CHOCOLATE CHIPS COOKIES UNTUK PENGHIDAP DIABETES
( LOW CARB CHOC CHIPS COOKIES )
Sebagai pesakit diabetes ( oh no....saya bukan pesakit..saya sihat-sihat aje tp saya tak boleh makan makanan tinggi karbo dan tidak boleh menikmati makanan manis yang enak seperti orang lain )...Jadi saya gelar diri saya penghidap bukan pesakit diabetes..hehe...amacam..aci tak?
Ye..susah nak makan makanan yang saya gemari seperti coklat, aiskrim, biskut, kek, puding, kuih muih, semua kena pantang, Jadi saya mengambil peluang atas kekurangan ini untuk mencari, mencipta dan menggodek resepi yang ada untuk menikmati makanan seperti insan lain.
Terimalah....choc chips cookies rendah karbo.....bila bercakap rendah karbo sudah semestinya tanpa atau kurang gula, tanpa atau kurang tepung....atau guna tepung high fiber ( serat tinggi )...yesss..jom...
BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan butter
2 st gula low calori ( 3/4 cwn gula low GI )
1 st esen vanila
1 telur gred A
11/2 cwn tepung almond ( saya guna almond ground je sb susah nk cari tepung almond )
1/2 st baking powder
1/4 st garam bukit
3/4 cawan coklat chip tanpa gula ( susah nk jumpa jadi saya potong kecil2 sugar free dark chocolate )
CARA-CARA
1. Panaskan oven 180 drjah celcius ( saya panaskan lambat sikit, masa nak bentukkan biskut tu baru saya panaskan oven ).
2. Cairkan butter
3. Campurkan butter dengan gula dalam bekas lain, gaul sebati.
4. Masukkan esen vanila dan telur, kacau selama lebih kurang 15 saat.
5. masukkan serbuk almond, garam an choc chips
6. Bentukkan bulat-bulat guna sudu dan leperkan dengan garpu.
7. Bakar selama 12 minit, jangan lama nanti senasib dgn saya..hangus...
8. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
- .
Ulasan
Catat Ulasan