MI SYIRATAKI DENGAN KUAH ODEN ( tips untuk yang alahan belacan )

 

APAKAH  KONNYAKU ?


KONJAC
KEUNIKAN CIPTAAN ALLAH


UBI KONNIYAKU ( KONJAC )

Konnyaku (Amorphophallus konjac) adalah sejenis tanaman ubi-ubian yang tumbuh di kawasan subtropika yang hangat hingga ke kawasan tropika seperti Asia Timur, Jepun, Korea, Cina selatan hingga Indonesia. ( Ini termasuk Malaysia – Cuma kurang dikenali )

Ubi kering dari tanaman konnyaku mengandungi sekitar 40% glukomannan. Polisakarida ini membuatkan jeli konnyaku sangat kental. Konnyaku hampir tidak mengandungi kalori tetapi memiliki serat yang sangat tinggi. Oleh kerana itu, Konnyaku sering digunakan sebagai makanan untuk diet.

Konnyaku diperolehi dari bahan asas ubi konnyaku, manakala agar-agar diolah dari rumput laut. Kedua-dua bahan ini memiliki kadar serat yang hampir sama, tetapi tekstur konnyaku jauh lebih kenyal dibandingkan agar-agar. [sumber Wikipedia]

“Kualitinya sama bagus, cuma sifatnya yang berbeza,” ujar Ketua Pegawai Operasi Konnyuka Industries Sdn. Bhd., Mohd. Nazri Baharudin.

Selain di Jepun, ubi yang rupanya seakan-akan sengkuang ini banyak ditanam di bawah pokok jati di Surabaya, Indonesia. Di Malaysia ia mungkin hanya tumbuhan yang dikenali oleh orang-orang tua sahaja.

“Tanam ubi konnyaku macam  tanam emas sebab hasilnya hanya boleh dituai selepas dua tahun ditanam. Begitu  pun, penanam masih beruntung sebab daun pokok ubi ini akan mengeluarkan biji dan menjadi benih apabila jatuh ke tanah.

Ubi daripada keluarga konnyaku pernah dijumpai di Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Penduduk tempatan mengenalinya sebagai ubi sarek. Walaupun datang daripada spesies sama, peratus glukomanannya lebih rendah.  Pokok ini agak eksotik kerana jarang ditemui sekarang ini. 

Nilai nutrisi

Serat umbisi dari Amorphophallus konjac digunakan sebagai komponen makanan tambahan . Pemakanan serat ini pada tahap sederhana telah ditunjukkan menggalakkan penghasilan asid butirik melalui ekologi flora usus yang lebih baik serta peningkatan buang air besar di kalangan orang dewasa yang menghidap sembelit.

Kegunaan lain

Konnyaku juga boleh digunakan dalan alatan aksesori urutan muka yang kini sedang popular di Korea dan juga di negara-negara Barat, biasanya dalam bentuk span yang boleh digunakan pada kulit sensitif.

 

UBI SAREK

POKOK UBI SAREK/UBI LEKIR YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

 

 MI SHIRATAKI

Mi shirataki

Ini adalah mi shirataki yang boleh didapati di pasaraya seperti Aeon Big dan Village Groccer, ada juga pack jenama lain dan ada yang berwarna kehijauan dari jenama yang sama.

Mi shirataki adalah mi yang diperbuat daripada ubi sarek tadi ( Amorphophallus konjac ).  Ia adalah mi yang panjang, halus dan berwarna putih jernih.  Mi shirataki juga dikenali dengan nama mi konjac atau mi ajaib. Keunikan mi ini ialah kerana mengandungi kalori yang sangat rendah. 

Di Malaysia ia baru kelihatan dijual di pasaraya- pasaraya namun masih kurang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu.  Saya pun baru mengenali beberapa bulan lepas ( sebelum PKP covid19 iaitu lebih kurang awal Januari tahun 2020 ). Saya tahu mengenai mi shirataki ini pun bila mulut rajin bertanya bila seorang kakak bangsa Melayu membayar mi ini di kaunter.  Ia menarik perhatian saya sebab tulisannya dalam bahasa China/Jepun...yang tidak saya fahami...Jadi wanita itu cakap ia elok untuk diet dan halal dimakan.  Jadi saya membuat sedikit kaji selidik dan saya dan anak anak mula menyukai terksturnya yang seakan-akan rumpai laut tapi tanpa rasa.  Ia sedap bila dimakan bersama sup atau tom yam.

Mi shirataki diperbuat daripada glukomannan iaitu sejenis fiber daripada ubi sarek ( konjac )

Shirataki bermaksud air terjun putih bagi orang Jepun yang membayangkan mi yang berwarna putih jernih

Mi Shirataki mengandungi kandungan air yang banyak, lebih kurang 97% air dan 3% serat glukomannan.  Ia sangat rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat mudah cerna.

Glukomannan yang terkandung dalam shirataki adalah sejenis serat yang menakjubkan. Mengikut kajian ia boleh menyebabkan penurunan berat badan bagi yang mengamalkannya.

