POKOK CINCAU ( Platostoma palustre )
CINCAU HITAM
Pokok Cincau Hitam atau nama saintifiknya Platostoma palustre tergolong dalam famili Lamiaceae. Pokok cincau lebih sinonim dengan nama Mesona chinensis dan Mesona palustris. Pokok Cincau Hitam sangat tidak asing lagi di kalangan kita kerana keunikannya untuk dijadikan sebagai bahan dalam pembuatan air cincau asli.
Selain cincau hitam, terdapat 3 lagi jenis cincau yang dikenali Cincau Hijau, Cincau Perdu dan Cincau Minyak.
Cara tanam Cincau Hitam (CH) mudah
aje dan spt tanam pokok pudina iaitu menggunakan keratan batang… klu tanam dr anak pokok , boleh teruskan pindahkan ke pasu… Perlu diingat yg Cincau adalah spt
pokok2 herba yg lain dimana kita akan menuainya dgn mengerat sulur yg menjalar
berkali2.. jd, Cincau perlu dibaja setiap
kali selepas dituai… Gunakan baja organik shj spt tinja ayam mentah kering atau
tinja kambing proses.
Klu tanam dlm pasu, jangan guna tanah campuran yg dijual dinurseri aje tapi buat campuran tanah khas utk pasu iaitu 2:2:1 (2 bhgn Tanah : 2 bhgn Rumput/Daun yg reput : 1 bhgn Tinja Ayam Mentah Kering)… Gaulkan semua dan masukkan dlm pasu… buat lubang dlm tanah dipasu dan taburkan sedikit baja CIRP (baja penggalak akar yg ada dijual diPPK)…
Pertumbuhan pokok cincau hitam sangat cepat sekiranya diberi air dan baja secukupnya.
Jenis M. chinensis mempunyai daun berwarna hijau dengan bentuk daun lebar menirus dihujungnya atau dikatakan bentuk antara oval kepada separuh bulat. Ia juga dipanggil atau sinonim dengan nama Mesona procumbens yang selalunya akan dipetik bahagian atas tumbuhan seperti daun dan ranting untuk diproses menjadi agar cincau. Bahan ini akan dipetik dan dijemur sehinga menjadi warna kehitaman kerana berlaku proses oksidasi. Lazimnya daun ini akan diproses dengan memasaknya dengan air sehingga mendidih dan disejukkan sebelum membeku untuk menjadi jelly iaitu agar-agar cincau hitam.
CINCAU HIJAU
Daunnya berwarna hijau dengan bentuk
seperti hati akan dikutip untuk diproses menjadi cincau hijau. Penjagaan yang
baik akan membolehkan tumbuhan ini memanjang sehingga 5 - 18 meter panjang. Di
negara Vietnam tanaman ini dipanggil sebagai 'surong sao atau 'thach surong
sao' yang ditanam dibawah naungan pokok kelapa secara komersil. Mereka
menjadikan tanaman ini sebagai satu jenis tumbuhan untuk diekspot dalam bentuk
serbuk untuk dijadikan agar-agar atau cincau yang sememangnya mampu menurunkan
suhu badan.
Dikawasan Asia Tenggara seperti di Indonesia, Vietnam, Thailand ada terdapat sejenis pokok cincau hijau dari tumbuhan Grass Jelly (Cyclea barbata) yang mudah ditanam.Tumbuhan ini mudah hidup diatas tanah pamah sehingga ketinggian 800 m dari aras laut dan jenis menjalar atau melilit kayu sokong. Ia dibiakkan melalui keratan batang walau pun peratus percambahan sederhana atau rendah jika kurang mahir. Batang yang mempunyai ulurlilit 2 cm akan dipotong dengan panjang 12 - 18 cm dan disemai ditapak semaian. Siram dengan air sehingga mengeluarkan akar sebelum dialihkan ke kebun. Tanag peroi dengan saliran baik sesuai untuk tanaman ini dengan pH antara 5.5 - 6.5 dan banyak bahan organik. Daunnya berwarna hijau dengan bentuk seperti hati akan dikutip untuk diproses menjadi cincau hijau. Penjagaan yang baik akan membolehkan tumbuhan ini memanjang sehingga 5 - 18 meter panjang.
KHASIAT CINCAU
Saya teringin nak memiliki pokok cincau hijau, jadi sesiapa yang terbaca blog saya ini boleh hubungi saya jika ada benih cincau hijau ye...tq
RESEPI CINCAU DAUN HITAM ( resepi 1 )
Bahan-bahan
2.5 Liter air
50 Gram daun cincau kering
100 Gram tepung ubi
200ml air untuk bancuhan tepung ubi
10 g serbuk agar-agar
15 ml air abu ( alkaline water )
RENDAM DAUN CINCAU DENGAN AIR TADI SEMALAMAN
ESOKNYA REBUS RENDAMAN CINCAU TADI DENGAN DAUN PANDAN SELAMA 45MINIT. TAPIS
KEMUDIAN BANCUH TEPUNG DENGAN AIR
CAMPUR AIR REBUSAN CINCAU DENGAN BANCUHAN TEPUNG.
