CEKODOK PISANG LEMBUT GILER
TANPA TELUR TANPA SODA
Inilah cekodok kembung saya
Lihat...ia berongga dan lembut macam bubuh yis....inilah keistimewaan water roux
Bila membuat cekodok biasanya saya akan memasukkan telur dan serbuk penaik atau pun soda bikarbonat. Ini memang tak boleh lari, dari dahulu lagi resepi keluarga buat macam tu. Tapi kegilaan saya dalam mencari resepi roti lembut tanpa bahan penaik membuatkan saya terpanggil untuk buat cekodok pisang dengan cara yang hampir sama dengan buat roti tanpa bahan pelembut roti.
Pernah tak dengan mengenai WATER ROUX? Water roux adalah cara tradisional Cina membuat roti yang lembut. Jadi kebetulan saya ada lebihan water roux yang saya gunakan untuk buat donut tempohari jadi saya pun cuba ( trial n error kata mat salleh )...dan keputusannya adalah cekodok yang amat lembut sekali, garing di luar dan lembut berongga di dalam. Bahan yang saya gunakan adalah YUDANE water roux. Pernah dengan tak yudane water roux? Biasanya kita dengar tang zong water roux...haaa..kali ini saya kongsikan yudane water roux pula.
BAHAN-BAHAN
6 biji pisang ( apa-apa jenis pisang sahaja spt berangan, pisang mas atau apa-apa aje yang ada )
gula secukup rasa
tepung gandum secukupnya
2 cawan water roux
secubit garam
BAHAN UNTUK WATER ROUX
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas mendidih
cara buat water roux
Campurkan tepung gandum dan air panas hingga sebati biarkan sejuk dahulu baru di campur dengan adunan pisang.
** sebenarnya jika hendak kesan berongga, water roux hendaklah disimpan dalam peti ais setelah sejuk semalaman atau digunakan 4 jam selepas ia disejukkan dengan suhu bilik. Water roux ini boleh disimpan 3 hingga 4 hari tanpa rosak.
Water roux yang saya gunakan itu telah 5 hari tersimpan dalam peti ais dan ia masih elok, tidak masam.
CARA-CARA BUAT CEKODOK WATER ROUX
1. Lenyek pisang hingga hancur
2. Masukkan gula dan garam, gaul sebati
3. Masukkan water roux, gaul sebati
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ikut citarasa atau hingga agak kental ( saya buat adunan lembik aje sebab saya tak suka cekodok yang banyak tepung ).
5. Goreng dalam minyak dalam ( deep fry ) hingga kekuningan atau ikut cita rasa , jangan sampai hangus ye...
ada orang yang suka warna yang lebih gelap.... tapi saya tak boleh buat gelap nanti mak mertua saya tegur ( hihi ).....
Sedap dimakan panas-panas dengan teh O....untuk minum petang..
SELAMAT MENCUBA.
Ulasan
Catat Ulasan