MI UDON DENGAN SUP MUDAH DAN RINGKAS

MI UDON    

             MI UDON


Hari ini saya nak memperkenalkan mi udon, seperti gambar di atas.  Sebenarnya banyak jenis mi udon di negara kita, saya tak kesah cap apa tapi ada tanda halal maka saya beli. Saja untuk ubah cita rasa, selain daripada makan mi biasa, bihun dan laksa yang sememangnya kebiasaan dalam budaya makanan masyarakat Melayu.  Orang Melayu Malaysia jarang makan makanan masyarakat lain kerana bimbang akan status halal makanan tersebut. Tapi tekak saya ini tekak antarabangsa, semua benda saya nak rasa, janji halal. 

Perkataan mi udon ini terlekat dalam kepala saya sejak kecil lagi.  Saya memang suka belek majalah yang dibeli mak saya ( Mi ), masa dulu majalah terkenal adalah majalah Wanita…..jadi apa yang ada di rumah itu yang saya baca. Belek punye belek ada satu resepi bernama mi udon terasek tujuh, hasil masakan seorang selebriti  TV3 yang terkenal pada masa itu, lupa dah siapa.  ( masa tu pengacara yang terkenal kalau tak silap saya Ras Adiba, Wan Zaleha dan sorang lagi…lupa ).

Tapi masa tu mana nak cari mi udon di Kelate?...Hihi, dah lama duduk KL pun  beberapa tahun belakangan ini baru saya jumpa mi udon….

Udon adalah sejenis mi yang sudah dikenal di Jepun sejak dahulu, dibuat daripada tepung gandum dan berbentuk tebal serta agak lebar seperti laksa beras tapi  lebih lebar dan kenyal rasanya.

Di Jepun, udon merupakan makanan rakyat, ia murah dan dimakan sebagai pengganti nasi. Orang Jepun sejak dahulu sudah sinonim dengan udon dan sering dimakan beramai-ramai sewaktu keramaian atau perayaan. Kepelbagaian cara memasak dan jenis lauk yang digunakan berbeza-beza bergantung pada daerah di Jepun.

Tak kiralah bagaimana resepi yang mereka buat tapi saya nak kongsi resepi saya sendiri yang saya buat untuk keluarga saya.  Harga mi udon ni tidaklah mahal, dalam RM 1.40 sepaket. Jadi untuk ahli keluarga yang ramai tapi tidak makan banyak macam keluarga saya ( perasan tak makan banyak ), 4 paket sudah cukup. Tapi jika rasa nak makan banyak maka belilah banyak.

SUP

Sengaja masak sup dalam periuk tanah , nak amik feel makan dalam claypot...

 

                                                         MI UDON 

                              Ini dia rupa mi udon yang telah dicelur.

 

RESEPI MI UDON DENGAN SUP

Bahan-bahan

Mi udon ( saya buat 4 paket ) di celur hingga terasa agak lembut dan ditoskan.

Bahan Sup

400g ayam dipotong kecil

1 paket bebola ikan sayuran

1 paket bebola ikan goreng ( sebenarnya boleh masukkan apa sahaja yang disukai seperti fish cake dsb )

4 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

Satu inci halia

½ batang lobak merah dipotong panjang

3 batang sawi atau kailan ( ikut selera )

5 cendawan butang segar ( boleh guna apa-apa cendawan yang disukai )

Stok ayam ( jika suka )

Serbuk lada hitam atau lada sulah

Garam secukup rasa

Setangkai atau 2 tangkai daun sup ( ikut suka )

Bawang goreng untuk tabur

 

Cara-cara

1.    Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di kisar, ( kalau nk hiris pun boleh )

2.    Masukkan1 1/ 2 liter air ( atau secukupnya ikut bilangan orang yang nak makan)

3.    Bila air mendidih masukkan ayam

4.    Masukkan serbuk lada hitam atau lada sulah dan stok ayam

5.    Biarkan mendidih sebentar supaya ayam itu masak

6.    Masukkan apa-apa bebola yang disukai ( boleh potong bebola itu ikut cita rasa)

7.    Bila mendidih masukkan batang sawi atau kailan

8.    Masukkan lobak merah

9.    Masukkan cendawan

10. Biarkan mendidih

11. Masukkan garam secukup rasa.

12. Boleh dihidangkan

13. Jangan lupa tabur bawang goreng dan daun sup yang telah di potong kecil-kecil.

# petua untuk anak-anak yang baru belajar memasak, bila masak sayur, masukkan bahagian sayur yang keras terlebih dahulu seperti batang sawi, carrot dan bunga kubis. Selepas itu barulah dimasukkan bahagian sayur yang lembut spt daun sawi.

#Jangan masak sayur terlalu lama kerana ia akan menghilangkan zat sayuran itu.  Cukup sekali mendidih aje..matikan api dan angkat dari dapur terus hidang.

#Jangan biar sayur berada atas dapur agak lama, maksudnya bila dah masak, terus hidang dan makan masa ia masih segar. Sebab sayur akan layu bila lama di atas dapur. Kepanasan dapur akan merosakkan sayur itu.

Oh ya, sup mi udon sedap dimakan dengan sambal kicap.


Ini resepi sambal kicap paling ringkas dan malas.

Bahan-bahan

3 biji cili dipotong kecil ( kalau nak pedas , tambah lagi.. )

2 hiris lemon atau limau nipis atau limau kasturi

6 sudu besar kicap manis atau kicap lemak masin ( terpulang citarasa )

Campurkan semua bahan dan masukkan ke dalam sup semasa hendak makan mi udon sup.

 

** dalam gambar di atas ada yang tanya nampak macam sohun, itu sebenarnya konyyaku noodle...itu tambahan sahaja. Lain kali saya ceritakan mengenai mi konyyaku ataupun shirataki noodle ini. Ia amat baik utuk kesihatan.

 

Okay....Selamat mencuba...

 

 

 

 


Ulasan