TERUNG PIPIT ( khasiat yang tersembunyi dalam tumbuhan yang dilupakan )

 

TERUNG PIPIT  ( Solanum Torvum )

terung pipit
Terung pipit juga dikenali sebagai terung rembang  ( rimbang dalam bahasa Minang ) atau terung manggul di Kelantan.

Terung ini sebenarnya semakin ditinggalkan oleh masyarakat sekarang terutama dengan munculnya berbagai jenis menu yang pelik-pelik dan viral dari luar negara.

Terung pipit ini memang sangat mudah ditanam, jika dah ada pokok yang tumbuh tepi halaman maka selepas itu banyaklah anak-anak pokok terung pipit ini yang akan tumbuh sampai tak sempat nak dijaga, namun peminat terung ini tidak ramai rasanya, dan ada juga anak-anak kita yang tidak kenal pun dengan pokok terung ini.

Sebagai peminat kebun bandar, saya selalu sahaja menerima kunjungan atau rezeki dari langit, jangan terkejut, bila kita suka menanam, maka akan ada pokok yang kita tidak tanam tumbuh sendiri di halaman kita, dan ada pokok-pokok tersebut mempunyai nilai dan khasiat perubatan yang tinggi seperti terung pipit ini.  

Mengenangkan khazanah alam yang semakin dilupakan ini saya terpanggil untuk menulis mengenai bermacam-macam herba di blog saya untuk tatapan generasi akan datang.

Terung pipit di gunakan secara meluas untuk masakan dan perubatan.
Dalam perubatan Ayurveda, terung pipit sering digunakan bagi meningkat sistem imun, mengurangkan haba didalam badan dan juga sebagai tonik yang sangat baik untuk hati.

Terung pipit juga di gunakan untuk rawatan mukus, kahak dan batuk. Sering juga di gunakan bagi menguatkan saraf mata. Dikatakan baik untuk rawatan ulser mulut dan perut.

(terdapat terung pipit yang di proses untuk di jadikan teh dengan mengeluarkan alkaloid, yang memberi rasa pahit)

Terung pipit tidak mempunyai kafein, boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, mengawal diabetes, lemak dan kolesterol, merendahkan tekanan darah, merawat asma, kembung perut dan kecacingan.

Air rebusan terung pipit boleh di jadikan sebagai minuman untuk mencuci darah kotor dan meredakan sakit perut akibat salah makan atau cirit-birit.

Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat  Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.  caranya ambil akar dan ditumbuk lalu ditempelkan pada tumit kaki yang pecah.

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah.  Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.


Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut ("gastrointestinal" berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs)[4]


Antara kebaikan terung pipit adalah boleh meredahkan sakit kepala, mengubati sengal-sengal badan, merawat sakit cirit-birit dan jangkitan taun.

Terung pipit juga mampu mengurangkan demam panas, pitam dan sawan, caranya dengan merebus akarnya lalu airnya diminum.

Manfaat lain bagi terung pipit ialah mampu menurunkan tekanan darah tinggi, selain itu akarnya sangat baik untuk menghilangkan gatal akibat darah kotor dalam badan.

Bagi pesakit kencing manis, akarnya dicuci bersih lalu dijemur. Selepas akarnya kering, rebus akarnya lebih kurang segengam dengan 5 gelas air dan biarkan mendidih sehingga airnya menjadi 2 gelas. Minum setiap malam sebelum tidur dan waktu pagi. InsyaAllah berkesan dengan izin Allah.

Terung pipit juga di gunakan untuk merawat masalah batuk, kahak dan mukus. Selain itu amalan memakan terung pipit mampu menguatkan saraf mata serta rawatan ulser mulut dan perut.

Dalam tulisan akan datang saya akan kongsikan masakan terung pipit dalam beberapa variasi supaya kita tidak menghadkan kepada masakan tradisional sahaja....ini untuk mengaburi mata anak-anak yang hanya tertarik dengan masakan korea dan barat sahaja.....







Ulasan