KELEBIHAN GLUKOMANNAN

MENGANDUNGI SERAT LIAT ( viscous fiber )

Glukomannan adalah serat liat yang boleh mengandung air dan melambatkan proses pencernaan, ia berubah menjadi asid lemak rantai pendek di dalam kolon dan memberikan beberapa manfaat untuk kesihatan.

 

MEMBANTU PENURUNAN BERAT BADAN

Glukomannan memberikan rasa kenyang yang membantu pengurangan pengambilan kalori dan membantu penurunan berat badan.

MENURUNKAN GULA DARAH DAN PARAS INSULIN

Mi Shirataki boleh melambatkan proses pengosongan perut, ini membantu mengelakkan gula darah naik dengan cepat selepas makan.

Can Reduce Blood Sugar and Insulin Levels

MEMBANTU PENURUNAN KOLESTROL

Kajian menunjukkan glukomannan boleh membantu menurunkan paras kolestrol jahat dan paras trigliserid

MELEGAKAN SEMBELIT

Glukomannan berkesan untuk melegakan sembelit untuk kanak-kanak dan orang dewasa kerana kesan julap yang ada padanya dan ia bermanfaat untuk kesihatan usus anda.

KEMUNGKINAN KESAN SAMPINGAN

Bagi sesetengah orang, glukomannan dalam mi shirataki mungkin memberi kesan terhadap system pencernaan seperti  cirit ringan dan kembung perut.

Namun begitu, mengikut kajian ia adalah makanan yang selamat dimakan tidak kira dalam kuantiti yang sebagaimana pun.

Walau bagaimanapun, untuk merasai kesan khasiat serat yang ada, adalah baik sekiranya kita memperkenalkan glukomannan dalam diet harian secara beransur-ansur dan jangan mengambilnya dalam kuantiti banyak pada peringkat permulaan.

Pada masa yang sama, glukomanan juga mungkin mengurangkan penyerapan sesetengah ubat termasuk ubat rawatan diabetes, untuk mengelakkan hal ini terjadi, makanlah ubat sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan shirataki atau 4 jam setelah makan mi shirataki.

## di bawah adalah fakta mengenai mi shirataki yang saya sengaja tidak terjemahkan ke dalam bahasa Malaysia.

Shirataki pasta has fulfilled the qualification of FDA, CFIA, AQIS, EFSA and other importers of food standards for production, through the CIQ, which is the formal inspection of exports. Also, it managed to meet up with safety standard (ISO22000, HACCP HALAL certificated factory).



Ini adalah mi shirataki yang telah siap dicelur


 RESEPI  MI SHIRATAKI KONNYAKU dengan KUAH ODEN

4 Paket mi  konyyaku atau shirataki ( 1 paket boleh makan 2 orang )

* celur mi selama 3 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN KUAH

  • 2 paket perencah tomyam adabi
  • 2 paket perencah sup siam adabi
  • 1 paket perencah asam pedas adabi
  • 1 kiub pati ayam ( atau 1 sk serbuk pati ayam )
  • Air 2 liter
  • Kalau ada sayur boleh letak sayur contohnya kubis cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan sebagainya. ( letak kangkung pun boleh )
  • Gula 1 sudu ( gunakan gula perang low gi untuk pesakit diabetes atau gula low kalori )
  • Garam secukup rasa
# supaya lebih sedap saya masukkan juga rempah segar untuk tomyam seperti:
2 batang serai dititik
4 daun limau purut

BAHAN-BAHAN STEAM BOAT
sosej
jejari ketam
bebola sayur
bebola ikan
kek ikan dan apa sahaja yang disukai....
Semua bahan ini dipotong ikut kesesuaian

Cara-cara:

  1. Masukkan semua perencah ke dalam air dan biarkan mendidih.
  2. Kemudian masukkan semua bahan steamboat.
  3. Masukkan sayur dan selaraskan dengan citarasa anda...( nak tambah garam,gula dsb....)
  4. boleh dihidang panas-panas.
TIPS.... ( untuk yang allergy/alahan belacan )
jika anda alahan dengan belacan atau species udang maka jangan gunakan perencah asam pedas yang siap dijual....jadi utk oden ini u alls boleh tambah:

4 camb cili giling ( kalau tak tahan pedas kurangkan ye ) sb saya buat utk makan 8 orang
5 bawang merah
2 atau 3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 btg serai dihiris dulu
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
semua bahan ini digiling dan tumis dahulu, baru masukkan air dan pes tomyam

haaa...ini kuah oden yang telah siap.....
oden

 ## utk ank2 muda yg baru belajar masak ( tips istilah masakan )

camb =camca besar = sb= sudu besar
camt =camca teh= sk= sudu kecit
lb = pound ( kt malaysia dah tk guna pound )
oz = ounce = auns ( pun kita tk guna dah semenjak ada sistem matrik ie gram,kilo,meter dsb )


SELAMAT MENCUBA......SEDAP DAN JIMAT....

Ulasan