TAUHU BEGEDIL UBI KELEDEK KAYA SERAT DAN RASA

                                          TAUHU BEGEDIL UBI KELEDEK

BEGEDIL

Assalamualaikum semua,tauhu begedil memang menjadi kegilaan masa kini, ini termasuklah anak-anak saya.  Sebenarnya tak berniat pun nak buat begedil tapi sebab diet punya pasal saya terbuka hati nak beli keledek  di pasaraya.  Kononnya keledek ni mempunyak serat yang tinggi dan sesuai untuk orang yang diet.  Jadi saya ambillah 5 ketul,  rebus untuk breakfast, balik kerja hanya luak 2 ketul aje..3 ketul masih lagi berada bawah saji.  Anak-anak zaman sekarang rupanya tak suka makan keledek, nasib baik kenal keledek sebab kita beli dengan niat nak bagi mereka makan makanan yang tinggi serat.

Jadi saya pun fikir daripada membazir baik saya buat sesuatu dengan keledek itu. So saya lenyek keledek dan jadikan ia tauhu begedil..( @pergedil @ bergedil ).....SEDAAAAPPP..

BAHAN TAUHU BERGEDIL

  • 2 bungkus besar tauhu kering ( 8 biji )
  • 3 biji keledek atau kentang (rebus & lenyek)
  • 1 cawan isi ayam kisar
  • 1/2 ulas bawang holland dicincang 
  • 1 biji cili merah besar dicincang
  • daun bawang & daun sup dihiris halus
  • 1 camt ( sudu teh stok ayam )
  • serbuk lada putih & hitam secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 3 biji telur ( untuk celup tauhu )


CARA BUAT INTI BEGEDIL
  1. Tumis bawang cincang 
  2. Masukkan ayam sebentar hingga airnya kering. Matikan api.
  3. Kemudian campurkan dengan semua bahan di atas dan gaulkan bersama keledek yang dah dilenyek tadi. 
  4. Masukkan garam ikut cita rasa.
            ISI AYAM YANG TELAH DICAMPUR KELEDEK 
              
 
Ambil tauhu kering dan gunting bahagian atasnya.\ 
Sumbat isi keledek ke dalam bahagian yang dipotong.

Pecahkan telur, kacau sedikit,
Boleh letak sedikit lada sulah dan garam jika suka.
Celupkan tauhu yang disumbat tadi ke dalam telur.

 
                 Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana
 
BEGEDIL TAUHU UBI KELEDEK

INI DIA RUPA TAUHU BEGEDIL YANG SIAP DIGORENG...PUAS DAPAT MAKAN SEKETUL SEORANG, ITUPUN ADA YANG CAKAP X CUKUP....hai..anakku...keledek rebus tak nak makan, bila masuk dalam tauhu, tak cukup pula mereka ni.




CARA BUAT SOS PENCICAH KICAP

  • 6 tangkai cili kering digoreng & blend
  • 4 tangkai cili padi  digoreng & blend
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu gula perang
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • sedikit tepung gandum @ tepung kentang yang dibancuh air ( saya tak letak pun )
  • garam secukup rasa

  • Caranya mudah saja, masak kesemua bahan hingga pekat. Lepas tu macam biasa, perasakan ikut citarasa masing-masing.
dan bolehlah dicicah dengan tauhu begedil keledek tadiiiii.....

sya juga berminat nak kongsi khasiat ubi keledek dengan sahabat semua, supaya ia tidak ditelan zaman kerana keledek inilah antara makanan nenek moyang kita sejak dahulu lagi....tapi ank-anak kita lebih kenal kimci daripada ubi keledek.

9 Khasiat Ubi Keledek


1. Kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan 'homocysteine' kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada serangan jantung.

2. Sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsema. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang 'stress'. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.

3. Kandungan Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.

4. Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kita memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mencukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.


6. Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.


7. Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.


8. Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.


9. Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.


tips: Memilih/membeli ubi keledek yang segar adalah sangat bagus. Elakkan dari membeli ubi keledek yang pecah dan agak layu. Kemudian simpan ubi keledek itu di tempat yang jauh dari sinaran matahari dan berada di suhu bilik. Ubi keledek tersebut mampu bertahan lama dengan anggaran selama satu ke dua minggu.

Ulasan