperti zat besi, seng, yodium, magnesium, kalium dan selenium.

Faktor geografi dengan kawasan perairan Norway yang sejuk dan bersih menghasilkan salmon dan trout fjord berkualiti. 

BERIKUT ADALAH KEBAIKAN OMEGA 3 YANG TERDAPAT DALAM IKAN SALMON

1. Baik untuk ibu mengandung & bayi dalam kandungan
2. Mencegah kemurungan dan menjadikan anda lebih bahagia
3. Menyokong perkembangan otak
4. Mencegah penyakit jantung dan strok
5. Membantu proses pertumbuhan dan pembesaran
6. Mencegah penyakit Auto-Imun, termasuk diabetes Tahap 1
7. Menjaga kesihatan kulit
Melalui Omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon ni, boleh melindungi sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi untuk membantu kulit lebih sihat.
10. Menjaga kesihatan mata
Omega-3 dan DHA yang banyak terdapat dalam ikan salmon boleh membantu mengelakkan masalah mata kering yang teruk. Omega-3 ini juga membantu mengurangkan keradangan mata.
 
FUNGSI VITAMIN D DALAM IKAN SALMON
1.Membantu penghasilan hormon & menstabilkannya
lindungi mata pada usia tuantu penghasilan hormon & menstabilkannya

Salah satu fungsi utama vitamin D adalah penghasilan hormon. Ikan salmon adalah salah satu sumber vitamin D. Sekiranya anda jarang mendapat cahaya matahari, maka kerapkan makan ikan salmon.
 
2. Meningkatkan kualiti tidur

Meningkatkan grey matter di dalam otak dan melindunginya daripada nyanyuk atau alzheimer
Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan ikan salmon setiap minggu mempunyai grey matter lebih banyak.

Ikan Salmon adalah makanan kegemaran anak-anak saya..inilah dia resepi kegemaran keluarga kami.. 


 
IKAN SALMON MASAK LEMON
 
BAHAN-BAHAN
2 Keping ikan salmon
1 biji lemon diperah dan ambil airnya 
garam 
lada hitam/putih
1 st tepung jagung dicampur dengan segelas air
sos plum ( jika suka..kalau tak ada pn x pe )
2 ulas bawang putih
1 bawang besar
1/2 inci halia
garam dan gula 

 
CARA-CARA
1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan lada hitam dan garam
2. Bakar ikan itu di atas kuali non stick atau apa-apa cara sahaja..

 
 
#jika bakar atas kuali biasa hendaklah di letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat. 

# minyak yang keluar daripada ikan salmon jangan dibuang kerana ia kaya dengan omega3

3.  Sementara ikan itu masak, hiris bawang putih, bawang besar dan halia.
4.  Tumis bahan yang dihiris,
5.  Masukkan perahan lemon, sos plum ( jika suka )
6.  Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air ( boleh tambah air jika suka kuah banyak )
#untuk kuah yang pekat boleh tambah lagi tepung jagung, jangan lupa bancuh dengan air dahulu.
7.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8.  Letakkan ikan yang telah masak dalam bekas hidangan
9.  Siramkan sos/kuah yang telah siap tadi ke atas ikan...

 
SELAMAT MENCUBA.

Ulasan

Catat Ulasan