MASAK DENGAN API YANG KECIL SELAMA 15 MINIT atau SEHINGGA LIKAT DAN BERKILAT
jangan berhenti kacau hingga nampak wap atau mcm nak mendidih..
RESEPI CINCAU ALA TEA LIVE....( resepi 2 )
Setelah mencuba banyak kali akhirnya saya menemui resepi yang boleh dipercayai....dan menjadi...sya mempersembahkan dengan seikhlas hati...ini adalah apa yang tidak dikongsikan oleh orang lain kpd saya....
BAHAN-BAHAN
227 g tepung ubi atau tepung jagung ( saya guna tepung ubi )
1/2 cawan daun cincau kering
2 sb alkaline water
CARA-CARA
1. Rendam sekejap dan basuh betul-betul daun cincau kering.
2. Campurkan 4.25 liter air bersama daun yang telah dibasuh dan air alkaline.
3. Rebus campuran tersebut hingga mendidih.
4. Biarkan dgn api perlahan selama 2 jam.
5. Biarkan sejuk, ramas2kan ia supaya keluar ekstrak daun cincau
6. Rebus lagi selama 30 minit dan biarkan sejuk. Tapis.
7. Campurkan 2 1/2 cawan air dgn tepung jagung/ubi, kacau rata.
8.Masukkan campuran tepung ubi ke dalam air cincau yang telah ditapis.
9. Kacau atas api sederhana, kuatkan api jika perlu tapi sentiasa kacau supaya tidak hangus.
10. Bila dah macam nk mendidih matikan api.
11. Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan....masuk peti ais bila dah suam2.
PETUA: untuk menjimatkan api, anda boleh rendam dahulu daun cincau selama sekurang-kurangnya 2 - 5 jam baru direbus. ini memudahkan ekstrak daun cincau keluar. Jadi tak perlu rebus lama-lama...cukup 30 minit hingga 1 jam sahaja.
Boleh juga direndam semalaman.
CARA MENGOLAH DAUN CINCAU UNTUK RAWATAN
A.(Cara Pertama)
1. Ambil kira 15 helai daun cincau
2. Lalu perah dengan air bersih yang matang satu 3/4 gelas.
3. Perah daun sampai mengental.
4 Ramuan di minum langsung jangan sampai menjadi agar2
5. Ramuan di minum 2 kali sehari, sebelum makan dan sebelum tidur.
6. Minumlah secara rutin, dalam satu minggu sudah bisa dilihat hasilnya.
B. (Cara Kedua)
1. cuci daun cincau yang dipetik dari tangkai, direndam dalam air, diramas-ramas,
2. kemudian didiamkan selama 24 jam (sampai terbentuk agar-agar).
Tujuan mendiamkan semalam adalah untuk memberi kesempatan pada hidrat karbon mengikat air sebanyak-banyaknya.
C. (Cara Ketiga )
1. Daun cincau diramas-ramas atau dihancurkan
2. Lalu dilakukan perendaman
3. Ada juga yang menyertakan perebusan terlebih dahulu
4. Berikan soda bikarbonat yang berfungsi sebagai pengawet
5. Dan jadilah cincau sesuai dengan warna yang anda inginkan.
Manfaat yang Terkandung
1. Cincau sangat baik dimakan oleh semua kalangan. Bahan ini sangat kaya mineral terutama kalsium dan fosforus.
2. Cincau juga baik diambil bagi orang yang sedang menjalani diet kerana rendah kalori namun tinggi serat.
3. Cincau dipercaya mampu meredakan panas dalam, sembelit, perut kembung, demam dan cirit birit.
4. Seratnya bermanfat untuk membersihkan organ pencernaan dari zat karsinogen penyebab kanser.
5. Daun cincau hijau mengandung senyawa dimetil kurin-1 dimetoidida. Zat ini bermanfaat untuk mengendurkan otot.
6. Unsur lain seperti isokandrodendrin dipercaya mampu mencegah sel tumor ganas.
7. Cincau juga mengandung alkaloid bisbenzilsokuinolin dan S,S-tetandrin yang berkhasiat mencegah kanser pada ginjal, antiradang dan menurunkan tekanan darah tinggi.
tq mommy
BalasPadamSlm
BalasPadamMuhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
BalasPadam..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring