ASSALAMUALAIKUM..
Kali ini saya nk kongsi doodle art herba sya yang ketiga dan keempat. Ia adalah ilustrasi saya mengenai sejenis pokok herba yang diberi nama senduduk putih dan satu lagi herba iaitu cekur hitam. Saya telah kongsi sebelum ini mengenai khasiat dan kegunaan dalam blog yang sama.
Sebelum ini saya ada kongsi mengenai apakah itu Doodle Art? saya juga berkongsi mengeni kelebihan membuat doodle art. Ya... tepat sekali, doodle art dapat menghilangkan stress dan meningkatkan daya tumpuan ( fokus ) kita. Ini telah saya buktikan pada diri saya sendiri. Sepanjang PKP saya saya merasa tidak tenteram, stress, otak saya berfikir lebih laju daripada pergerakan anggota yang terbatas. Jadi dengan mencuba membuat doodle art, saya dapat mengosongkan fikiran saya dan tumpu atau fokuskan kepada apa yang sedang dilakukan oleh jari jemari kita. Alhamdulillah, saya dapat melegakan sedikit tekanan pemikiran saya.
Selepas PKP pun saya masih mendoodle untuk mengurangkan keaktifan otak saya yang masih lagi berfikir macam-macam. Haha, sebenarnya otak saya asyik berfikir untuk buat macam-macam perkara, bila dah balik kerja semula, kita disibukkan dengan kerja-kerja rutin, tapi otak masih berfikir untuk membuat perkara lain diluar kerja rutin, seperti semua orang rasai, kerja rutin adalah perkara wajib yang agak membosankan. Kita selalu tidak dapat buat apa yang kita suka kerana mementingkan kerja hakiki kita sebagai seorang pekerja yang berintergriti. Haa, di sini timbul pula stress baru. Bila balik rumah badan dah penat dan semestinya tidak dapat buat apa yang otak kita rasa nak buat. badan dah penat dan masa pun tak cukup. Jadi mendoodle adalah penawatnya.
Ada kawan tanya kenapa saya lukis doodle herba, kenapa tak lukis benda lain? Sebenarnya saya ada lukis benda lain juga tpi saya lebih tumpukan kepada herba kerana saya adalah peminat herba dan menanam banyak pokok herba dalam taman mini sekangkang kera di hadapan rumah saya. Dan paling sedih, pokok senduduk putih saya baru sahaja mati , mungkin kekurangan nutrien kerana semasa membaik pulih bahagian hadapan rumah saya tempohari, keadaan agak semak dan saya tak sempat nk jaga pokok pokok keleksi saya. Lebih kecewa lagi bila balik kampung, saya pergi jenguk rumah nenek yang berikan ank pokok itu dahulu, hmm...kat situ pun dah tiada pokok senduduk putih, saya tak tau kat mana lagi nak dapatkan pokok senduduk putih sebagai ganti pokok yang telah mati itu.
Sekarang saya nak tunjukkan doodle saya...
1. Senduduk putih
2. Cekur Hitam
Kedua-dua doodle ini saya menggunakan pen marker hitam dengan 2 saiz iaitu saiz halus dan saiz tebal. Saya juga cuba melibatkan unsur warna dengan menggunakan pensil warna. Ye betul, pensil warna merupakan alat yang cukup berkesan untuk menambah seri kepada doodle art. Pen marker sesuai digunakan untuk menimbulkan penegasan kepada hasil seni doodle anda. Cubalah mendoodle, ia akan menimbulkan keasyikan dan ketenangan....
Haha ada yang cakap berzikir lebih baik....Ya , tidak dinafikan zikir adalah cara terbaik, tapi adakalanya kita perlukan sesuatu yang lain untuk membantu kita mencari ketenangan. Tapi bagi saya alangkah baiknya jika sambil mendoodle hati dan lidah kita berzikit sementara otak dan jari sibuk mendoodle...ini khusus untuk manusia yang memang dilahirkan tidak boleh duduk diam. Segala indera pada dirinya sentiasa ingin aktif.....Cuba nilai diri anda di mana...golongan over aktif, aktif, sederhana aktif atau tidak aktif ( alias lembab...hihi gurau je...) semua orang ada tempat dan tugasan mereka dalam kategori kejadian mereka sebagai makhluk Allah. Bersyukur dan berbanggalah menjadi insan yang dilahirkan aktif kerana banyak benda yang boleh disumbangkan kepada dunia. Dunia perlu dibangunkan oleh insan-insan terbaik dalam kalangan manusia. Manusia yang terbaik adalah manusia yang sentiasa patuh dengan ketentuan Ilahi....follow the path of Allah, He is our creator.
Jadilah manusia terbaik sepanjang hidup kita supaya kita tidak menyesal hidup di dunia dan kembali kepadaNya dengan jiwa yang tenang. Jiwa akan tenang bila kita berikan semuanya.semua yang kita mampu sumbangkan kepada dunia. Apa yang kita berikan adalah apa yang akan kita kutip di akhirat nanti, bukan apa yang kita simpan dalam bank, simpan dalam rumah, dalam kocek dan sebagainya. Fikir-fikirkan......Sekian untuk kali ini bebelan saya....
Ulasan
Catat Ulasan