ROTI ALA SUBWAY HOME MADE( buat kt rumah je )

 ROTI ALA SUBWAY HOMEMADE



BAHAN-BAHAN UNTUK ROTI

# saya ada satu rahsia nak kongsi di sini, supaya roti/donat lembut sila bubuh
 bakerin plus....susah nak dapat ni, boleh oder online 
( sukatan 8 g untuk sekilo tepung ).
Kalau x ada boleh masukkan bread softener lain yg dibeli di kedai bakeri.  

BAHAN-BAHAN UNTUK SAPUAN ( EGGWASH DAN TOPPING )
3 sb susu segar ( jika tiada susu cair pun boleh )
sebiji telur ( kocak dengan garpu bersama telur )
untuk topping - bijirin/oat/nestum/chia seed

BAHAN-BAHAN INTI
bebola daging/bebola ayam/ chicken salami ( ikut suka )
cheese slice ( atau mozarela...sya ikut ada dalam peti je )
butter untuk sapu pada roti
salad dihiris
bawang holand ( jika suka )
buah zaitun jeruk ( klu x de x pe )
sos cili
sos tomato
mayonis
thousand island
mustard
( tidak semestinya semua sos perlu ada...jika ada sos cili,tomato dan mayo pun dah cukup )

CARA-CARA BUAT ROTI
1. Masukkan semua bahan basah ,gula dan garam ke dalam mixer atau bread maker.



2. Masukkan tepung roti ( tepung high protein ) dan tepung whole meal dan yis. ( yis jangan bersentuhan dengan garam kerana garam akan mematikan yis sekiranya terkena secara terus- bila dah tergaul dalam adunan , x ada masalah )



3. Tekan suis bread maker kepada "dough ".
( jika guna mixer, uli hingga doh kenyal dan tidak melekat di tangan, biasanya dalam 21 minit )
Jika uli tangan , uli hingga tidak melekat di tangan dan doh kenyal.



4. Jika buat dengan mixer keluarkan dahulu bilah mixer dan biarkan doh kembang sekali ganda.
Bila doh dah kembang sekali ganda, keluarkan doh daripada bread maker/mangkuk mixer.


Ini keadaan doh yang telah kembang


5. Keluarkan ke dalam loyang besar yang telah ditabur tepung supaya tidak melekat.


6. Bahagikan doh kepada 4 atau 5 bahagian ( 4 terlalu besar )


7. Bentukkan doh seperti ini, jika di subway tu ia buat lagi panjang


8.  Guriskan doh dengan pisau dan biarkan kembang sekali lagi.


9.  Sapu dengan adunan telur dan susu ( eggwash )


10. Tabur bijirin


11. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 190 djh celcius selama 5 minit, 
12. Bakar selama 20 minit atau sehingga keemasan seperti di bawah.



CARA BUAT INTI
    1. sapu roti dengan butter
2. letakkan bebola
3. tabur cheese
4. bakar sebentar hingga cheese cair
5. letakkan salad
7. letakkan sos.

SEDIA UNTUK DI MAKAN......jangan lupa bancuh air ye....makan perlahan-lahan sebab roti ini besar.
hidangan cukup untuk lapan orang...ada yang tak habis tu....



SEKIAN, TERIMA KASIH...doakan pemilik blog ini bahagia dunia dan akhirat ye.......




Ulasan