IKAN SALMON PANGGANG DENGAN TERUNG PIPIT DAN SOS THAI ala maepranom home made


IKAN SALMON PANGGANG DENGAN TERUNG PIPIT DAN SOS ala MAEPRANOM HOME MADE

 

Assalamualaikum semua...
Hari tu saya telah diberikan terung pipit oleh sahabat kebut komuniti sebagai cenderamata untuk suatu program....tak tau nak masak apa sebab saya pernah buat sambal bilis dengan terung pipit tapi tak ada peminatnya kat rumah saya...alih-alih jiran sebelah yang puji sedap sambal itu....ank sendiri tak pandang.  Budak-budak sekarang ini lebih suka makanan luar negara yang asing dan entah apa-apa rasanya...contoh ramen samyang yang pedas itu.  Jadi untuk tidak membazirkan terung itu saya fikir apa nak buat...jadi kebetulan ada ikan salmon yang sememangnya jadi kegemaran anak-anak, saya pun dapat idea untuk meletakkannya sebagai bahan sampingan dalam menu ikan salmon saya................( tengok..kalau ikan salmon kan main suka lagi diorang.. )...Taraaaa....selamat mencuba menu timur-barat dari saya....( anak2 ingat itu kacang peas...syyyy ..)

BAHAN-BAHAN IKAN

3 potong Ikan Salmon
Secawan terung pipit
sedikit garam 
sedikit lada sulah
Sedikit minyak

Ikan dilumur dengan garam dan lada sulah secukupnya.
Bakar ikan di atas kuali non stick dengan meletakkan sedikit minyak.
( ikan boleh juga digoreng tetapi bila goreng minyak omega yang keluar daripada ikan tadi akan membazir sebab ia akan bercampur dengan minyak goreng dan kita tidak makan minyak itu ).

Bila ikan dah masak, golek-golekkan terung pipit atas kuali dengan menggunakan minyak yang sama sehingga terung layu.

Bila dah masak, letakkan dalam pinggan dan curah dengan sos ala Thai....

SOS THAI ALA MAEPRANOM

BAHAN-BAHAN

10 cili besar dan 10 cili burung/cili padi
6 ulas bawang putih
1/3 cawan air
1 cawan gula ( pakai gula low GI untuk pesakit diabetes )
1 sudu teh garam bukit ( garam biasa pun boleh ) , boleh tambah ikut cita rasa
3/4 cawan Cuka
Sos ikan (x nak masuk pun x pe). Saya jarang pakai sos ini sebab alahan dengan seafood.1 sudu besar Tepung jagung bancuh dengan 1/4 cawan air.

CARA-CARANYA

1. Kisar cili bersama bawang putih yang dipotong kasar.

2. Jangan terlampau halus sebab kita nak ada kepingan cili tu.

3. Dalam periuk, masukkan air, gula, garam, cuka dan sos ikan.

4. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.

5. Masakkan atas api yang sederhana besar sehingga menggelegak. 
Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau hingga pekat dan jernih.

6. Tunggu sehingga sejuk dahulu baru masukkan dalam botol.

7. Untuk tahan lama, sila simpan dalam peti ais.

## sos ini boleh digunakan untuk mencicah keropok, cucur udang, popia dan sebagainya

Ulasan